Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.
“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.
“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.
Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.
“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.
“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.
"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya. -Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.