KOTA BHARU – Sejumlah RM66,534.77 tunggakan cukai bandar melibatkan 51 premis di kawasan Kota Bharu direkodkan selama lima hari Ops Waran Tahanan dilakukan, bermula awal September lalu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Ops Waran Tahanan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas ini.
“Sehingga semalam, sebanyak 51 premis telah diperiksa, kita akan lakukan operasi ini dari semasa ke semasa setiap minggu kecuali pada tarikh tertentu yang melibatkan cuti umum dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.
Menurutnya, dalam operasi di kawasan Kota Bharu itu, sebanyak 11 premis berjaya membayar tunggakan yang dikenakan semasa operasi, manakala empat premis disita.
Beliau berkata, sebanyak 12 pemilik premis yang terlibat juga membuat perjanjian memotong sewa bulanan kepada pihak MPKB-BRI mengikut amaun tunggakan telah dikenakan.
“Pada masa sama, 24 premis turut dikenakan tali kuning kerana pemilik atau penyewa premis berkenaan tiada di rumah semasa operasi dilakukan, namun 11 daripadanya memberi kerjasama dan datang ke pejabat untuk membuat pembayaran,” katanya.
Operasi yang dilakukan semalam di Kampung Telaga Gajah dan Taman Sri Mawar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) juga berjaya menyita sebuah televisyen dan mesin basuh sebagai cagaran pembayaran tunggakan di dua premis berlainan.
Operasi diketuai Inspektor Rahim Mat Hassan selaku Ketua Ops Waran Tahanan kali ini, disertai 15 anggota penguat kuasa dan bahagian cukai bandar serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.