Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang juga penceramah popular tegar Pas, Ustaz Abdul Hamid Derani
dilaporkan telah mengambil keputusan untuk mufaroqah (berpisah) daripada meneruskan perjuangan dengan Pas ekoran sangsi dengan sikap pimpinan parti itu apabila bersikap bisu berhubung video skandal seks Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita disebuah hotel yang tersebar baru-baru ini.
Beliau meminta supaya Mustafa segera membersihkan nama dengan membuat penafian menerusi sumpah laknat dan melaporkan fitnah itu kepada pihak polis sekiranya ia adalah fitnah, jika sebaliknya Mustafa perlu berundur demi menjaga nama baik sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, lebih-lebih lagi skandal ini melibatkan pimpinan tertinggi juga nombor 3 didalam Pas.
Hamid turut kesal dengan sikap pimpinan Pas yang tidak mengambil apa-apa tindakan dan seolah-olah menghalalkan perbuatan itu hanya kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi mereka.
Perkara itu katanya bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan beliau teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku didalam sebuah parti yang sedang beliau perjuangkan Islam didalamnya.
Sementara itu Adun Pas Wakaf Bharu penggal lalu Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengesahkan mufaroqah itu dibuat oleh Hamid sebelum menyalahkan pihak Umno kerana mendakwa telah menahan dan memaksa Hamid untuk berbuat demikian.
Dakwaan pemimpin Pas itu seolah-olah membawa kita ke zaman purba seterusnya memaksa kita untuk percaya dengan tuduhan dangkal dan tidak bertamadun itu, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh diatas dakwaan penahanan pejuang Islam yang lantang seperti Hamid, kita yakin dakwaannya itu tidak benar, dan sewajarnya ia disiasat serta diambil tindakan bagi membersihkan imej pihak polis dan kerajaan persekutuan. Anda Mampu Mengubahnya
Semakin hampir PRU 13 maka semakin kencanglah rakyat jelata berbicara mengenai politik walau dimana saja berada, namun antara kenyataan paling kelakar yang sempat dirakamkan ialah "BN selok (ko) doh trip nih, sampai ke nok buat pilihanraya pun takut terpaksa tunggu masa rapat gandar"
Itulah pemikiran yang ditanam kepada setiap penyokong Pas yang pergi mendengar ceramah-ceramah Pas dan menyebarkan kepada masyarakat sekitarnya, persepsi, andaian dan fitnah adalah antara sumber yang sering dilontarkan kepada pemimpin dan kerajaan BN.
Namun adakah kita patut membiarkan mereka terus tersesat dengan cara mereka berfikir yang telah dicemari dengan dakyah songsang itu, justeru penyokong Pas perlu tahu bahawa BN masih kukuh dan soal tarikh PRU itu ianya perlu dilihat dalam konteks yang luas dan cerdik.
Setakat andaian spender pun boleh diandaikan, samalah juga dalam satu ceramah spender Setiausaha Spender Pas Datuk Mustafa Ali @Spender yang mengatakan PRU 13 akan dipanggil awal sekitar Februari hingga April 2012 kerana difitnahnya Perdana Menteri terlibat dengan kes Altantuya, dan untuk mengelakkan PM diheret menjadi saksi kes tersebut, PM terpaksa mengumumkan PRU 13 dengan segera. Akhirnya spender cap 'boyo' jugak yang terbongkar.
Kesimpulannya adalah serba tak kena, buat PRU awal difitnah sebab takut kerana terlibat dengan kes Altantuya, bila buat lewat dikatanya BN sudah lemah dan takut nak buat PRU awal, akhirnya kedua-dua fitnah itu tersasar dari realiti yang berlaku.
Diatas kebijakkan seorang PM mentadbir ia tidak mempedulikan apapun tohmahan yang dibuat keatas beliau, mungkin kerana pengalaman luas beliau menyebabkan beliau cukup matang dan tidak menjadikan mahkamah sebagai sarkas politiknya.
Hendak dijelaskan kepada pencacai PR yang sedang merapu-rapu dimana Perdana Menteri Malaysia tidak sebodoh pemikiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib jadi PM bukan sebab nafsu meroyan macam Anwar nak jadi PM, tapi Najib ada misi dan visinya serta tahu tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang namanya akan disematkan didalam catatan sejarah negara.
Buktinya Najib seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin serta amanah didalam melaksanakan tugasnya adalah beliau meletakkan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai PM dan memastikan setiap misinya terlaksana tepat sebagaimana yang dirancangnya, bukan macam Nik Aziz, jika ditanya bila nak buat hudud, Nik Aziz jawab "Nanti dulu, sekarang ni tak boleh sebab Umno ada duk berdiri, lampu merah lagi, bila lampu hijau dan Umno tumbang kita buatlah".
Kalau Najib pakai formula tu jugak gamaknya melingkuplah negara, sebaliknya Najib meletakkan tempoh genap 4 tahun beliau sebagai PM untuk beliau melaksana, mencipta dan mencapai antara 100 perkara yang telah dirancang oleh beliau, dan pada saat-saat akhir sebelum genap 4 tahun beliau menjadi PM, beliau masih lagi berkerja dan berusaha untuk mencapainya antara seperti berikut:
15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.
20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya
Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam
memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.
11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan
Awam Am.
16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.
19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)
25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan,
pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun
yang Diasingkan Saraan BBDS).
30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.
Jadi kita perlu tahu pentadbiran ni bukan perkara main-main, menjadi PM juga bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu angan yang besar, tetapi ia perlu ada KPI, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ia bukan sekadar hebat dipentas ceramah dan bercakap kosong untuk diukur oleh rakyat, tetapi ia perlu dinilai kepada realiti apa yang dilaksanakan dari apa yang dijanjikan itu ditepati. Anda Mampu Mengubahnya.
Berdasarkan bukti kamera, secara nyata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Menteri telah berzina, bagaimanapun dalam kes yang melibatkan pemimpin kanan Pas menerusi bukti kamera juga, adakah Nik Aziz akan berkata perkataan yang sama.
KUALA LUMPUR - PAS memberikan ingatan kepada rakannya Pkr agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.