Showing posts with label sumbang mahram. Show all posts
Showing posts with label sumbang mahram. Show all posts

Sumbang Mahram - Tertuduh Dihadapkan Ke Mahkamah

JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama

Sumbang Mahram - Polis Tunggu Laporan DNA Pemimpin Pembangkang Yang Beristeri Dua

KUANTAN- Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.

"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya. -Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...