Showing posts with label cukai pintu. Show all posts
Showing posts with label cukai pintu. Show all posts

MPKB-BRI Mulai Melanun Harta Rakyat

KOTA BHARU – Sejumlah RM66,534.77 tunggakan cukai bandar melibatkan 51 premis di kawasan Kota Bharu direkodkan selama lima hari Ops Waran Tahanan dilakukan, bermula awal September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Ops Waran Tahanan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas ini.

“Sehingga semalam, sebanyak 51 premis telah diperiksa, kita akan lakukan operasi ini dari semasa ke semasa setiap minggu kecuali pada tarikh tertentu yang melibatkan cuti umum dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, dalam operasi di kawasan Kota Bharu itu, sebanyak 11 premis berjaya membayar tunggakan yang dikenakan semasa operasi, manakala empat premis disita.

Beliau berkata, sebanyak 12 pemilik premis yang terlibat juga membuat perjanjian memotong sewa bulanan kepada pihak MPKB-BRI mengikut amaun tunggakan telah dikenakan.

“Pada masa sama, 24 premis turut dikenakan tali kuning kerana pemilik atau penyewa premis berkenaan tiada di rumah semasa operasi dilakukan, namun 11 daripadanya memberi kerjasama dan datang ke pejabat untuk membuat pembayaran,” katanya.

Operasi yang dilakukan semalam di Kampung Telaga Gajah dan Taman Sri Mawar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) juga berjaya menyita sebuah televisyen dan mesin basuh sebagai cagaran pembayaran tunggakan di dua premis berlainan.

Operasi diketuai Inspektor Rahim Mat Hassan selaku Ketua Ops Waran Tahanan kali ini, disertai 15 anggota penguat kuasa dan bahagian cukai bandar serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Video - Bil Cukai Pintu Dikoyak Berkecai, Beri Mesej Yakin BN Mampu Tawan Kelantan

Sikap malas pemimpin Pas Kelantan menyebabkan rakyat terus terhimpit dengan segala macam cukai yang tak munasabah, cukai pintu yang dikenakan terlalu tinggi, sedangkan perkhidmatan yang dibuat langsung tidak ada, apabila buat aduan supaya datang menilai kembali cukai yang ditetapkan sebelum ini, mereka datang dengan menambahkan lagi cukai pintu sekaligus menambahkan beban rakyat.

Kerajaan malas yang mencari hasil tinggi secara mudah seperti ini WAJIB ditumbangkan, ini sahih bukan kerajaan Islam tapi kerajaan syaitan, namun rakyat Kelantan masih ada pilihan sekiranya tidak ingin terbeban, ini kerana jika BN berjaya mengambil alih tampuk kerajaan di Kelantan, antara janjinya ialah segala tunggakan cukai pintu akan dilupuskan.

Atas keyakinan itu, maka bil cukai bandar yang dihantar semalam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam MPKB-BRI telah saya koyakkan dan sudah dibakul sampahkan. Kerana kita perlu yakin bahawa segala janji yang dibuat oleh BN adalah 'JANJI DITEPATI'.

Cuma ibu saya mencelah dan bertanya, bagimanapula jika BN tak menang, saya menjawab dengan yakin bahawa BN pasti menang, bukan menang dengan undi saya seorang, namun menang dengan undi semua rakyat termasuk ibu saya yang selama ini telah mengundi Pas.

Ibu saya terkeliru dan takut untuk mengundi BN seraya berkata " Mek takut tak baik jah ", sebelum saya membalas "Demi Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, mengundi Pas juga belum tentu baik (tak berdosa) daripada mengundi BN, setakat ni BN jauh lebih baik daripada Pas, percayalah...." Tak semua yang dilakukan oleh BN itu buruk dan begitu juga dengan Pas, tidak timbul soal baik atau tak baik bila mengundi BN, bahkan mengundi Pas sudah terbukti 23 tahun keburukkannya secara menyeluruh.

Setelah panjang lebar penjelasan hujah dan bukti yang saya berikan kepada ibu saya sejak tahun lalu lagi, nampaknya sekarang Alhamdulillah sudah ada perubahan positif untuk mengundi BN pada PRU13 nanti.

Kesimpulannya mengundi Pas atau mengundi BN adalah satu hal yang sama dari segi hukum, tidak ada yang tak baik, doktrin Pas sememangnya boleh merosakkan akidah umat Islam apabila mempercayai hanya mengundi Pas sahaja yang dapat pahala dsbnya. Berilah undi kepada pemimpin yang baik dan berkelayakkan, jangan bagi undi kepada pemimpin yang BODOH dan pentingkan diri sendiri, tidak kiralah ia pemimpin dari mana-mana parti sekalipun.

Parti yang baik akan meletakkan calon yang baik, jangan semata-mata melihat kepada parti, namun lihatlah kepada pemimpin yang hendak dipilih itu sendiri. Tapi awas ! jangan melihat kebaikkan itu dengan terpedaya dek serban dan jubah, tapi lihatlah bukti yang jelas dari apa yang telah diusahakannya. Lillahi Taala. Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...