Showing posts with label rogol kelate kelantan pas politik adik rakyat kota bharu tanjung mas. Show all posts
Showing posts with label rogol kelate kelantan pas politik adik rakyat kota bharu tanjung mas. Show all posts

Kampung Tok Guru - Rogol Isteri Adik Dan Berasmara Bawah Jambatan Di Rogol 5 Lelaki

KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.
KOTA BHARU – Perlakuan ganas seorang buruh yang memukul dan menumbuk adik iparnya sebelum merogol wanita itu, mendapat balasan apabila dia dihukum 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah.

Dia mengaku merogol isteri adiknya yang berusia 17 tahun itu di bilik rumahnya di Belakang Penjara Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011.

Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri yang berada di ibu mereka di kampung sama didatangi tertuduh sebelum dia memukul dan mengheret mangsa keluar.

Mangsa yang ketakutan hanya menuruti tertuduh sementara suaminya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sekali lagi bertindak ganas dengan memukul pengadu sebelum mengheretnya ke bilik dan merogol mangsa.

Keesokannya, pengadu menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.

Siasatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam di badan dan bengkak di bibir mangsa selain laporan asid deoksiribonukleik positif.

Dalam keputusan semalam, Azman turut mengarahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan dua hari selepas kejadian. - Sinar Harian

Entahlah apa masalah negeri serambi mekah ni ? Dah lebih jam 12 malam masih ramai lagi anak-anak yang dikhuatiri daranya berpeleseran bersama jantan. Kenkadang rasa malu juga dengan kes yang berlaku seperti ini.

Yang rogol isteri adik tu berkemungkinan besar terlibat dengan penyalahgunaan dadah paling popular di Kelantan yaitu pil kuda. Tahap mana ilmu agama tu tak tahulah sampai tergamak rogol isteri orang yang juga merangkap isteri adik sendiri.

Kes rogol ni sebenarnya bukan kes terpencil yang berlaku di Kelantan, ini baru kes yang dilaporkan, banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, tidak kurang juga yang suka sama suka, dan yang pastinya masalah ini perlu difikirkan secara serius bagi mengatasinya, kalau duk sembang politik, royalti, nabi Muhammad masa kecilnya sama dengan Mat di kampung kita sampai bila pun kes seperti ini tidak akan selesai, bahkan semakin meningkat.

Rasa nak tengok juga dalam ramai-ramai pemimpin Islam Pas yang bersungguh untuk fikir cara nak atasi masalah maksiat nafsu biawak ini, tunggu hudud sampai kucing tumbuh tanduk pun takkan jelma kalau nak kena langkah mayat Karpal dulu, apapun Anda Mampu Mengubahnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...