Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.
Beliau berkata, berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.
Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan, katanya.
"Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengambil tindakan berjumpa dengan sepuluh syarikat berkenaan untuk berbincang, daripada terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, kerana ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna.
"Yang menjadi masalah, walaupun harga minyak diturunkan namun pengilang, peniaga dan pengusaha masih mengekalkan harga yang sama atau menaikkan harga sedangkan mereka boleh menurunkannya berikutan kos perniagaan sudah dapat diturunkan," katanya.
Menerusi kenyataan Menteri itu, ada beberapa perkara yang rakyat kurang faham bahkan sukar untuk difahami, pertama, apabila diumumkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran dunia, tapi bila harga pasaran minyak dunia dah turun mengapa harga minyak kita tidak terapung turun mengikut harga pasaran dunia ?
Mengapa kerajaan masih lagi mengkaji sehingga mengambil masa setengah bulan untuk menurunkannya ? Sedangkan bila berlaku kenaikkan, harga minyak dinaikkan serta merta berkuatkuasa jam 12 malam pada hari yang sama ia diumumkan, sehingga rakyat berebut-rebut memenuhi stesen minyak, kasihan !!!
Hal ini kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat supaya rakyat tidak rasa terlalu bodoh untuk diperbodoh-mainkan oleh kerajaan.
Kalau harga minyak dunia naik, apakah kerajaan akan turut mengambil masa kira-kira setengah bulan juga untuk mengkaji sebelum menaikkannya ?
Kedua, Ketika harga minyak dinaikkan, peniaga diminta supaya tidak menaikkan harga barang, namun ketika harga minyak diturunkan peniaga diminta menurunkan harga barang.....
Kalau harga minyak dunia naik, apakah kerajaan akan turut mengambil masa kira-kira setengah bulan juga untuk mengkaji sebelum menaikkannya ?
Kedua, Ketika harga minyak dinaikkan, peniaga diminta supaya tidak menaikkan harga barang, namun ketika harga minyak diturunkan peniaga diminta menurunkan harga barang.....
Sekarang harga minyak bakal turun, sekali lagi peniaga diminta menurunkan harga barang, biarpun Menteri sedar permintaan sebelum ini supaya harga barang tidak dinaikkan tidak diendahkan oleh peniaga. Menteri tetap menyarankan supaya KPDNKK tidak mengambil tindakkan keatas 10 syarikat yang dikenalpasti mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia.
Mengapa 10 syarikat berkenaan begitu istimewa ?, sudahlah mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan, dikecualikan pula dari diambil tindakkan sekalipun melakukan kesalahan apabila ingkar tidak menurunkan harga barang.
Mengapa 10 syarikat berkenaan begitu istimewa ?, sudahlah mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan, dikecualikan pula dari diambil tindakkan sekalipun melakukan kesalahan apabila ingkar tidak menurunkan harga barang.
Berdasarkan kenyataan Menteri, difahamkan, jika terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan
Anti-Pencatutan 2011, ia memberi kesan kepada kos pembelian
barangan oleh pengguna.
Pelik jugak tu! Ada juga akta yang tak berguna, so kalau tak diambil tindakkan apakah ia tidak memberi kesan kepada kos pembelian
barangan oleh pengguna disebabkan keengganan peniaga menurunkan harga barang ?
Menteri dan kerajaan yang diangkat oleh rakyat tidak sepatutnya menganggap perkara yang memberi beban kepada rakyat itu sebagai satu masalah sehingga gagal untuk mengatasinya. Kegagalan untuk mengatasinya menunjukkan kerajaan tidak mempunyai merit sekaligus tidak layak untuk mentadbir negara.
Rakyat angkat kerajaan dan pemimpin bukan untuk suruh cari projek atau buat kekayaan peribadi dan kroni, harapan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin yang diangkat adalah dapat membela nasib rakyat.
Bila sebut kerajaan, sudah pasti mempunyai kuasa, bila sebut Menteri, sudah pasti ia mempunyai CGPA yang tinggi, jadi gunakanlah kelebihan itu supaya kedegilan pengilang, peniaga dan pengusaha menurunkan harga barang tidak lagi disebut ianya sebagai satu 'masalah'. Anda Mampu Mengubahnya.
Karang ada Menteri jawab harga minyak takkan turun sebab terapung
Prinsip barang yang terapung atau diapungkan, bila paras naik, maka ia akan naik. Jika paras turun tentulah ia akan turut turun. Apa pasal kerajaan pening kepala nak laksanakan realiti ini. Adakah masih ada kira2 uncang dan kocek? Berani tarik balik subsidi, beranilah laksanakan konsep apungan. Kena ingat wahai menteri, benda yang terapung boleh ditenggelamkan. Kena ingat tu....
ReplyDelete