KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.
KOTA BHARU – Perlakuan ganas seorang buruh yang memukul dan menumbuk adik iparnya sebelum merogol wanita itu, mendapat balasan apabila dia dihukum 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah.
Dia mengaku merogol isteri adiknya yang berusia 17 tahun itu di bilik rumahnya di Belakang Penjara Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011.
Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri yang berada di ibu mereka di kampung sama didatangi tertuduh sebelum dia memukul dan mengheret mangsa keluar.
Mangsa yang ketakutan hanya menuruti tertuduh sementara suaminya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sekali lagi bertindak ganas dengan memukul pengadu sebelum mengheretnya ke bilik dan merogol mangsa.
Keesokannya, pengadu menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.
Siasatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam di badan dan bengkak di bibir mangsa selain laporan asid deoksiribonukleik positif.
Dalam keputusan semalam, Azman turut mengarahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan dua hari selepas kejadian. - Sinar Harian
Entahlah apa masalah negeri serambi mekah ni ? Dah lebih jam 12 malam masih ramai lagi anak-anak yang dikhuatiri daranya berpeleseran bersama jantan. Kenkadang rasa malu juga dengan kes yang berlaku seperti ini.
Yang rogol isteri adik tu berkemungkinan besar terlibat dengan penyalahgunaan dadah paling popular di Kelantan yaitu pil kuda. Tahap mana ilmu agama tu tak tahulah sampai tergamak rogol isteri orang yang juga merangkap isteri adik sendiri.
Kes rogol ni sebenarnya bukan kes terpencil yang berlaku di Kelantan, ini baru kes yang dilaporkan, banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, tidak kurang juga yang suka sama suka, dan yang pastinya masalah ini perlu difikirkan secara serius bagi mengatasinya, kalau duk sembang politik, royalti, nabi Muhammad masa kecilnya sama dengan Mat di kampung kita sampai bila pun kes seperti ini tidak akan selesai, bahkan semakin meningkat.
Rasa nak tengok juga dalam ramai-ramai pemimpin Islam Pas yang bersungguh untuk fikir cara nak atasi masalah maksiat nafsu biawak ini, tunggu hudud sampai kucing tumbuh tanduk pun takkan jelma kalau nak kena langkah mayat Karpal dulu, apapun Anda Mampu Mengubahnya....
Tidak banyak kes jenayah seks yang dilapurkan diKelantan kerana disorok, begitu juga kes2 penyalahgunaan dadah pil kuda,ganja dan gam. GenerasiY yang tinggal dikampung2 tidak mendapat perhatian langsung dari kerajaan negeri yang terlalu sibuk berpolitik dan berceramah. Mereka terumbang ambing saperti sabut yang hanyut tanpa program belia yang berkesan.Apa saja kelemahan akan dituduh berpunca daripada UMNO. Masaalah sosial saperti perceraian yang tinggi,penderaan mental/fisikal isteri,anak-anak bergelandangan merupakan suatu subjek yang diambil lewa oleh kerajaan negeri..tidak dikira kes-kes penyeludupan barang dan manusia, kecurian kereta mewah ke Siam..semua ini berlaku di Serambi Mekah, negeri yang sudah lama tidak ditadbir dengan sempurna. Kerajaan negeri yang ada hanya berpolemik dan mengabui mata rakyat, sedangkan mereka amat tahu kelemahan dan ketidak upaya mereka untuk merancang dan mentadbir dengan betul. Mereka tidak membawa mandat rakyat marhaen, rakyat yang betul-betul memerlukan pembangunan, pembelaan dan bimbingan bukan sahaja generasi sekarang, malah generasi masa depan.
ReplyDeletetunggu hudud pas tak dapat. Aku nak tunggu hudud umno pulak. Kalau UMNO menang kasi bikin kilang arak , disco atau kelab judi di Kelantan.
DeleteTerbaik kawan
Deletepada aku la....rakyat kelantan yg tinggal di kelantan memang nak berubah....masalahnya bila rakyat kelantan yg tinggal di luar....balik mengundi, majoriti mereka bukan nak undi mengubah kerajaan...tapi undi utk mengekalkan kerajaan yg sedia ada....so...maknanya org kelantan yg tinggal kat luar sebenarnya yg menganinaya kaum kerabat mereka sendiri...
ReplyDeleteizin mencelah.. fakta "ADA" bagi ak hampir semua tempat mulai kg hingga kota metropolitan check lah mmg ADA kes rogol,rompak,samun,rasuah & macam, bukan stakat kg Nik Aziz bahkan kg Aziz Desa,Pokya Demit, malahan juga kg sy,,
ReplyDeletenamun yg membezakan adalah kuantiti@lbh spesifik peratusan.. ambil contoh mudah.. bilangan kes rogol di kelantan
Menurut statistik yang dikeluarkan polis, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu sebanyak 2,403 kes, diikuti Johor, Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847)
Pahang pula mencatatkan sebanyak 722 kes bilangan kes rogol, Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134)..
so, lumrah manusia melakukan kejahatan,tolong jgn salahkan kg tok guru sahaja..balik kpda faktayg logik dan bukan sambrono untuk menjadi kaki agen propaganda krjaan..
Lagi penting tugas pihak berkuasa yakni PDRM adalah major dalam masalah ni bukan ADUN2@AHLI PARLIMEN.. kita byr gaji PDRM untuk mengurangkan jenayah bukan menyalahkan kg tok guru dan negeri kelantan, krjaan kelantan x byr gaji PDRM, jd krjaan m'sia yg bertanggungjawab..
cukup jelas ye tuan.. wallahuaqlam, amin
Best la jd MB... tak yah tanggungjawap apa2.... Perfect....
DeleteBetul cakap kau, kalau letup orang pakai C4 pun takpe. Zina tok sah cakap le. Raba bontot pempuan pun lepas.
Deletekl dan juhor tinggi tu sbb disumbangkan ore kelate yg berhijroh,..
ReplyDeleteApa maknanya membangun bersama Islam kalau kampung sendiri tak terjaga..asyik-asyik politik mengkafirkan penganut Islam yg tak sehaluan.
DeleteBising dan kutuk org lain tok ISLE.. kg sendiri xboleh jage.. habistu nk perintah negara lagu mane? Bila ada mslh salahkan UMNO, salahkan Polis, salahkan Mahathir, Najib.. mu dok jd MB make kedaroh 22 tahun tu buak gapo? smutar atah kpalo..tokse kena soal dgn Tuhan ke??
ReplyDelete10 tahun je sebat..mana tut perogol tu nak cacat..biar cacat baru tau..penjara 10 tahun keluar rogol lagi..yer manusia boleh berubah..tp mngsa rogol tu ..trauma dia boleh berubah x? kasi potong sama perogol punya anu..confirm kes rogol kurang tak caya try jalan kan hukuman tu besar-besar pd banduan kes rogol..dah puas kan..so ptong kasi puas terus..
ReplyDelete(malang lau perogol di atas,.sebab kau tu bukan pemain boling malaysia..klo tak cofirm kau bebas sbb ko ada ms depan...mcm mangsa rogol ko..tak der msa depan)
If you are a Buddhist monk from abroad to come and stay in any Buddhist association in Malaysia, any Buddhist monk should be more careful because some Malaysian Buddhist associations as committees are very dirty in their minds and they do not have Dhamma in their mind they (without Dhamma)
ReplyDeleteFor example, SAMNAK SAMBODHI one of Buddhist Temple (Malaysia Buddhist Association) located at Taman Desa Jaya, Kepong… YIP KUM FOOK as president, there is another more problem because the committee is like a ghost and animals
Committees in SAMNAK SAMBODHI, they can collect any money from Buddhist monks, whose monks live in the Temple, one of our Myanmar Buddhist monks (VEN. U NANDIYA) lives there, the temple committee cheated his money about rm20,000.00, our monk is very sadly about that
On the other hand, VEN. PHRA PIYA DHAMMO from Penang also committees at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE remove him out, without any mistake, this is very stupid committees in the world
If anyone reading this message, please forward it to anyone who knows...we will protect and save Buddhists teaching
Sharing by Buddhist groups in Malaysia & Myanmar Buddhist People in Malaysia
Anonymous12 July 2022 at 16:15
ReplyDeleteWe are the former committee members of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. That we would like to inform about something like the history of the Temple to all Buddhists to know in Malaysia and other countries in the world
This SAMNAK SAMBODHI was started in 1989, at Taman Ehsan by Sangha from Kelantan, there was a rental house for our Temple and our Master’s payment for the Temple, how difficult it was at that time but our Master was very patient in what matter for the Temple.
We moved to No: 25 Jalan 5 Taman Desa Jaya, near Taman Daya in 1992 but the Temple here is no longer, then in 1993 again moved to the place now, we are knowing well about the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE
Last time, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE was very famous for various activities such as Dhamma Sunday School, free form five tuition on BM, Wesak Day celebration, Kathina celebration, Loy Krathong festival, blood donation, Chinese New Year Oil Lamp and others.
This time is very different in the past and the committee hires foreign monks to take care of Temple only and sometimes the president of the Temple (YIP KUM FOOK) invites some Tibetan monks and Thai monks to wipe out their misfortune only, the Temple became a private place of the family
How to embarrass the devotees, the committee must rethink the matter because of the Temple donation fund by the devotees
Sharing by Lum Tuck choy, Taman Desa Jaya, Kepong