Peristiwa yang pernah berlaku
ini hanya sebagai iktibar dan sempadan buat seluruh perwakilan yang akan
menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan Umno nanti. Tujuan pendedahan bersiri ini tidak berniat untuk menuntut tunggakkan, jauh sekali untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar melaksanakan kewajipan demi kebenaran dalam berjuang,
Untuk
pengetahuan semua, kejelikkan pemimpin ini pernah didedahkan beberapa tahun lalu, atas sebab-sebab tertentu termasuk
memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU 13, isu ini tidak dimainkan, sungguhpun demikian, ia tak pernah
luput dalam ingatan seorang pejuang yang masih lagi mempercayai bahawa
parti Umno adalah sebagai parti yang membela agama, bangsa dan negara.
Bertitik
tolak diatas kepercayaan itu, suka kiranya kita menyelongkar sedikit perkara yang berada dalam pengetahuan sendiri tentang seorang individu yang menawarkan diri bertanding sebagai
Ketua Pemuda Umno di salah satu bahagian di Kelantan, individu berkenaan
sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno di bahagian yang menyaksikan pada PRU13 lalu parlimennya BN tewas dengan 15,120 undi.
Individu
sama turut pernah meninggalkan 'taik' semasa menyewa disebuah
premis milik seorang ibu tunggal apabila disahkan tidak
membayar tunggakkan sewa bulanan premis terbabit sebelum pihaknya
senyap-senyap cabut lari. Tidak cukup dengan itu pihak individu tersebut
turut membawa lari lampu-lampu kalimantan termasuk pendawaian bersama
kotak suis utama TNB.
Tindakan
tidak bertamadun ala 'Mat Pet' pihaknya itu bagaimanapun tidak dapat
dikenalpasti apakah tujuannya yang sebenar, kerana selama lebih 20 tahun
tuan rumah terlibat dalam industri rumah sewa belum lagi berhadapan
situasi ala 'Mat Pet' seperti itu. Untuk bersangka baik, katakanlah barang berkenaan sudah
ditukar baru dan ia milik mereka, tapi,.. dimana barang yang lama ? Bukankah
ianya perlu diganti seperti keadaan asal ?.
Saya beri contoh mudah, kalau kita sewa kereta misalnya, lepas tu kita tak berpuas hati kerana enjinnya 'standard' lalu kita 'modified' menggantikan dengan enjin turbo,
satu hari, kita sudah tidak mahu lagi sewa kereta tersebut dan mencabut
enjin turbo yang kita pasang, ketika itu apakah kita akan hantar
kereta itu tanpa enjin ? Atau kita pasang balik enjin asal seperti sediakala ?
Bagaimana pula dengan tunggakan sewa dan elektrik ?
Jika hendak ceritakan satu persatu ianya terlalu panjang, mungkin siri kali ini saya hanya ringkaskan mengenai kesimpulan dari apa yang berlaku mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu yang berjawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian seterusnya akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian... yang secara tidak langsung telah memalitkan imej negatif terhadap parti Umno dek kerana perangainya yang 'kucar'.
Sikap seperti itu tidak patut dan HARAM untuk ada pada batang tubuh seorang yang hendak dilantik sebagai pemimpin, bayangkanlah isu yang melibatkan masalah rakyat yang sendiri dibikinnya pun sanggup untuk ia berlepas tangan, apatah lagi masalah rakyat yang langsung tiada hubungkait dengannya.
Kita sedar perlakuan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' itu bukan dilakukan 'direct' oleh beliau sendiri tapi ia dilakukan oleh abang kandung beliau, namun beliau selaku orang yang bertanggungjawab mengurus dan menyewa premis tersebut serta menandatangani surat perjanjian sewa, beliau perlu bertanggungjawab, selagimana beliau tidak menamatkan surat perjanjian, dan papan tanda perniagaan ketika itu pun masih lagi namanya, apakah beliau boleh nafi atau berlepas tangan dari menyelesaikan sebarang masalah yang timbul pada masa itu ?
Tahi lalat dibawah bibir tak semestinya manis dipandang orang, tapi bukankah lebih manis dan tercirinya kewibawaan atau kelayakkannya untuk menjadi pemimpin jika beliau dengan 'gentleman' datang bertemu tuan rumah serta menyelesaikan masalah yang timbul dengan penuh kebijaksanaan tanpa perlu mencemarkan identiti parti yang diguna pakai atas nama Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Jangan hanya tahu memakai baju tapi tidak tahu untuk menjaga baju. Oleh kerana sikap itu, apa tanggapan rakyat akan kepepimpinan yang ada didalam Umno itu sendiri ? Mampukah parti yang punyai kepepimpinan seperti pemimpin ini mempertahankan kerajaan dalam PRU14 nanti ?.
Bakal KP Janji Masyuk |
Mentang-mentanglah kita ni seorang ahli perniagaan atau kontraktor, takkanlah dalam kepala otak kita hanya ada 'janji masyuk' jer, tak boleh buat 'janji masyuk' lagu tu, kita ni nak kena tengok juga mana yang halal dan mana yang haram, mana hak orang dan mana hak kita, mana perjuangan peribadi dan mana perjuangan parti semua itu perlu diambil kira tak boleh buat 'janji masyuk' sembarangan, contohnya kalau nak jadi pemimpin parti, perlu ada kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, jangan pula asal 'janji masyuk' kita pun turut nak jadi pemimpin parti, macam tu punah-ranahlah parti.
Terlanjur dalam bercakap bab kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, ciri-ciri itu terdapatkah dalam dirinya untuk menjadi pemimpin parti elit yang terbesar dalam negara ini ? Sebelum ini pernah pimpin apa ? Atau pernah dijemput untuk berdiskusi dalam forum apa ? Aktif terlibat dalam NGO mana ? Semasa zaman persekolahan atau UniBaSiti dulu ada pengalaman pimpin kumpulan pelajar ke ? Kalau setakat pimpin tangan bini atau pimpin tangan anak lintas jalan, itu tidak termasuk didalam transformasi ketokohan yang perlu ada pada seorang pemimpin muda. Kewibawaan dan keintelektualannya dalam konteks pemimpin muda hari ini jelas sangat meragukan, dan keraguan itu bakal menyusul nanti.
Dalam merentas arus politik yang semakin mencabar dewasa ini, perubahan zaman serta peningkatan undi golongan muda disamping semakin kurangnya undi golongan tua yang pergi meninggalkan kita, sudah tiba masanya pemimpin itu dihadirkan dari acuan yang berlatarbelakangkan 'kepepimpinan' dan bukannya pemimpin jadi-jadian sepertimana yang sebahagiannya ada hari ini. Ia penting, kerana pemimpin jadi-jadian ini tidak mampu untuk menjiwai perjuangan dan dasar yang dibawa oleh parti, mereka tidak tahu bagaimana cara berpolitik, mereka jahil, mereka hanya pentingkan kepentingan diri dan kroni, mereka hanya tahu 'janji masyuk' tapi mereka tidak tahu apa sebenarnya perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya. Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.
Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya. Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.
Bersama Najib Realitikan Transformasi
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.