Inilah yang dikatakan malaikat yang tidak dikenali, kecoh keliling negara sebut kerajaan BN korupsi, tidak amanah, tidak telus dan sebagainya, hanya beliau dan Pakatan Rakyat sahaja yang sempurna segala-galanya, namun bila timbul sesuatu isu kenapa ia cuba berdolak dalih memalingkan isu tersebut kepada Perdana Menteri, bukankah mereka berbeza dengan pemimpin BN, kalau pemimpin BN dikatakan tidak telus tunjukkanlah ketelusan pemimpin yang sempurna bagaikan malaikat itu.
Dulu cakap nak istihar semua harta pemimpin PR Selangor, namun sampai hari ini tidak tertunai apa yang dikhabarkan, banyaklah benda kalau nak bangkit, namun Gk lebih melihat kepada keikhlasan dan ketulusan hati seorang pemimpin yang difitnah lalu bersumpah bagi mempertahankan dirinya, sedangkan ia tidak perlu lakukan kerana beliau punyai kuasa untuk melindungi dirinya daripada tindakan undang-undang, berbeza pula dengan keangkuhan Ketua pembangkang yang takut untuk bersumpah, kenapa takut kalau anda tidak lakukan ? Itu soalan yang wajib dijawab sebelum PRU 13 ini sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah.
Soal keputusan mahkamah yang mendapati beliau tidak bersalah adalah bukan keputusan mutlak setelah keputusan itu mengambil kira beberapa faktor ala samseng yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, bagaimanapun suka untuk kita merujuk tuduhan Anwar terhadap Najib yang didakwanya punyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, tetapi sampai hari ini Najib tidak pernah diseret ke Mahkamah, kalau di Malaysia Najib berkuasa, apakah Perancis juga Najib berkuasa ? Riuh pembangkang mengatakan mahkamah di Perancis sedang membicarakan kes ini tahun lalu, namun apa kesudahannya ?
Jelaslah politik jahat terkutuk Anwar yang sanggup dedahkan negara kepada bahaya, fitnahnya itu boleh membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan hubungan antara Malaysia dan Perancis, memfitnah Perdana Menteri Malaysia dengan mengaitkan kes pembunuhan warga Perancis adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, namun kerana kuasa manusia seperti Anwar akan sanggup lakukan apa sahaja, rakaman video dibawah diantara beribu-ribu rakaman yang boleh membandingkan keikhlasan dua pemimpin dan memperlihatkan siapa dajal yang sebenarnaya. Anda Mampu Mengubahnya.
5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j
ReplyDeleteAidila Razak
6:24PM Okt 2 2012
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.