Percubaan Menjatuhkan @NajibRazak Kian Terserlah !

Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.

Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB.

Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.

"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat.

Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.

"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.

Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?

Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

HaHaHaHa!!! Nak termuntah bila baca kenyataan suci sepupu kepada 'Wak Ketum' ni, lenggoknya pun sebijik sama tak berkocak air!!! Mentang-mentanglah ada tokoh berpengaruh dibelakangnya..............

Inilah masalah bila manusia bertukar menjadi toyol yang laparkan duit, alasannya membuat laporan polis tak ubah seperti orang bengong mabuk ketum, ada ke patut kata 1MDB tak bagi penjelasan, yang ni http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdb-beri-penjelasan bukan penjelasan ke ?

Nak jelas macammana lagi ? Oleh itu, anda nampak tak......... ?

Kalau suci bagai dikata, bukan itu caranya dan bukan hanya isu 1MDB saja yang perlu ditumpu, tapi kenapa hanya isu 1MDB yang menarik minatnya walaupun penjelasan telah diberikan......? Anda percaya ia benar-benar jujur ? Atau was-was dan lebih percaya ada agenda besar disebaliknya...?

Sebelum itu perlu tanya siapa beliau ? Apa kredibiliti beliau dalam isu ini sehingga begitu bersungguh menonjol bertindak suci....... ? Tidak salah, cuma ingin tahu! Takkanlah 3 juta ahli Umno beliau seorang saja yang tampil bermatlamat suci ?

Apapun nampak sangat terlebih wayangnya, kalau jujur ingin melihat rasuah bebas, baguslah, tapi bila ada agenda lain ia boleh diumpamakan lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga.

Politik dajal bagi menjatuhkan seseorang pemimpin secara jahat tidak seharusnya dibiarkan berlaku, sungguhpun begitu ia bukan bermaksud untuk melindungi jika pemimpin korup dsbnya, tetapi sesuatu tindakkan itu biarlah menyeluruh selain selari dengan isu supaya tidak dilihat terlebih sudu dari kuah, kerana hal itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif sedangkan hal sebenar adalah sebaliknya.

Saya mengakui bukan pakar ekonomi atau perniagaan, tapi kalau dirujuk isu ini menerusi beberapa kenyataan  mereka yang tidak berkepentingan tapi mempunyai kredibiliti, ia tidaklah begitu serius sehingga memerlukan penerbit buku 50 dalil mengapa Anwar tak layak jadi PM itu untuk membuat laporan polis.

Kalau pemimpin pembangkang pun belum sampai ketahap membuat laporan polis, jadi apa ke bengong dengan pemimpin Umno ini ?  Bukankah tindakkan pemimpin Umno ini jelas menampakkan perancangan licik yang disusun supaya ia sensasi dan berbahaya dengan harapan ia boleh memberi tekanan kepada PM.... ?

Untuk itu saya selesa berpandangan dimana pelaburan atau perniagaan jangkamasa panjang tidak sama seperti berniaga goreng pisang dsbnya, saya yang kurang arif mengandaikan, sebagai contoh, jika kita membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), katakan ASB menawarkan pelaburan sebanyak RM5k sehingga tempoh 5 tahun ASB akan bayar keuntungan  sebanyak RM10k, tiba-tiba dalam masa 3 tahun atau belum cukup tempoh kita tuntut supaya ASB bayar RM10k mana boleh ?

Jadi dalam tempoh yang singkat, agak tidak relevan jika kita ingin mempersoalkan keuntungan 1MDB atau sesuatu perniagaan termasuk PROTON dll, atau memang PROTON buat untung setiap tahun dari tahun pertama wujud sehingga hari ini ?

Oleh demikian apa salahnya kita bagi dulu peluang sampai tempoh masa yang relevan, bukan kita seorang saja yang bijak, orang lain pun ada kebijaksanaannya yang tersendiri yang mungkin kita pun tidak pernah terfikir.

Kesimpulan yang mudah, sekalipun tak suka dengan seseorang kerana tak dapat sesuatu yang dihajatkan atau tak sabar nak gantikan tempatnya, jatuhkanlah ia secara anak jantan bukannya dengan fitnah jahat yang telah dijawab dan diperjelaskan sehingga keterlaluannya mengalahkan pemimpin pembangkang.. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kritikkan atau teguran sebagai peringatan supaya seseorang itu menjadi yang terbaik adalah lebih mulia dari beragenda yang sebaliknya"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...