Sampai bilakah masalah ketiadaan air ini akan terus menyelubungi rakyat di Negeri Kelantan ? Bagaimanakah fikiran atau kepala otak pemimpin Pas sehingga 23 tahun diberikan peluang memerintah tapi masih gagal untuk menangani masalah ketiadaan air ini ?
Tidak kita nafikan masalah ketiadaan air ini berlaku disetiap negeri, namun ianya perlu jelas, masalah itu hanya bersifat gangguan sementara sahaja dan bukannya masalah yang bersifat kekal seperti yang berlaku di Kelantan dimana sepanjang masa ia mengalami masalah berkenaan.

Lebih malang, kelmarin, dilaporkan akibat tekanan air yang begitu rendah kewujudan anggota bomba
di negeri ini hanyalah sia-sia apabila tujuh buah rumah hangus dijilat api, kegagalan anggota bomba untuk memadamkan kebakaran itu disahkan berpunca dari masalah ketiadaan air.
Dengan kemudaratan yang tidak pernah dipinta itu, masihkah wajar untuk memberi peluang kepada kerajaan yang gagal bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan air kepada rakyat ? Anda Mampu Mengubahnya.
Tak mampu padam kebakaran kerana ketiadaan bekalan air, Bomba di Kelantan tetap berbakti menyelamatkan remaja Islam di serambi Mekah yang cuba bunuh diri. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.