BN Akan Terus Kekal Memerintah Pada PRU 13

Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Corporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.

“BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya.

“Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan langsung asing (FDI) semakin meningkat.

“Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini,” katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, di sini semalam.

Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej.

“Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud,” katanya.Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.

1 comment:

  1. Insya Allah BN/UMNO akan terus memerintah selepas PRU13...tetapi jangan hanya yakin sebaliknya terus bekerja untuk rakyat, janji mesti ditepati dan paling penting jangan sabotaj, khianat dan buat skandal.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...