KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan BarisapEMBELOTNmbangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin .
Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.
Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai PAS malam semalam, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".
"Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.
"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini.
Khairy berkata beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang anti lompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".
Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.
"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.
"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.
Beliau berkata seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.
Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.
"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya. BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.