Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk
pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri.
Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi
kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua
Pemuda UMNO Malaysia.
Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana
dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan
hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam
pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.
Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro
berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga
dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan
serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi
muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat
anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN
Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif
sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula
dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk
melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat
dilaksanakan di Perak.
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang
cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar
Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin
dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?
Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun
calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang
lagi calon NKP.
Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah
blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat
beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong
serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang
bagi memburuk-burukkan Azwanbro?
Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa
pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik
sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun
calon pilihan saya yang diserang.
Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan
peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang
peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada
perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.