“Tentang komen ex-husband (Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan saya), biarlah, asal mereka bahagia. Saya (sanggup) korban terus pun, tidak mengapa. Siapalah saya.”, Kata seorang selebriti terkenal Abby Abadi atau kini lebih dikenali dengan 'Ustazah jadian' menerusi Tweeter selepas beliau dikhabarkan bertemu dan berbahagia dengan Memey serta Norman.
Gambar yang terpapar diatas adalah satu gambar yang perlu djawab oleh kepimpinan Pas sekiranya gambar tersebut adalah benar tanpa suntingan yang menunjukkan pengikut baru Pas Abby Abadi merelakan dirinya lemas didalam dakapan Norman, sebagai orang yang mengaku seorang muslimah yang mendapat hidayah dan lantang bersama hidayahnya itu tidak sepatutnya berkeadaan demikian.
Perbuatan tersebut adalah salah dan HARAM disisi Islam lebih-lebih lagi mereka yang lantang berkokok gegar sampai kebulan. Imej Islam perlu dijaga, sepatutnya Abby yang telah mewakafkan dirinya kepada Pas perlu menyedari dan tidak mudah terlemas sekiranya hidayah yang dikongsikan beliau itu benar-benar ikhlas.
Ini kerana sedang Abby lantang memperjuangkan Islam Pas, mengkritik orang itu dan ini pada masa sama Abby turut melakukan hal sepertimana dilakukan oleh orang yang beliau kutuk, tidak ada maknanya itu semua disisi Islam.
Hal ini tidaklah ditekan kepada Norman kerana kita tahu sebagai seorang insan yang tidak pernah mengaku dirinya telah berhijrah punyai kelemahannya sendiri, lagipun beliau tidaklah bersembang gegar mengenai perjuangan Islam, biarpun hukumnya tetap haram akan tetapi persepsi dari keadaan itu tidaklah menjejaskan imej Islam sepertimana jika dilakukan oleh mereka yang warak dan alim.
Justeru, situasi itu mengingatkan Gk akan satu keadaan yang hampir sama berlaku kepada seorang artis yang turut mendapat hidayah menjadi penceramah Pas dan lantang dipentas-pentas ceramah Pas mengutuk pemimpin Umno sepertimana yang diasuh oleh pemimpin Pas.
Akhirnya.......Sebagaimana yang anda tahu mengenainya....Hakikat itu, ada baiknya pemimpin Pas menasihati Abby Abadi supaya beliau menjaga tingkah laku seorang muslimah agar nama baik muslimah tetap terpelihara dan dipandang mulia segenap lapisan masyarakat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, berdakwahlah mengikut dakwah Islam bukannya dakwah Pas.
Dakwah Islam mengajak manusia kepada Allah, bukan kepada Pas, dakwah Islam menggunakan bahasa yang lembut dan indah seindah keindahan Islam itu sendiri, dakwah Islam tidak memaki hamun, mengata mengumpat dsbnya, dakwah Islam sentiasa menasihati dan saling memperingatkan akan ajaran Islam, khususkan dakwah itu hanya untuk berdakwah bukan untuk berpolitik, kerana orang berdakwah itu tidak bermusuhan sepertimana orang politik.
Jangan campurkan dakwah dengan politik, kerana ia adalah berbeza, jika anda berdakwah anda tidak perlu berfikir untuk menang menjadi calon sekaligus anda tidak perlu mengutuk orang lain, sebaliknya anda berdakwah menggunakan kaedah Islam yang tidak memungkinkan anda punyai persaingan untuk merebut apa-apa berkaitan dunia melainkan tulus dan turus jalannya kepada Allah tanpa sebarang sekatan.
Mengatakan agama tidak boleh dipisahkan dengan politik dan jika memisahkannya ia satu jalan yang mudah untuk menjadi kafir adalah satu fahaman sempit yang berkepentingan politik, gambaran pemisahan antara agama dan politik itu difahami dalam konteks Pas yang berideologi Khawarij.
Sebaliknya bukan sekadar politik sahaja yang tidak boleh dipisahkan dengan agama, apa sahaja perkara yang dibuat itu tidak boleh terpisah dengan ajaran Islam, dan pemisahan itu perlu difahami , sebagai seorang insan yang tidak maksum dan lemah sering terdedah dengan sebarang kesilapan, namun apakah kesilapan yang dilakukan itu satu asas untuk mengatakan bahawa ia telah memisahkan dengan agama? Sesiapa yang melakukan dosa ia menjadi kafir adalah salah satu cara bagaimana puak Khawarij berfikir. Anda Mampu Mengubahnya....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.