Tajdid Pas Oleh Mujahid Tidak Berasas Dan Songsang - Ust Abu Bakar Chik

Rentetan dari beberapa fatwa songsang yang dikeluarkan Pas dan pembelaan melampau mereka terhadap DAP serta penyingkiran pemimpin yang tidak sependapat dengan mereka menyebabkan  penelitian menemukan beberapa lagi fakta kesongsangan perjuangan sebahagian pemimpin Pas terutamanya pemimpin diperingkat pusat. Kesongsangan tersebut turut ditentang oleh sebahagian pemimpin Pas sejati sendiri.

Ikuti laporan dibawah yang ditulis oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dalam mengupas pembaharuan yang ingin dibawa oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Agama’ atau klerikal sebagaimana yang terdapat dalam kehidupan gereja.” Kemudian Dr Mujahid menyimpulkan “Kemungkinan persepsi orang ramai terhadap PAS sebagai parti orang agamawan ada kebenarannya sekaligus menghalang PAS untuk benar-benar menzahirkan dirinya sebagai parti yang merangkul semua pihak dalam slogan ‘PAS For All’ yang dilaungkan. Ini juga menjejaskan peluangnya mendapatkan sokongan yang lebih meluas”.
Respon Terhadap Buku Rejuvenasi PAS oleh Dr Mujahid Yusof
Alhamdulillah saya telah membaca buku Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertajuk Rejuvenasi PAS: Idea Realiti Aplikasi ke arah Aspirasi Massa, sebagai buku Menuju PAS Baru II.

Di dalamnya terdapat tajuk-tajuk penting membicarakan landasan-landasan baru untuk membentuk sebuah perubahan melalui pembinaan Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang diberikan tenaga baru kepemudaan melalui saranan-saranan yang dibuat oleh beliau. Saya memilih tajuk kecil “Pelabelan PAS sebagai Parti Keagamaan” pada muka surat 119 untuk diulas. Walaupun tajuk kecil ini dimasukkan di bawah tajuk Tajdid Organisasi, tetapi ianya merupakan unsur yang paling dasar dan paling asas dalam penubuhan PAS itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti keagamaan kerana tujuan penubuhannya adalah untuk “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah” (Perlembagaan PAS Fasal 5). Iaitu sebuah parti yang tunduk kepada dasar-dasar Islam yang menjadi syariat akhir zaman. Seperti yang telah disyariatkan kepada Nabi-Nabi terdahulu dan berterusan sehingga hari kiamat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud

"Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". (al-Syura:13)

PAS meletakkan kalimah suci "Allah Akbar" sebagai seruan dalam perjuangannya. Seruan itu merupakan satu amanah sebagai "Khalifah Allah" di muka bumi bagi melaksanakan perintah Allah swt secara syumul. Bagi merealisasikan amanah itu, PAS menggerakkan aktivitinya melalui keputusan mesyuarat atau majlis syura ulamaknya.

Parti itu berjuang menyeru masyarakat untuk menegakkan hukum Allah swt dan sunnah Rasulullah saw menerusi dakwah secara lisan, tulisan dan amalan (Perlembagaan PAS, Fasal 4&6(1)). Pemimpin-pemimpinnya memberikan penjelasan dan penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah, dialog, diskusi dan lain-lain ke seluruh Malaysia. Risalah-risalah dan buku-buku diterbitkan untuk mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang ajaran Islam.

Isu yang membabitkan akidah menjadi bahan utama di dalam ucapan pemimpin-pemimpin PAS samada di Dewan Undangan Negeri, di Dewan Rakyat, di Dewan Negara dan di luar ketiga-tiga dewan itu. Isu sekularisme, ajaran sesat, Islamisasi dan murtad adalah antara isu-isu yang ditangani secara serius oleh pemimpin-pemimpin parti itu. PAS menentang habis-habisan sebarang ajaran sesat dan gerakan murtad yang menghancurkan akidah umat Islam di negara ini.

Pendapat penulis untuk mengeluarkan PAS sebagai parti keagamaan mendorong kepada dua keadaan. Pertama: PAS meninggalkan urusan utamanya (core business) mengenai Islam dan Melayu dan kedua: PAS menjadi sebuah parti yang sama sifatnya dengan UMNO atau Keadilan. Bagi pilihan yang kedua ini, PAS tidak lagi perlu wujud kerana UMNO sudah sedia ada dan dominan dalam konteks perjuangannya.

Sebenarnya cara penulis berhujah dan membuat kesimpulan adalah tidak berasas dan songsang. Pertama; dalam satu perenggan yang terdiri daripada 17 baris beliau telah menggunakan dua kali perkataan “kemungkinan”, empat kali perkataan “persepsi”. Menunjukkan bahawa beliau hanya membuat suatu andaian terhadap PAS sebagai parti yang tidak berpengaruh kerana sifatnya sebagai parti keagamaan. 

Kedua; beliau mengandaikan dengan persepsi dalam keadaan yang ada ini, memberi implikasi PAS dipimpin oleh golongan agama atau rijaluddin, sedangkan beliau sendiri tahu dalam Jawatankuasa PAS Pusat hari ini yang terdiri daripada 37 anggota hanya seramai 16 sahaja mereka yang berlatarbelakangkan pendididkan agama secara formal termasuklah Dr Mujahid sendiri. Di samping, mereka juga mempunyai pelbagai kepakaran dan disiplin ilmu selain daripada pengajian Islam. 

Ketiga; Alasan daripada petikan Dr Yusuf al-Qardhawi sangat mengelirukan kerana belum pernah ada dalam sejarah PAS, sistem kepimpinannya sampai kepada tahap yang boleh disebut sebagai mengamalkan system kehidupan beragama seperti kehidupan gereja. 

Saya mengira tulisan penulis ini amat mengelirukan. Pertama; Beliau telah mengandaikan suatu kemungkinan keatas sebuah persepsi untuk meyakinkan perlunya ada tajdid keatas gerakan PAS yang telah ditubuhkan lebih setengah abad dan menjalani perjuangannya diatas sejarah dan sunnah perjuangan Rasulullah SAW yang dirumuskan dan dibina dari semasa ke semasa memerlukan suatu penelitian. 

Menganalogikan bahawa kepimpinan yang dikuasai oleh golongan agama semacam golongan paderi yang mengtaqdiskan diri mereka adalah satu perkara besar dan boleh membawa fitnah keatas kepimpinan ulama’ PAS kerana PAS bukan sebuah parti autokratik yang pemimpinnya tidak boleh ditegur dan dikira bersifat maksum seperti imam-imam Syiah.
PAS mempunyai muktamar tahunannya yang melakukan check and balance keatas kepimpinan dan parti serta jawatankuasa pusat itu sendiri boleh dimuhasabahkan pada bila-bila masa sahaja. Kedua; Mengemukakan sebuah cadangan untuk mentajdidkan PAS agar keluar daripada parti keagamaan tanpa mengambil kira sejarah penubuhannya, perlembagaannya, kepimpinannya dan usaha-usaha yang dilakukannya dengan cadangan mentajdidkan organisasi adalah perkara yang tidak munasabah kerana penjenamaan PAS adalah identiti dan batang tubuh PAS sendiri. 

Bolehkah ditadjidkan parti itu terkeluar daripada identitinya dan matlamat penubuhannya? 

Ketiga; mengemukakan cadangan tajdid keatas perkara yang sedang berlaku perubahannya dan sedang berjalan melalui pembinaan yang konsiten daripada ucapan-ucapan dasar dan perbahasan-perbahasan muktamar, bukanlah usaha baru yang boleh dinamakan tajdid. Sesungguhnya setiap tahun PAS membina tema-tema pergerakannya yang menggambarkan usaha tajdid yang berterusan. 

Keempat; mengemukakan tajdid sehingga ke peringkat menghilangkan identiti parti sebagai sebuah gerakan Islam dalam keadaan parti itu sedang memperkasakan dirinya dengan pelbagai ikhtiar yang menggambarkan dinamismanya dan diterima oleh masyarakat dengan keyakinan yang meningkat dari semasa ke semasa adalah usaha songsang yang tidak memahami nature pergerakan PAS dan realiti yang sedang berlaku.

Ternyata istilah “PAS for All” tidak dipertahankan oleh penulis walaupun beliau sendiri adalah Ketua Lajnah Antara Kaum yang diamanahkan oleh PAS untuk memimpin dan menguruskan gerak kerja untuk orang-orang bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS. Sedangkan kita tahu bahawa PAS sentiasa melakukan tajdid yang selaras dengan kehendak Islam bagi membolehkan PAS mencapai matlamat dakwah dan politiknya sebagai sebuah parti Islam. Apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh penulis? - Ustaz Abu Bakar Chik

Namun apakah perjuangan pembaharuan itu terhenti disitu ? Apa sebenarnya yang berlaku didalam Pas ini ? Pemimpin Pas manakah yang menyokong idea Mujahid dan pemimpin Pas yang bagaimana pula yang menentangnya ?

Tentu banyak sekali persoalan yang akan timbul mengenai pembaharuan yang ingin dibawa oleh Pas, bagaimana penerimaan orang-orang kampung terutamanya di Kelantan  terhadap pembaharuan yang hendak dilakukan ini, kulit buku berseluar pendek punyai maksud yang cukup besar, disamping cap atau 'topi bersudu' tidak berkuah yang dipakai oleh pelopor kepada Pas baru itu juga agak asing bagi penyokong Pas di negeri-negeri Pantai Timur.

Pendedahan mengenai dasar perjuangan Pas perlu dibuat supaya penyokong Pas yang kononnya nak kepada Islam tidak terus ditipu bulat-bulat sepertimana logo Pas itu. Nantikan pembongkaran demi pembongkaran mengenai dasar Pas, dan dua ideologi berbeza yang sedang bertembung sekarang ini bagaikan retak menanti belah....Anda Mampu Mengubahnya...

2 comments:

  1. dalam pas skrg adalah ulama dan suara ulama dah dipinggirkan spt tidak wujud.... mereka hanya ambil orang dan dengar orang pro anuwar dan dap aje...

    ReplyDelete
  2. pas sudah jadi bangang dan munafik..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...