Sama Ada Karpal Jahil, Keras Pedal Dan Anti Islam..... - Amaran Nik Abduh

Setelah lama bersabar serta mendiamkan diri, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan ketua Pemuda Pas hari ini bersuara menyatakan pandangannya berhubung beberapa kenyataan 'anti Islam' yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh sejak kebelakangan ini.

Nik Abduh turut memberi amaran bahawa kritikan oleh Karpal berhubung pelaksanaan hukum hudud itu hanya akan menyebabkan Pas kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

"Dari sudut sentimen, beberapa kenyataan terakhir Karpal Singh, dilihat seolah-olah DAP terlalu yakin dan tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, soalnya ia boleh menjejaskan undi kepada Pas,

Kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".

"Sama ada kritikan beliau itu atas premis memperjuangkan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu jelas menunjukkan bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan tidak memerlukan undi Melayu," kata Nik Abduh

"Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.

Terdahulu, ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan pula menyifatkan kenyataan Karpal yang terus mempertikaikan hudud "semakin keterlaluan" dan dijangka "bakal berdepan dengan kemarahan orang Islam".

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubungan baik sesama Pakatan," menerusi Twitter beliau semalam.

Mengulas perkara yang sama iaitu Mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad yang menggesa Karpal supaya menghentikan kritikan berhubung pelaksanaan hudud.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

"Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia," kataya ketika dipetik dari Berita Harian.

4 comments:

  1. Punya la baik hati .
    Nasihat untuk si kafir harbi laknat diluahkan dgn nada yang cukupp lembut.
    Kalau ini di lakukan oleh Umno tak tahu mcm manalah cacian,makian dan sumpah laknat yang akan diberikan pada mereka oleh ulamak haramjadah pas.
    Hakikatnya ialah,dgn Dapigs mesti berlemah lembut.
    Kalau berkasar maka cita2 untuk ke putrajaya gagal dan lagi Dapigs adalah than sembahan terbaru Parti Anak Sial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akibatnya tak patuh perintah Allah s.w.t untuk tidak bersekutu dengan orang KAFIRRRRRRRRR. Laknatullah ke atas KARPAL SINGH dan sekutunya.



      Delete
  2. Pakcu Rantau Panjang8/23/2012 10:30 AM

    Kadang-kadang Pakcu terfikir cerita Pas dengan DAp untuk tidur sebantal ni samalah cerita Mat Jali yang gila kan Jenab. Mat Jali siang malam dok ikut punggung Jenab dan ingin hidup dan mati bersama tapi dalam hati Jenab sekumit kuman pun wajah Mat Jali tak pernah di pandang malah jauh sekali untuk jatuh cinta.

    Yang dok tergila-gila ialah Mat Jali seorang hingga tutur katanya lemah lembut penuh dengan pujuk rayu biar pun Jenab bercakap dengan penuh maki hamun pada Mat Jali hinggakan sanggup mati dari berkahwin dengan Mat Jali,
    tapi asmaradana Mat Jali tetap pada Jenab hinggakan tidak termakan nasihat dan menuduh orang lain semua tak kena ...itulah nasib Mat Jali yang terkena "minyak dagu " Jenab....kesihan....jangan marah bro ini hanya seloka pagi Pakcu...

    ReplyDelete
  3. Joelo la tu pakchu .. Kena atas butir..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...