@NajibRazak Tolong Jangan Jadi PM Yang Hanya Tahu Naikkan Minyak !

Antara alasan paling bagus dan mesra rakyat kebanyakkan bagi menaikkan harga petrol ialah 70% bahan api digunakan mereka yang berpendapatan tinggi sebab mereka banyak kenderaan & kuasa cc besar.

Hujah berkenaan sering dilontarkan oleh pemimpin dalam kerajaan, kononnya jika subsidi tidak dikurangkan adalah tidak adil kepada rakyat kebanyakkan yang lebih sedikit penggunaan petrol berbanding golongan kaya.

Oleh demikian subsidi pun dikurangkan  maka berlakulah kenaikkan harga bahan api dengan disusuli barang keperluan lain.

Untuk rakyat kebanyakkan, kerajaan 'cover' balik kenaikkan petrol tadi dengan pemberian BR1M, samada setimpal atau tidak tepuk dada tanya kocek.

Pengurangan  subsidi itu juga disebut sebagai rasionalisasi subsidi kononnya dengan langkah itu pemberian subsidi tidak tersasar, adil dan tepat kepada golongan sasar.

Persoalannya apakah hanya itu satu-satunya langkah yang terbaik dan adil mampu dilakukan oleh kerajaan ? Jika benarlah kerajaan kita ni baik dan bagus serta telus dengan hasratnya supaya pemberian subsidi tidak tersasar, mengurangkan subsidi seperti itu bukanlah caranya.

Kerana umum mengetahui bilamana berlaku kenaikkan bahan api, secara 'automatik' barangan keperluan lain turut akan naik, hal ini sudah pasti akan lebih menambahkan lagi beban rakyat.

Mengapa kerajaan tidak naikkan saja cukai kenderaan mewah atau yang berkuasa 'cc' tinggi untuk 'cover' balik penggunaan petrol bersubsidi ? Mengapa kerajaan tidak memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi sebagai 'cukai subsidi'.

Jadi dengan langkah itu bukankah ianya lebih tepat kepada golongan sasar. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil langkah yang bersifat 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.

Sebagai contoh, jika kenderaan melebihi 2000cc dianggap sebagai kenderaan mewah atau kenderaan yang banyak menggunakan petrol, naikkan atau tambahkan cukai, andaikan secara pukal nisbah penggunaan petrol setiap kenderaan 2000cc ialah 10 liter sehari, 20 sen seliter x 10 = RM2 x 365 hari = RM730. Dsbnya.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi yaitu sebagai 'cukai subsidi'.

Adakah anda fikir dengan menaikkan cukai kenderaan mewah atau memperkenalkan 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi itu akan membebankan rakyat kebanyakkan ?

Kalau cukai baru seperti GST boleh diperkenalkan kepada seluruh rakyat mengapa tidak perkenalkan juga 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi ?.

Tahukah Menteri dan Ayam? Lantaran kenaikkan bahan api yang belum sampai sebulan, hari demi hari barangan keperluan lain turut naik, contohnya telur ayam, daripada 5 biji RM2, hari ini 4 biji RM2, maknanya kurang sebiji. Bila tanya pekedai, ya telur naik harga!

Bagi Menteri dan yang sewaktu dengannya kenaikkan harga barang seperti telur ayam bukanlah menjadi isu besar, tapi bagi marhaen seperti kami yang jika sebelum ini masih mampu untuk makan daging ayam, sekarang tidak lagi, kami hanya mampu untuk makan telur ayam saja.

Tapi kalau telur ayam pun dah naik, mungkin sedikit masa lagi kena makan bulu ayamlah pula! tak pun taik ayam... Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...