Nik Aziz : Jika UMNO Mahu Berbaik Dengan PAS, Bubarkan UMNO

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga. - Sinar Harian
 
- Meletakkan dasar saja Islam tidak cukup untuk mengatakan sesebuah parti itu benar-benar nak kepada Islam, dan dasar Islam itu sendiri belum lagi difahami oleh rakyat, macam mana dasar Islam ni ?, ada ke contoh dasar Islam yang dibuat oleh PAS setelah memerintah Kelantan lebih 22 tahun itu, mungkinlah ada semasa 5 tahun pertama PAS mentadbir Kelantan, namun 17 tahun kebelakangan ini apa yang telah PAS lakukan ?
Pemimpin PAS tidak ada bezanya dengan UMNO, diringkaskan kepada tujuan yang pokok, diantara PAS berkerjasama dengan DAP dan juga berkerjasama dengan Umno, kerjasama yang manakah hasilnya dibayangkan lebih Islamik ? Nik Aziz terlalu berpolitik sehingga terlupa hakikat yang sebenar, sudah terlupa dasar Islam PAS telah bertukar menjadi dasar kebajikan hanya semata-mata ingin berdampingan dengan DAP, Nik Aziz usahlah menunjukkan kenyanyukkannya dengan dasar Islam, sedarlah dalam PAS itu bukannya terdiri dari kalangan Ulamak yang hendak pada dasar Islam sebagaimana kepimpinan PAS yang dahulu. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. “Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46."

    -----------------------------------------------

    Semangat 46 adalah parti minoriti dan bilangan ahlinya sedikit berbanding keahlian yang ada dalam UMNO. Cuba kita banding keahlian dalam PAS dan UMNO pulak?? siapa yang punyai ahli yang ramai?? Takkan la parti dengan keahlian yang ramai nak bubar dan sertai parti yang takde kuasa dalam PR, lebih-lebih lagi keahliannya pun baru mencecah 1 juta orang... fikir logik la Pork Nick oooiii....!!!!

    ReplyDelete
  2. PAS tu di pimpin oleh ulamak ke?....kalo pok aji Adi dah xde Ostat Matt Sabu KOMUNIS kaki rembat bini org yg jadi PRESIDEN PAS...FOOLamak....ostat Mampoz pon ade...FOOLamak...

    Baik lagi UMNO berjuta kali kalo gitu.....

    ReplyDelete
  3. Aku geram betullah nik aziz dan nik aziz asyik spin dan tak tengokke dasar islam yg telah umno lakukan antaranya ekonomi islam, makhamah syariah, tilawah al-quran, tolong orang Ronghiniya burma, selesai masalah islam mindanao, bina rumah Allah, forum islam, program ibadah haji dan banyak lagi............

    inilah umno yang membela agama, bangsa dan negara tetapi nik aziz buat2 tak nampak kebaikan UMNO dan pas sepatutnya dibubar dan bukan UMNO

    harap orang UMNO dapat tepis dakwaan nik aziz yg tak habis2 spin org islam

    ReplyDelete
  4. Dulu Nik Aziz bila kata menguna "dasar islam" sy percaya tetapi sekarang sorry la, rasa seperti ditipu dahulu. Sekarang "DASAR ISLAM SESAT".

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...