PRU 13 - Kempen Penerangan Umno Bermula Ogos

Bermula Ogos ini, program penerangan Umno diadakan di peringkat pusat daerah mengundi sebagai persediaan akhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program yang menjadi ganti kepada Program Juara Rakyat itu yang sebelum ini diadakan di setiap bahagian, akan diadakan hampir setiap hari.

"Kita ada kira-kira 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara. Urusetianya adalah Ketua Penerangan bahagian-bahagian," katanya kepada pemberita selepas majlis Sahur Perdana di Kerpan dekat sini, awal hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun, Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Shariff dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kempen penerangan itu perlu bagi menjelaskan usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di negara ini termasuk bantuan-bantuan yang diberikan. - Bernama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...