"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan antinasional 'haram sokong DAP'," soalnya.
Lim Kit Siang juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang kononnya didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam. Siapa Lim Kit Siang yang berani menentukan soal hukum hakam Islam ? Siapa Lim Kit Siang yang lantang memberi hukum mengenai Islam sebagai "umpan politik" ? Siapa Lim Kit Siang yang menyifatkan hukum 'Haram Sokong DAP' itu sebagai memperkecil-kecilkan Islam ?
Dari siapa beliau belajar mengenai Islam ? Lim Kit Siang tidak perlu cuba-cuba mengcampuri urusan agama Islam. Beliau bukan orang yang layak menentukan hukum dalam Islam. Perlukah orang sepertinya melabelkan sedemikian mengenai hukum Islam ? Biar orang Islam yang menentukan dan membicarakan mengenainya. Jangan terlalu biadap ?
Begitu juga dengan Karpal Singh yang tidak sedar diri dan anti Islam sepanjang masa itu, kenyataan beliau yang memperlekehkan Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'nakal' dilihat satu kebiadapan yang menghina tokoh tersebut sekaligus tidak memperakui bahawa Malaysia adalah negara orang Islam.
Kenyataan Karpal itu berhubung pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh Tun Mahathir. Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.
Malah, kata Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular.
"Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.
Kenapa Karpal cuba mempertikaikan apa yang diistiharkan oleh Tun Mahathir itu ? Kenapa, kenapa dan kenapa ? Kenalkah Karpal siapa Tun Mahathir ini, kenalkah orang-orang Pas siapa Tun Mahathir ini ? Inilah permainan halus dan licik puak kafir keatas umat Islam. Apa jasa Karpal kepada Islam ? Apa kata Karpal terhadap penindasan kepada umat Islam di Rohingya seumpamanya?
Apakah Karpal dan DAP cakna kepada umat Islam sepertimana Tun Mahathir ? Buruk-buruk Umno ataupun umat Islam tidak seburuk kafir seperti Karpal, ini adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua.
Lihat saja semalam, Tun Mahathir menggesa agar kerajaan Myanmar bertimbang-rasa terhadap nasib buruk yang ditimpakan ke atas etnik Rohingya.
Dalam perkembangan yang sama, Tun Mahathir berkata beliau telah menulis surat kepada ikon demokrasi yang juga aktivis hak asasi manusia di Myanmar, Aung Sang Suu Kyi, kira-kira lima hari lepas yang meminta agar beliau campur tangan dalam isu tersebut.
“Dia mempunyai pengaruh dan saya harap dia akan menyatakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Itulah manusia yang bernama Tun Mahathir yang dibenci oleh Pas sehingga sanggup menjalin kerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Umno, ingatlah ketika umat Islam mengalami kesusahan, si kafir seperti Karpal dan DAP tidak akan membantu melainkan akan menambahkan lagi kesusahan. Jangan biarkan DAP lantang mengkritik pemimpin Islam, sesungguhnya mereka tidak layak langsung untuk diberi muka, kelak nanti kepala akan dipijaknya...
Jika pengikut Pas tidak mempercayai apa yang Gk perkatakan itu, rujuklah pada rakaman video dibawah yang diceritakan sendiri oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hal itu... Anda Mampu Mengubahnya...
" Memberi sokongan kepada DAP hukumnya adalah HARAM "
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.