Showing posts with label maik. Show all posts
Showing posts with label maik. Show all posts

Video Bukti Khutbah Aidilfitri Jadi Ceramah Politik Pas, MAIK Sila Siasat !!!

KOTA BHARU- Teks khutbah yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin menegaskan, penghasilan teks khutbah itu melibatkan penglibatan ulama dan golongan berkelayakan dalam bidang agama sahaja tanpa terikat dengan kepentingan individu tertentu.

Menurutnya, isi kandungan khutbah dirangka Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai Pengerusi Panel bersama beberapa panel lain seperti Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

“Maik tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahupun individu yang berpengaruh dalam politik. Kita bebas bergerak sendiri secara terus di bawah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

“Malah isi kandungan teks khutbah sendiri dibuat dengan Mufti Kelantan bersama beberapa panel lain yang alim ulama dan layak dari segi pengetahuan agama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mengatakan golongan tertentu mempergunakan Maik untuk menyampaikan agenda politik menerusi teks khutbah.

Kamaruddin berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali tanpa bukti yang kukuh kerana Maik sentiasa melaksanakan tugas mengikut syariat Islam.

Katanya, teks khutbah dikeluarkan Maik berdasarkan isu semasa berlandaskan hukum Islam sebenar tanpa membabitkan pandangan golongan tertentu yang berkepentingan politik.

“Kita menjaga imej sebagai agensi Islam dan isi kandungan khutbah dibuat dengan cara melihat isu-isu semasa seperti perpaduan ataupun masalah denggi yang kemudiannya kita akan mengulas isu itu berdasarkan hukum Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata Maik telah pun mengarahkan seluruh imam di negeri ini seramai 560 supaya setiap minggu menggunakan teks khutbah agensi agama itu tanpa apa-apa perubahan dan pindaan.

Katanya, sekiranya terdapat aduan yang mengatakan ada segelintir imam dengan sengaja membuat perubahan pada teks khutbah itu maka Maik akan menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan selanjutnya. - Sinar Harian

Kepada MAIK, video yang dilampirkan ini boleh menjadi bukti dimana berlakunya perubahan pada teks asal khutbah yang disediakan oleh pihak MAIK. Putar alam yang dilakukan pemimpin Pas ini terhadap teks asal sangatlah jelas.

Teks khutbah MAIK antaranya menyeru supaya umat Islam bersatu padu dengan mengambil iktibar negara-negara yang sedang bergolak, dipusing oleh pemimpin Pas supaya membantu negara yang sedang bergolak, tidak salah membantu itu, tapi kenapa tidak sebut supaya menjaga perpaduan umat Islam dan elakkan daripada persengketaan......

Banyak perkara yang telah diputar oleh pemimpin Pas yang boleh dilihat sendiri pada rakaman video dibawah dan bandingkan dengan dengan teks asal yang disediakan oleh MAIK Disini. Anda Mampu Mengubahnya...

Rakaman Asal Khutbah Aidilfitri 2012 (MAIK) Yang Sangat Ditakuti Pas

Kalau jumpa Syaitan biasa baca Ayatul kursi, tapi kalau jumpa puak Pas baca ayat diatas, ia cukup takut dan jarang sekali pemimpin-pemimpin Pas memetik ayat tersebut...
Semalam lidah rasmi Pas yaitu Harakah menyiarkan artikel yang mengaitkan khutbah aidilfitri yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebagai berunsur politik, dimana dalam artikel itu menyebut,

"Sementelahan pula isi khutbah itu bukan berpihak kepada Pas tetapi berpihak kepada kerajaan UBN, apabila isinya menyindir mengenai himpunan Bersih dan juga aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan stadium Sultan Muhammad Ke IV?

"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan". Itu antara sebaris isi khutbah yang memedihkan. Untuk apa kata-kata ini diselit kalau bukan atas niat hendak menyakitkan hati? Penganut politik yang peka mudah menangkap maksud di sebaliknya.

Melihat polimek mengenai khutbah raya ini saya nampak yang perlu bertanggungjawab ialah panel yang menyediakan teks berkenaan. Dalam hal ini Mufti lah yang bertanggungjawab sebab beliau adalah ketua panel berkenaan. Seharusnya Mufti lebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan sewenang-wenangnya kuasa yang diberikan kepadanya.


Datuk Mufti kena pantau dan semak betul-betul isu khutbah berkenaan atau mana-mana khutbah yang dikeluarkan oleh Maik agar ia tidak menimbul masalah. Kita tidak mahu peranan dan fungsi Maik yang suci dan tidak berpihak itu dianggap sebagai alat kepada pihak tertentu.
"

Bagaimanapun Gk merasa sangsi dengan apa yang disebut oleh Harakah itu sebelum membacanya sendiri di laman MAIK berkaitan isi kandungan teks khutbah itu, ternyata apa yang ditohmah oleh Harakah itu itu tidak benar sama sekali, persepsi yang mereka bawa  jauh tersasar dari maksud sebenar keseluruhan isi kandungan teks khutbah tersebut.

Yang mana kandungan teks khutbah itu menyeru umat Islam supaya bersatu dan jangan bermusuh-musuhan bagi menjaga dan mengekalkan keamanan yang dikecapi pada hari ini, namun kalau ada yang terasa, apakah benar mereka yang telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. 

Dibawah adalah sebahagian dari kandungan teks khutbah yang disediakan oleh MAIK yang telah Gk rakamkan sendiri untuk dinilai bersama, usahlah Pas takut kepada perpaduan umat Islam, hanya syaitan sahaja yang takut dengan kesatuan itu....Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...