Kerana DAP - Khalid Dan Salahuddin Sanggup Putuskan Hubungan Dengan Nasharuddin

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan silaturrahim dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa sebagaimana dilaporkan portal pembangkang Malaysiakini.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.

Katanya, "sebelum ini dia (Nasharudin) mengeluarkan kenyataan yang keahlian (dalam PR) sudah tak penting, ini sudah tak penting, kita tahu itu yang dia nak."

"Ini politik murahan. Kenapa baru sekarang nak keluarkan kenyataan, kita bekerja dengan DAP bukannya semalam, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, jika Nasharudin 'keluar parti', kemungkinan Umno telah menyediakan kedudukan dalam parti untuknya.

Khalid berkata, kebelakangan ini hubungan Nasharudin dengan parti tidak serapat beliau dengan kerajaan BN dan kenyataan yang dikeluarkan jelas menguntungkan BN.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau jelas merupakan kenyataan dari segi sudut politik menguntungkan BN dan wujudkan ketegangan antara PR walaupun tiada bukti.

"Kalau kenyataan beliau ada bukti, kita ambil tindakan, tapi oleh kerana tujuannya adalah untuk mensensasikan isu dan DAP sentiasa menjadi sasaran Nasha.

"Tetapi kenyataan Dr. Chua Soi Lek mengenai hudud lebih teruk daripada Karpal Singh tetapi tidak dipersoalkan," katanya.

3 comments:

  1. khalid oh khalid. Patut la beriya sgt bela DAP, bakal menteri kabinet rupanya. hehehe

    ReplyDelete
  2. "Tetapi kenyataan Dr. Chua Soi Lek mengenai hudud lebih teruk daripada Karpal Singh tetapi tidak dipersoalkan
    _____________________________________________
    sbb karpal singh tu kn sahabat satu pakatan...sbb2 la ustaz nasha tegur utk jaga hati rakan pakatan..soi lek tu lantak die la...

    ReplyDelete
  3. masalah tol khalid nie...ustaz nasha berucap kt pwtc pn jd hal ke...dl arwah ustaz fadzil noor pn penah berucap dengan tun mahathir...xde kecoh2 pn...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...