PETALING JAYA - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak untuk bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan sekalipun.
Beliau berpendapat Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan perlu menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.
"Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Menurutnya, beliau yakin Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman Israel.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan pada Selasa, Nik Aziz berkata beliau memahami penjelasan Anwar tetapi mengulangi pendirian tidak sesekali mengiktiraf negara Israel seperti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.
"Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini," katanya.
Nik Aziz berkata, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa perikemanusiaan menafikan hak umat Islam dan merampas hak seluruh rakyat Palestin.
"Justeru adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang tidak habis-habis menzalimi rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua," katanya.
Pertemuan di antara Nik Aziz dan Anwar hampir sejam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Selasa turut ditemani Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pada Selasa, Anwar berkata, beliau tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.
"Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu," katanya.
Ketua Pembangkang itu berkata, Nik Aziz memahami dan menerima penjelasan beliau mengenai isu Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ, bulan lalu. - Mstar
Maka HARAM jugalah bagi Nik Aziz dan partinya untuk bersekongkol dengan orang yang menerima kewujudan negara Israel lebih-lebih lagi menjadikan beliau sebagai ketua yang akan memimpin. Anda Mampu Mengubahnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(1061)
-
▼
February
(37)
- KLIPVIDEO - PEMBONGKARAN SAMA GANAS HASAN ALI DAN...
- NAJIB TURUN KOTA BHARU JUMAAT INI BAWA 11.......KE...
- TERKINI !!! CERITA PANAS NIK AZIZ LARI, 22 EKOR BU...
- LYNAS - HIMPUNAN TOYOL KUMPULAN PENENTANG ARAH TER...
- KANTOI JUA !!! - KLIP VIDEO "BAPAK SETAN" BERKHALW...
- LYNAS 2.0 - GILOS !!! PEJUANG ISLAM PAS BERSELUAR...
- PANAS HANGIT DI KELANTAN, TUN M JUGA BERPESAN NANT...
- BLOGGER AMBO ORANG KAMPUNG DAN NOZULA MENGAMUK DI ...
- PERHATIAN !!! ESOK JAM 10am DEPAN TESCO KB -PERHIM...
- TOK GURU KEJAR DUNIA LUPA AKHIRAT- UST AZHAR IDRUS
- 60 BUKTI !!! PEMBOHONGAN DAN KEZALIMAN KERAJAAN BN...
- TERBARU!!! KICKDEFELLA BERSAMA TIMBALAN NIK AZIZ ...
- KERANA SYORGA PAS, BANTUAN WANG BR1M WANITA KELAN...
- EKSKLUSIF TUKAR - 22 JANJI PAS KELANTAN DITUNTUT D...
- ISU ISRAEL : HARAM BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR - NIK...
- PANAS!!! KETUA PEMUDA PAS LANTANG DIKRITIK KERANA ...
- DEBAT - SAIFUL BUKHARI VS ANWAR IBRAHIM...ADA BRAN...
- AMANAT TERBARU HJ HADI - SIAPA LANGGAR PASTI AKAN ...
- PANAS!!! PENGAWAL PERIBADI ANWAR DIRACUN LAGI!
- MOHON SERINGGIT UNTUK NYAWA PLEASEEEE!!!
- TUKAR: ACU TEST SEPENGGAL - MAT GLAMOUR
- WARNING !!! ANWAR THIS LUAR BIASA.........
- EKSKLUSIF - MANTAN MUFTI PERLIS JAWAB MENGENAI "G...
- BERANI SUNGGUH USTAZ FATHUL BARI JAWAB ISU NAJIB ...
- LAKONAN TERBARU TANGISAN LADANG RAKYAT KELANTAN, K...
- RAHSIA KENAPA ANWAR DAN NIK AZIZ MEMBISU MENGENAI...
- KLIP VIDEO ARTIS KELANTAN
- APEK KATA BUKAN PEKERJA MELAYU KFC GADUH SAMA CINA...
- ALLAHUAKBAR ! ALLAH MEMPERLIHATKAN PEMBOHONGAN PEM...
- GEMPAR !!! REVOLUSI 'TUKAR' - RIWAYAT PAS KELANTA...
- RAKYAT DI KOTA BHARU DAN BACHOK ! - LAPORAN AIR KE...
- ORE KELATE CURI MOTOR DI KELANA JAYA KENA TIBAI......
- ISH,ISH,ISH TRY TANYA NIK AZIZ SAMADA BETUL KE TID...
- SKANDAL TERBARU ANWAR - KU SANGKA AZIZAH RUPANYA L...
- RAKAMAN - GK TERJAH MPKB, PAS KANTOI JAHAT YANG M...
- PERHATIAN !!! GELOMBANG MERAH, BN MERENTOH , NYATA...
- KENALI MANUSIA PERTAMA YANG MENGGELARKAN NIK AZIZ...
-
▼
February
(37)
Jika Israel mengiktiraf kerajaan Palestin wajar ke kita sokong Israel??? Allah sendiri melaknat kaum Israel...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete