KUALA KRAI - Kemiskinan hidup memaksa suami isteri warga emas tinggal
dalam keadaan kurang selesa di sebuah rumah hanya layak dipanggil
bangsal di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Temalir, dekat sini, sejak
dua tahun lalu.
Awang Daud, 70, berkata, dia bersama isteri, Che Rahmah Harun, 60, terpaksa tinggal di bangsal itu kerana tiada pilihan selepas permohonan mereka untuk bantuan rumah masih belum mendapat maklum balas.
Katanya, rumah kecil itu memang tidak selesa untuk didiami kerana dibina daripada bahan binaan terbuang selain tiada kemudahan bekalan air manakala bekalan elektrik pula disambung dari rumah adiknya.
“Sebelum ini, saya dan isteri menumpang di rumah anak perempuan di Chenulang dan bila menantu bawa balik bahan binaan terbuang, saya dapat bina rumah kecil ini atas tanah milik keluarga,” katanya.
Awang berkata, dengan pendapatan kira-kira RM150 seminggu hasil menoreh getah milik orang, dia tidak mampu membina sendiri rumah lebih besar dan selesa.
“Selain untuk belanja dapur, duit saya dapat banyak digunakan untuk beli ubat dan kos rawatan kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi dihidapi isteri saya.
“Saya sedih permohonan rumah sampai sekarang tidak ada sebarang maklum balas tetapi paling menyedihkan, tiada seorang pun pegawai kerajaan atau pemimpin setempat datang jenguk keadaan kami,” katanya.
Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan bantuan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 1 Jun 2009 dan 10 Jun 2010.
Che Rahmah pula berkata, dia tidak dapat membantu meringankan beban suaminya disebabkan penyakit Diabetic Mellitus, Hypertension dan Hyperlipidaemia dihidapinya seperti disahkan klinik pakar perubatan.
“Usahkan nak bantu dapatkan rumah lebih selesa, nak kerja untuk bantu ringankan beban suami pun tidak boleh sebab penyakit saya,” katanya yang turut mengalami simptom tangan kebas.
Che Rahmah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ditolak walau disertakan bersama surat sokongan pakar perubatan.
“Sudah berbelas-belas tahun, saya menghidap macam-macam penyakit sampaikan doktor dan kakitangan Hospital Kuala Krai pun kenal saya kerana selalu keluar masuk wad,” katanya. - Sinar Harian

Baju Pok Cik Awe pakai tu kalu kiro comel doh, tapi sayanglah kalu timbang senget lagi, Wakil Rakyat sememangnya perlu amanah dalam mengagihkan apa-apa bantuan kepada rakyat, tidak kira ia menyokong kerajaan atau sebaliknya, namun rakyat juga harus bijak jika tak mahu susah, kena pilih dalam konteks pemimpin bukan parti, calon sombong dan hanya sibuk mengejar kekayaan untuk kepentingan peribadi perlu diajar dan jangan diundi,
Bukan zamannya untuk rakyat 'totok' kepada satu-satu parti, pilihan ada banyak, undilah calon yang rasa boleh ditumpang, itu perkara paling penting, dan keadaan itu juga akan membuatkan kepimpinan tertinggi sesebuah parti hanya akan meletakkan calon baik dan 'winnable candidate' sahaja setelah mereka menyedari akan hakikat tersebut, kerana kepimpinan tertinggi parti perlu cerdik untuk meletakkan seseorang calon di satu-satu kawasan, sama juga dengan memancing, umpan untuk ikan laut lain, umpan untuk ikan sungai lain, kalau pakai umpan untuk ikan laut memancing ikan sungai, jangan salahkan ikan kalau ikan tu tak makan.
Peruntukkan kerajaan ada, tidak kiralah kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, pelbagai bantuan sentiasa kita dengar ia dibentangkan, tapi tidak pasti samada ia benar-benar sampai kepada golongan sasaran ataupun golongan yang berpeleseran di pejabat-pejabat parti, untuk itu rakyat harus ingat, pemimpin payoh baso, agah, janji pelawok WAJIB disepak sampai ke umbi nyur, kerana jika pemimpin sedemikian dipilih juga, ia pasti akan menyusahkan hidup rakyat, dan ketika itu janganlah merengek. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.