Showing posts with label kabinet bayangan. Show all posts
Showing posts with label kabinet bayangan. Show all posts

Permainan Politik Pembangkang Melalui Kabinet Bayangan Kelirukan Rakyat- Najib

KUALA LUMPUR - Kabinet bayangan pakatan pembangkang disifatkan sebagai suatu 'permainan' yang hanya mengelirukan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pembangkang memberi mesej yang bertentangan apabila ada yang mendakwa ia adalah kabinet bayangan dan juga menafikan serta tidak memerlukannya yang mereka cuma boleh membentuk kerajaan apabila menang pilihan raya sahaja.

"Ini semua permainan mereka sebenarnya supaya mengelirukan rakyat sebab mereka pada asasnya apabila mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang memberi keuntungan politik, mereka mencari pelbagai helah untuk mengelirukan rakyat atau melakukan sesuatu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn di sini, malam Jumaat.

Najib berkata, salah satu daripada keperluan dalam sistem yang dikatakan demokrasi Westminster seperti di England ialah menubuhkan sebuah kabinet bayangan ketika menjadi pembangkang.

“Ini supaya kabinet bayangan selain berfungsi waktu mereka menjadi pembangkang boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan mereka itu sama ada berwibawa atau tidak.

“Dalam hal ini, mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Beliau menambah, walaupun terdapat kabinet bayangan tetapi ia boleh dipertikaikan daripada pelbagai sudut antaranya pembangkang tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh mengikut wilayah dan kronisme.

"Mereka selalu dakwa kita kronisme tapi bila sampai kepada mereka, merekacuba pertahankan apa yang dilakukan,” kata Najib. -Mstar

Hot Video Azhar Idrus - Kabinet Bayangan PR Pun 'Cocok Punggung Sambil Terkangkang' Jugok

Kemaruk Kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dilihat terhenti dan tidak serancak sebelumnya apabila tersekat dengan isu kabinet bayangan yang tidak terbayang, sehingga hari ini PR belum lagi mengumumkan kabinet bayangan secara rasmi selain senarai kabinet yang didraf secara tidak rasmi disebarkan sebagai 'test' penerimaan rakyat negara ini, bagaimanapun penerimaan rakyat begitu hambar dan memaksa mereka untuk tidak mengumumkan kabinet bayangan itu sehingga kononnya setelah memenanangi PRU13 nanti.

Apa yang menarik mengenai senarai kabinet bayangan PR yang di draf  secara tidak rasmi itu adalah mengenai kementerian kesihatan yang menurut Penceramah bebas pro tegar Pas Azhar Idrus, umat Islam dinegara ini perlu tukar kerajaan kerana kerajaan BN yang ada ini tidak Islamik, antara yang disentuh oleh beliau ialah berhubung Menteri Kesihatan  bukan beragama Islam yang menyebabkan banyak 'punggung-punggung' wanita bersalin disuntik oleh doktor lelaki. (rujuk video dibawah)

Bagaimanapun keyakinan Azhar Idrus mengajak umat Islam supaya menukar kerajaan seolah-olah beliau bercakap dalam keadaan tidak sedar, apakah Pas yang menentukan semua jawatan menteri bagi memenuhi syariaat Islam sebagaimana yang disebut oleh beliau, bila bercakap diluar konteks sedar dengan realiti sebenar yang berlaku, maka rosaklah pemikiran umat kerana buta dan tidak mampu untuk membuat penilaian akibat terhasut dengan kejumudan lampau yang memundurkan, seakan-akan 'tukar kerajaan' itu bersifat organisasi JKKK.

Sepatutnya Azhar Idrus tidak bercakap semacam itu kalau dia sendiripun tidak punyai kuasa untuk menentukan senarai menteri yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga apa-apa  portfolio, atau dia merasa yakin Pas yang akan mengetuai PR dan menentukan segalanya didalam PR, nak tukar kerajaan boleh tukar, tapi mesti yakin dan pastikanlah kerajaan baru itu menepati kehendak Islam yang sebenar, ini supaya tidak berlakunya keadaan 'lari dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga'. Anda Mampu Mengubahnya.

8) Kementerian Kesihatan:
Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
Senarai penuh Kabinet Bayangan sila klik DISINI

Kabinet Bayangan Politik Omega - Lim Guan Eng Mabuk Mustafa Ali Nafi - Video

BESUT - PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menafikan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan Utusan Malaysia  baru-baru ini, penafian itu juga menunjukkan satu lagi keganjilan retorik telus yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,

Menurut Mustafa, senarai itu sengaja direka akhbar berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti itu dengan PKR dan DAP, namun tidak pula menyatakan senarainya yang sebenar, tapi pada masa sama mendakwa perancangan (susunan kabinet) senarai itu sudah ada.

"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir, perancangan (susunan kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tau lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno disempurnakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi di sini.

Pembawaan budaya 'politik Omega' seperti itu hanyalah bertujuan untuk memperbodohkan rakyat berbilang kaum dinegara ini semata-mata, apakah menjadi satu permasalahan untuk menyatakan kabinet bayangan itu sekiranya mereka benar -benar telus, sukarkah untuk berterus terang jika apa yang dinyatakan itu merupakan kebenaran, sama juga seperti jam Omega yang didakwa ada dalam simpanan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi bila diminta supaya ditunjukkan sampai hari ini apa yang dikatakan 'ada' itu gagal untuk ditunjukkan.

Begitu juga dengan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan terlibat dengan masalah moral, tetapi bila disuruh bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi banyak pula alasannya dan takut untuk berbuat demikian, adakah anda fikir untuk menjadi takut bagi membuktikan sesuatu kebenaran,  jika merasa takut, itu menunjukkan anda punyai pemikiran yang songsang tidak sebagaimana yang telah anda perkatakan.

Bertambah lagi lucunya yang tidak terbatas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau lebih dikenali dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh penyokong dan pemimpin PAS itu yang mencabar  pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengisytiharkan harta sekiranya ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu sepatutnya perlu sedar dan tidak sentiasa dalam keadaan mabuk, ini kerana cabaran yang dibuat itu seakan-akan wayang 'opera cina' yang sesuai untuk menghiburkan hati dan langsung tidak kena untuk dibudayakan menjadi amalan politik pada hari ini. Seluruh pemimpin PR menyatakan bahawa Pemimpin BN menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah, jika begitu untuk apa lagi mencabar mereka mengisytiharkan harta.

Sepatutnya apa yang perlu dibuat oleh Lim Guan Eng ialah beliau sendiri dan juga semua pemimpin dalam PR mengisytiharkan harta mereka terlebih dahulu supaya terbukti  mereka itu bersih dan tidak terlibat dengan amalan songsang sebagaimana yang didakwa diamalkan oleh pemimpin BN. Selepas isytihar dan terbukti bersih barulah boleh beliau mencabar pemimpin BN, dan ketika itulah rakyat akan menilai dan membuat pertimbangan pemimpin mana yang benar-benar bersih dan layak untuk memimpin negara.

Oleh itu terbuktilah kepada kita bahawa pemimpin PR lebih 'kencing' dalam usaha mereka merampas kuasa daripada BN, ketelusan langsung tidak nampak melainkan dolak dalih semata-mata, jika mereka benar telus dan buktikan ketelusan itu sepertimana mereka mencabar pemimpin BN mengisytiharkan harta, kita tidak fikir untuk menolak mereka sekiranya terbukti mereka lebih telus daripada BN, setakat bukti mulut tu rasanya boleh blahlah. Anda Mampu Mengubahnya.

Kabinet Bayangan - 9 Menteri Dan 11 Timbalan Menteri Itu Masih Boleh Demand - Shuhaimi

SHAH ALAM – Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mengakui kenyataan berhubung 20 pimpinan kanan dan anggota PKR yang berpotensi bakal dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hanya pandangan peribadi beliau.

Menurutnya, beliau hanya menjawab dan berkongsi pandangan berasaskan soalan yang dikemukakan oleh wartawan Sinar Harian ‘siapa agaknya daripada PKR yang boleh diangkat sebagai menteri sekiranya PR menang PRU13’.

Oleh itu katanya, beliau menyeru semua pihak membaca kenyataan beliau dengan hati terbuka, berlapang dada dan berfikiran matang kerana itu hanya pandangan biasa.

“Ya, itu pandangan peribadi saya, memang betul. Siapa saya hendak menentukan kabinet, tetapi tiada salah (kenyataan itu) melainkan ada pihak membacanya dari sudut yang salah.

“Soal penentuan kabinet akan ditentukan di peringkat majlis presiden, kalau setakat satu dua pandangan daripada mereka yang bukan di peringkat majlis presiden, ia tidak beri kesan apa-apa melainkan ada pihak tidak membaca kenyataan itu sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, seandainya 20 orang daripada PKR menteri dan timbalan sekalipun, ia adalah jumlah biasa kerana jumlah keseluruhan menteri dan timbalan termasuk di Jabatan Perdana Menteri yang ada hari ini melebihi 70 orang.

“Ini pandangan saya, kalau sekiranya 20 orang itu iaitu sembilan menteri dan 11 timbalan menteri daripada PKR sekalipun. Itu masih lagi boleh demand. Jumlah itu bukan terlalu tinggi, munasabah, malah boleh dipertimbangkan,” - Sinar Harian

Pas Selangor Dilihat Kesal Dengan Sikap 'Main Belakang' Pkr Berhubung Kabinet Bayangan

SHAH ALAM – Pkr seakan terikut-ikut dengan rentak Ketua Umumnya apabila pada program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 Sabtu lalu, diumumkan seramai 20 pimpinan kanan Pkr dijangka akan mewarnai jemaah menteri jika berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pru akan datang. Pengumuman sebegitu seolah-olah bersifat 'main belakang' kerana langsung tidak ada perbincangan terlebih dahulu diantara parti-parti didalam komponennya.

Sikap pemimpin PKR yang membelakangkan Pas dan Dap dalam menentukan jemaah kabinet seandainya PR berjaya mentadbir itu menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh dipercayai dan hanya mempergunakan Pas dan Dap sebagai batu loncatan untuk melempiaskan nafsu mereka.

Ekoran pengumuman itu Pkr dikritik hebat oleh rakan kongsinya Dap menerusi Tan Seng Giaw yang mendakwa Pkr hanya bermimpi disiang hari untuk mentadbir Putrajaya, kekecewaan Dap terhadap sikap pemimpin Pkr yang mementingkan diri sendiri itu amat ketara, dan kerana isu ini juga sekali lagi Pakatan Rakyat dilihat agak goyah dalam menyelesaikannya.

Sementara itu Pas Selangor juga mendakwa tidak pernah berbincang mengenai pemilihan calon pemimpin mereka yang bakal diangkat menganggotai jemaah menteri sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan dan agak terkejut dengan pengumuman oleh pemimpin Pkr itu.

Bagaimanapun menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman  berpendapat  kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi semata-mata, dan ianya tidak perlu untuk dibincangkan pada masa sekarang kerana Pakatan Rakyat punyai misi yang lebih besar yaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Apa yang penting ialah sasaran kita (Pas) untuk menjatuhkan BN terlebih dahulu, barulah boleh bincang Kabinet bayangan. Dalam perjumpaan kita selama ini pun, tidak pernah bincang mengenai Kabinet bayangan.

“Kalau cakap sekarang (mengenai Kabinet bayangan), tidak boleh kerana kita ada rakan komponen parti lain (PKR dan DAP) yang perlu turut sama berbincang mengenai perkara ini,”

Dalam pada itu, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk PR menggunakan satu simbol atau bendera untuk menjadi kerajaan atau pembangkang berwibawa seperti didakwa Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012 ke-41, kelmarin.

Menurutnya, walaupun selama ini PR tidak pernah menggunakan logo atau simbol sama, namun mereka dapat membuktikan bahawa ketiga-tiga komponen parti itu mampu menumpaskan BN dengan menawan empat negeri pada PRU 2008.

“Pada saya, lebih baik kita bergerak atas simbol masing-masing, tetapi kita tetap bersatu. Mungkin (penggunaan satu simbol) ini pernah dibincangkan, saya tidak berapa pasti, namun kita lebih selesa duduk di atas parti masing-masing.

“Tiada jaminan bahawa jika satu simbol atau logo dibuat, kita boleh kekal. Contohnya, walaupun BN guna satu simbol, tapi mereka tetap juga berlaga dan tidak bersatu hati," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...