Rakyat Curi RM1 Penjara 10 Tahun, Kalau Bekas Setpol Menteri Curi Jutaan Ringgit Berapa Tahun Penjara ?

KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh.

Seorang bekas Setiausaha Politik kepada ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Laporan The Malaysian Insider dipetik, beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi.

Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan, SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausahah politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.

Kalau curi RM1 pun rakyat benci dan bertindak serahkan suspek pada pihak polis, kalau berjuta-juta jangan pula sampai rakyat juga yang akan bertindak....

1 comment:

  1. saalam abe..mohon pautkan blog saing disini...saya dah pautkan blog abe kat sana...terima kasih :)

    http://daengselili.blogspot.com/

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...