KLIPVIDEO -TOK SEH JUAL KARPET TUNJUK 'BARE', GADIS 19 TAHUN DICABUL

BALING – Seorang gadis yang berusia 19 tahun mengalami trauma dan ketakutan apabila dirinya dicabul dan diraba oleh seorang penjual karpet di rumahnya baru-baru ini.

Menceritakan kejadian itu, gadis muda yang hanya mahu dikenali sebagai Yana berkata, kejadian itu berlaku di rumah ketika dia bersendirian dan sedang mengemas rumah sebelum seorang lelaki penjual karpet datang untuk mengutip hutang kain pada jam kira-kira 3 petang.
Ketika lelaki itu datang, Yana telah memberitahu ibunya tiada di rumah kerana keluar berniaga manakala adiknya keluar sebentar untuk ke kedai.

“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” kata Yana dipetik dari laporan Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, Yana cuba untuk melawan tindakan penjual karpet itu tetapi lelaki tersebut terlalu kuat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa selain menangis dan menjerit.

Akibat dari tindakan Yana yang menjerit, lelaki itu menutup mulutnya dan mengangkat tubuhnya dan diletakkan di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Dalam pada itu, ibu Yana melahirkan rasa kesal di atas tindakan penjual karpet itu yang cukup dikenalinya memandangkan lelaki itu akan datang setiap bulan ke rumahnya untuk mengutip hutang jualan.

Ekoran dari kejadian itu, Yana dan ibunya telah membuat laporan polis di Balai Polis Baling. Namun, lelaki tersebut tidak dapat dikesan setelah polis mengadakan sesi kawad cam ke atas beberapa lagi lelaki lain yang menjual kain di kawasan itu yang ditahan sejurus laporan dibuat. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...