Isu Lembah Sireh - Husam Sifatkan Ketua Audit Negara Sebagai 'Jahil' - Video

KOTA BHARU - Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan Datuk Husam Musa menyifatkan Ketua Audit Negara seolah-olah 'jahil' apabila menegur Kerajaan PAS Kelantan berhubung projek Lembah Sireh dalam keadaan Ketua Audit Negara  tidak mahir dengan selok belok bidang berkenaan.

Menurut Husam, tidak mungkin projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan tanpa kerajaan memberi hakmilik tanah kepada syarikat terbabit, dan ia masih dikawal oleh kuasa-kuasa kerajaan, dimana kerajaan boleh mengambil semula tanah berkenaan sekiranya syarikat gagal mematuhi perjanjian yang ditetapkan.

"Jadi orang yang nak kritik mestilah sedikit sebanyak memahirkan diri dengan aspek-aspek pembangunan supaya tidak nampak janggal dan kurang mahir". Katanya dalam sidang media beberapa hari yang lalu.

Maknanya orang yang menegur isu berkenaan ialah Ketua Audit Negara, ini bermakna Ketua Audit Negara ni tidak mahir seterusnya tidak layak untuk menjadi Ketua Audit Negara, kerana jawatan berkenaan mesti disandang oleh orang-orang yang cerdik seperti Husam sahaja.

Setiap isu yang melibatkan PAS semuanya disalahkan kepada orang lain, apapun untuk makluman kerajaan PAS Kelantan, jika ada lagi tanah di Kelantan yang perlu dimajukan, jangan lupa war-warkan kepada seluruh rakyat Kelantan dan tidak sewenangnya memberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Jika pemberian tanah itu sebagaimana mengikut perjanjian, yang digunakan dengan syarikat yang memajukan Lembah Sireh, dimana syarikat boleh mencagarkan tanah berkenaan untuk dijadikan modal, tak perlu 'Cina' luar, Cina Kelantan pun boleh, bahkan Melayu sendiri pun boleh, apa masalahnya ? Perjanjian sila rujuk DISINI.

Bagi tanah, kemudian cagar dan dapat duit, kita bagilah 'duit air' kat Exco sikit, kat PAS sikit, bukan rasuah tapi hadiah, tapi kalau kita gagal buat sebagaimana mengikut perjanjian dan perancangan, Exco dan PAS mestilah 'cover' kita, kalau tidak tiada guna kita bagi hadiah 'duit air' tu, ko guano ? Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. kadangkala betul juga kata husam, Ketua Audit Negara ni kadangkala nampak tidak berpihak, kadangkala memihak, tetapi apabila laporan audit baru ni agak lambat, memang betullah kurang mahir

    ReplyDelete
  2. masa nak tenyeh nfc tak ada pula rafizi lembu ingat ia on going project , not yet completed , etc etc

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...