Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Ugutan Bunuh - Ketua Polis Pulau Pinang: "Beritahu Mana Mahu Jumpa, Saya Akan Pergi"

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar SMS berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu, untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja...telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi.

"Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya...saya akan pergi," katanya selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013, di sini, malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah `Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best".

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk `mengambil' Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya `mengambil' Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata, sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

"Saya langsung tak takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A Thaiveegan yang baru bertugas minggu lalu, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang Diugut Bunuh

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya dua hari lalu.

Pada 9 pagi Isnin lalu, ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, beliau telah menerima satu ugutan bunuh yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  melalui telefon bimbitnya

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mempunyai hubung kait dengan lima penjenayah yang ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada yang Esa supaya keselamatan beliau, keluarga serta semua anggota polis sentiasa dibawah perlindunganNya.

Kita yakin semua anggota polis tidak pernah merasa gentar dengan sebarang ancaman terhadap dirinya demi menjaga keselamatan awam, namun pengorbanan mereka itu tidak pernah dihargai terutamanya pemimpin pembangkang yang dilihat sering berpihak kepada penjenayah.
 
Bilamana ada kes pihak polis menembak penjenayah, pemimpin pembangkang seperti rakan penjenayah apabila begitu lantang bangkit mempertahankan penjenayah, kerana itu juga apabila pihak polis yang ditembak atau diancam oleh penjenayah, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang bangkit mempertahankan pihak polis.
 
Kalau kadar indeks jenayah meningkat, pihak polis juga yang dipersalahkan kerana dituduh tidak buat kerja atau bersekongkol dengan penjenayah, tapi apabila polis bertindak tegas, polis dikritik, polis diugut dan diancam bunuh, tidak kurang juga yang dibunuh, ketika itu siapa yang akan bangkit untuk membela, menyokong dan memberi semangat kepada pihak polis ?
 
Sedarkah kita dimana jasa anggota keselamatan sangatlah besar kepada rakyat dan negara ini, tanpa pengorbanan mereka tak mungkin kita seaman ini, jadi usahlah kita bersikap lebih memuliakan penjenayah daripada pihak berkuasa, kerana nyawa anggota keselamatan itu jauh lebih bernilai daripada nyawa penjenayah...

Apapun, kita membayangkan, dengan ugutan bunuh yang diterima itu, pihak kerajaan atau kementerian berkaitan telah pun mengarahkan unit khas untuk melipatgandakan kawalan keselamatan terhadap KP Pulau Pinang itu serta keluarganya disamping memburu penjenayah terbabit sehingga kelubang cucu cacing. Anda Mampu Mengubahnya.

Ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kebanggaan rakyat

Nik Aziz Cadang Orang Politik Ganggu Kerja Polis Dihalau Dari Malaysia

KOTA BHARU- Campur tangan orang politik di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama ini didakwa sebagai antara penyebab himpunan anjuran Pakatan Rakyat seperti Bersih bertukar menjadi rusuhan.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan, orang-orang politik yang mengganggu kerja polis macam ini dihalau daripada Malaysia. 

Nik Aziz berkata pembongkaran maklumat dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang mendakwa orang politik masuk campur dengan urusan kerja polis, menyebabkan ada anggapan rusuhan yang berlaku dalam Himpunan Bersih ketiga baru ini campur tangan mereka.

Bagaimanapun, beliau merasakan perkara itu tidak berulang disamping jaminan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, yang memberikan jaminan pihak polis Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat, 12 Januari ini, akan berlansung secara aman.

Menurutnya, kenyataan itu suatu perubahan yang baik dalam PDRM.

“Saya sangat cemas dengan rusuhan-rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur seperti himpunan Bersih.

“Tetapi masa himpunan Oren, mari tenang. Saya kata macam mana ni, sekali rusuhan, sekali tenang,” soalnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, sempena majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-82, di pejabatnya di sini pagi tadi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, diraikan oleh kakitangan pejabat Menteri Besar Kelantan, sempena sambuatan ulang tahun kelahirannya itu.

Turut hadir dalam majlis sambutan berkenaan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ahli-ahli exco kerajaan, pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat Block 1, pejabat Setiausaha Kerajaan Kota Darul Naim.
 
Nik Aziz perlu halau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu kerana telah terbukti mengcampuri urusan Polis demi menuruti nafsu songsangnya.

Polis Lancau, Kita Main Tembak-Tembak - Video Geng Paria Mengganas

Gengster Paria memang standard-lah, mabuk sebotol macam mabuk sekendi, Polis pun dah jadi macam orang bodoh, tak boleh nak bertindak sebab ramai hero kaki belit dalam PR yang akan back-up, kalau kawasan anda dihuru-harakan oleh gengster paria macamni, dan pihak polis pun takut untuk bertindak, adakah orang awam merasa selamat ?

Pihak polis sukar untuk bertindak, kerana sekarang ni ramai cerdik pandai kaki putar, bila polis bertindak, polis juga yang akan dipersalahkan, apakah samseng taik ayam kepala bana macam ni nak dilayan umpama raja atau menatang minyak yang penuh, nak kena gosok-gosok dan pujuk-pujuk ke ? pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya.

Harus diingat, jangan rasa kita saja 'kepala gila', dan polis pula skema atau baik-baik belaka, lawan dan kutuk polis ditempat terbuka mungkin tak der apa, tapi bila dah kena tahan, dalam lokap pun nak tunjuk samseng lagi, jumpa gila sama gila, gila yang ada kuasa tak der masalah, gila yang tak der kuasa tu yang sakit selalunya, yang mati pun boleh jadi juga secara logik. Anda Mampu Mengubahnya.

'Ular menyusur akar takkan hilang bisanya'

Penjenayah Ganas Di Kelantan Maut Ditembak Polis

KUALA LUMPUR - Dua suspek yang terlibat dalam kes tembakan yang mencederakan seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya di Gua Musang pada Isnin telah ditembak mati oleh polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata suspek berjaya melarikan diri selepas menembak Lans Koperal Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, di dada di Taman Tropika pada pukul 1 pagi.

Beliau berkata suspek kemudiannya merampas dan melarikan kereta Myvi bersama-sama seorang bayi di dalamnya.

Bagaimanapun suspek tidak dapat pergi jauh kerana pihak polis berjaya mengesan kereta berkenaan dan suspek mati dalam kejadian tembak-menembak dengan anggota polis.

Dalam kejadian itu, Koperal Mohd Shamsul ditembak di dada selepas beliau mengejar suspek yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Shamsul yang dari balai polis Paloh bersama-sama lima anggota yang lain terlibat dalam sekatan jalan raya itu ekoran kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Taman Tropika, Gua Musang.

Dua individu lelaki dipercayai terlibat melarikan dua buah kereta mewah, BMW dan Honda Accord.

Suspek kemudiannya membuat pusingan U apabila mereka menghampiri sekatan jalan raya yang dijalankan.

Shamsul Anuar, yang melihat kejadian tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena kemudiannya mengejar suspek dengan menaiki motosikal dan berjaya memintas kereta BMW yang dinaiki suspek selepas kereta itu hilang kawalan sehingga terhumban ke dalam parit.

Suspek kemudiannya melepas tembakan sehingga terkena anggota polis itu di bahagian dada.

Kedua-dua suspek kemudiannya berjaya melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran.
 
Lakukan jenayah andainya merasakan lebih hebat dari Botak Cin, Jimmy Chua, Mat Komando dan Bentong Kali. Kerana sejarah telah buktikannya.

Jenayah Di Kelantan Kronik, Lagi Polis Cedera Parah Di Tembak Penjenayah

KOTA BHARU- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah, selepas ditembak penjenayah dengan beberapa das tembakan di bahagian dada, dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, bersama beberapa anggota dari balai berkenaan menyertai operasi sekatakan jalan raya di hadapan balai terbabit, setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di bandar Gua Musang.

Dipercayai semasa kejadian mangsa yang bertindak nekad memberkas dua suspek di dalam dua kereta berasingan iaitu kereta jenis Honda dan BMW ditembak salah seorang suspek ketika mereka cuba melarikan diri dengan melakukan pusingan U.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihak polis sudah mengepung sekitar kawasan Felda terbabit bagi mengesan suspek.

“Walau bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula kedua-dua kenderaan itu namun suspek yang berada di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri.

“Buat masa ini kita masih memburu suspek dan kita giat menjalankan siasatan bagi menangkap mereka yang terlibat,”katanya kepada pemberita pada sidang media di HRPZ II selepas menemui keluarga isteri mangsa, Maisarah di dewan menunggu.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata di atas keberanian Mohd Shamsul, beliau mengumumkan kenaikan pangkat serta-merta anggota terbabit ke peringkat yang lebih baik sebagai ganjaran terhadap tindakannya itu dalam membenteras jenayah.

- Itulah tugas anggota polis yang senantiasa dikeji oleh sebahagian daripada masyarakat, tugas yang kadangkalanya berakhir dengan maut demi mempertahankan negara dan memastikan seluruh masyarakat berada dalam keadaan aman sejahtera  jarang sekali kita dapat mendengar pembelaan keatas nasib yang menimpa mereka tidak sebagaimana pembelaan keatas penjenayah.

Pantang penjenayah ditembak polis pasti ada saja hero yang bangkit mempertahankan penjenayah, apapun dengan perkembangan jenayah yang semakin ketara di Kelantan, terutamanya jenayah yang membabitkan senjata api, kajian khusus perlu dibuat bagi mengenalpasti punca-puncanya dan  seterusnya menangani kes berkenaan sebelum ianya menjadi lebih parah.

Pada kebiasannya juga kes yang membabitkan senjata api ini melibatkan kes pengedaran dadah, kes pengedaran dadah pula berpunca dari permintaan dadah yang begitu tinggi dikalangan belia remaja dinegeri ini, kes penagihan belia yang begitu tinggi adalah berhubungkait dengan masalah kekurangan kerja, sekiranya peluang kerja itu banyak, kes peningkatan gejala penagihan dadah mungkin dapat dikurangkan.

Ini kerana belia remaja akan lebih fokus untuk bekerja tanpa pernah berfikir untuk menjadi penagih dadah, sebagai contoh, jika seseorang belia itu kerja dalam industri perkilangan misalnya, dan kilang berkenaan 24 jam beroperasi yang membolehkan belia bekerja lebih masa, belia akan lebih berfikir untuk menggunakan wang gaji yang diterima itu dengan membeli sesuatu yang berfaedah seperti kereta, dan komitmen yang ditanggung itu akan mengelakkan daripada mereka untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun jika peluang kerja yang terhad, gaji yang diterima juga bersifat tengah  'serba salah', nak beli kereta pun tak cukup, nak simpan pun lambat juga akan jadi bukit, mereka akan lebih terdorong untuk membeli najis dadah. Dengan keadaan yang berlaku itu, kerajaan negeri khasnya Nik Aziz perlu mencari pendekatan dalam menangani kes berkenaan, sampai bila harus makan gaji buta ? Anda Mampu Mengubahnya.

Apabila penjenayah tertangkap, pihak polis seharusnya membuat sidang akhbar secara meluas menerusi media elektronik dan cetak bagi pengetahuan umum, ianya juga boleh menjadi pengajaran bahawa tidak pernah seorang pun penjenayah yang menembak polis terlepas untuk selama-lamanya.

Polis Ditembak Lagi, Pemimpin PR No Komen

Polis yang selama ini banyak membantu masyarakat dalam negara dilihat seolah-olah sebagai penyangak yang langsung tidak bernilai dimata pemimpin pembangkang, sedangkan Polis lah menjadi tempat mengadu sekiranya berlaku apa-apa musibah terutamanya yang berkaitan jenayah, tugas anggota polis dipandang remeh walaupun mereka terpaksa bergadai nyawa bagi memastikan keselamatan semua pihak, bagaimanapun polis bukannya malaikat, sedikit sebanyak tetap ada melakukan kesalahan, namun apakah kesalahan itu sahaja yang dilihat tanpa melihat akan jasa-jasa mereka.

Terbaru akhbar melaporkan dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah apabila ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil. 

Jika penjenayah ditembak polis, maka pemimpin pembangkang berlumba-lumba membuat pembelaan, namun jika polis ditembak oleh penjenayah tidak ada pula yang bersuara, begitulah tugas anggota polis bilamana berdepan dengan penjenayah, sesaat leka pasti membawa padah, namun apakah kita menghargai sumbangan mereka ? renung-renungkanlah Anda Mampu Mengubahnya.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,  dua anggotanya turut melepaskan  tiga das tembakan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun.

Setakat ini tidak ada sebarang lawatan mahupun kenyataan daripada pemimpin pembangkang berhubung kejadian yang menimpa kedua-dua anggota polis itu, Apapun mungkin sebahagian besar rakyat dinegara ini faham akan situasi sebenar yang berlaku dalam negara, tidak hairanlah jika komunis jadi pejuang dan pejuang jadi komunis, komunis dibanggakan pejuang dinafikan, penjenayah dibela polis diabaikan, aneh bukan ? tapi ianya harus diterima kerana itu adalah realiti dari apa yang berlaku. Anda Mampu Mengubahnya.
R. Subramaniam

Polis Bentuk Tiga Pasukan Khas Siasat Kes Tunjuk Punggung, Bas, Dan Sang Saga

Polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

"Kita menubuhkan pasukan khas ini bagi menyiasat ketiga-tiga insiden berkenaan termasuk yang berlaku semasa perhimpunan itu berdasarkan siaran gambar-gambar yang telah dihebahkan oleh pihak media. Kita minta individu-individu yang terlibat itu untuk tampil memberi keterangan.

"Sekiranya gagal tampil membantu siasatan, kita (polis) akan memburu dan mencari mereka serta mengenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang ada," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibunegara semalam.

Mohd Bakri berkata tindakan segelintir individu yang cuba membuat provokasi semasa perhimpunan itu boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara serta mewujudkan anasir negatif yang boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata berhubung insiden mempamerkan bendera baru bagi menggantikan bendera Malaysia kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948, manakala kejadian memijak gambar pemimpin negara kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Katanya, insiden menunjukkan punggung terhadap gambar pemimpin negara boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan
seseorang.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata berhubung satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tun H.S Lee pada Rabu lepas, polis kini menyiasat laporan berhubung tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang gagal memberi notis untuk berhimpun Khamis lepas.

Mohd Bakri berkata polis meminta penganjur tampil membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2011 iaitu gagal memberi notis 10 hari awal untuk berhimpun.

Dalam pada itu, polis telah merakam keterangan lima saksi termasuk seorang pemandu bas berhubung insiden serangan dan simbah cat ke atas sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR di Kota Bharu.

Mohd Bakri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil memberi keterangan di balai-balai polis berhampiran. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...