KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyalahkan UMNO ekoran kenyataan yang dibuat oleh Sasterawan Negara Prof. Emeritus
Datuk Dr. Shahnon Ahmad kelmarin bahawa perjuangan politik Pas sudah tersasar dan tidak
lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.
"Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan
baca surat khabar UMNO jadi terbawa-bawa. Oleh yang demikian saya
nasihat orang Pas yang baca surat khabar UMNO kena ada
jawapanlah," katanya.
Bagaimanapun menurut Nik Aziz, walau apapun yang berlaku Pas tetap tegas untuk bekerjasama dengan DAP bagi mencapai hajat bersama ke Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke- 13 nanti, namun beliau berasa hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri
yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu sedikitpun tidak mengacau
perjuangan Pas.
“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar dia tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP jadi tidak tahu kenapa yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita".
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Saidina Ali di Kok Lanas di sini semalam.
Sebelum ini Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mendakwa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak
Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP,
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas. Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.
Inilah dajjal yang merosakkan agama dan bangsa kita.Pork Nicky Najis aka Anjing DAPigs.
ReplyDeletehahaha...bro, gua x kan heran kalo neek najjeeeis nie kuar statement cmnie....
ReplyDeletesbb gua tau org bodo nie dh terlalu bodo utk tau politik semasa sbb asik tgk putrajaya jer....
asik bau aci ngn amoi dlm dapigs...
tue yg c bleh tahan bro...
kalo dah bodo, sampapi bila2 pun bodo, pengikut sendiri komplen dialahkan org len...hahahaha...
gua x prnah jumpa org tua bodo mcm nie...
hahahha...kelakar gila ar wehh...
KESIAN DEKAT ORG TUA NI, DAH SAH2 MENTAL BLOCK NI.......dia tak nampak kejahatan dap sbb mental dia dah diblok olh setan yg dah jd rakan karib dia..............HAHAHAHAHAH
ReplyDeletepok nik semakin stress dan gila.
ReplyDelete