Video - Bil Cukai Pintu Dikoyak Berkecai, Beri Mesej Yakin BN Mampu Tawan Kelantan

Sikap malas pemimpin Pas Kelantan menyebabkan rakyat terus terhimpit dengan segala macam cukai yang tak munasabah, cukai pintu yang dikenakan terlalu tinggi, sedangkan perkhidmatan yang dibuat langsung tidak ada, apabila buat aduan supaya datang menilai kembali cukai yang ditetapkan sebelum ini, mereka datang dengan menambahkan lagi cukai pintu sekaligus menambahkan beban rakyat.

Kerajaan malas yang mencari hasil tinggi secara mudah seperti ini WAJIB ditumbangkan, ini sahih bukan kerajaan Islam tapi kerajaan syaitan, namun rakyat Kelantan masih ada pilihan sekiranya tidak ingin terbeban, ini kerana jika BN berjaya mengambil alih tampuk kerajaan di Kelantan, antara janjinya ialah segala tunggakan cukai pintu akan dilupuskan.

Atas keyakinan itu, maka bil cukai bandar yang dihantar semalam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam MPKB-BRI telah saya koyakkan dan sudah dibakul sampahkan. Kerana kita perlu yakin bahawa segala janji yang dibuat oleh BN adalah 'JANJI DITEPATI'.

Cuma ibu saya mencelah dan bertanya, bagimanapula jika BN tak menang, saya menjawab dengan yakin bahawa BN pasti menang, bukan menang dengan undi saya seorang, namun menang dengan undi semua rakyat termasuk ibu saya yang selama ini telah mengundi Pas.

Ibu saya terkeliru dan takut untuk mengundi BN seraya berkata " Mek takut tak baik jah ", sebelum saya membalas "Demi Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, mengundi Pas juga belum tentu baik (tak berdosa) daripada mengundi BN, setakat ni BN jauh lebih baik daripada Pas, percayalah...." Tak semua yang dilakukan oleh BN itu buruk dan begitu juga dengan Pas, tidak timbul soal baik atau tak baik bila mengundi BN, bahkan mengundi Pas sudah terbukti 23 tahun keburukkannya secara menyeluruh.

Setelah panjang lebar penjelasan hujah dan bukti yang saya berikan kepada ibu saya sejak tahun lalu lagi, nampaknya sekarang Alhamdulillah sudah ada perubahan positif untuk mengundi BN pada PRU13 nanti.

Kesimpulannya mengundi Pas atau mengundi BN adalah satu hal yang sama dari segi hukum, tidak ada yang tak baik, doktrin Pas sememangnya boleh merosakkan akidah umat Islam apabila mempercayai hanya mengundi Pas sahaja yang dapat pahala dsbnya. Berilah undi kepada pemimpin yang baik dan berkelayakkan, jangan bagi undi kepada pemimpin yang BODOH dan pentingkan diri sendiri, tidak kiralah ia pemimpin dari mana-mana parti sekalipun.

Parti yang baik akan meletakkan calon yang baik, jangan semata-mata melihat kepada parti, namun lihatlah kepada pemimpin yang hendak dipilih itu sendiri. Tapi awas ! jangan melihat kebaikkan itu dengan terpedaya dek serban dan jubah, tapi lihatlah bukti yang jelas dari apa yang telah diusahakannya. Lillahi Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. pemimpin2 pas ni mana tau buat keje, hanya selain berceramah siang malam, lepas tu mintak derma yg kaya penceramah2 pas dgn para pemimpin pas, rakyat tetap hidup susah serba kepayahan.. segala masaalah rakyat tak diambil perduli.. segala kesusahan diselesaikan dgn perkataan "dah takdir rakyat hidup susah", pemimpin2 pas hidup senang "dah takdir dapat hidup senang"
    puluhan tahun masaalah air tak selesai2.. bil tiap2 bulan sampai perlu dibayar tapi air setitik tak ada kalau ada mcm kopi O..
    rakyatkelantan dah sampai masanye buka mata, jangan selamanya ditipu oleh pas yg mempermainkan dosa pahala, syorga neraka demi untuk kepentingan parti pas semata2..

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah... mudah-mudahan ramai lagi yang boleh berfikir secara matang dan rasional.. dibawah sekadar untuk renungan bersama...
    Rasulullah bersabda :

    يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمَ وَيَدُعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثِانِ

    “Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”
    (Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3644, Muslim No. 1064. Lihat : Sahih Al-Jami’ No. 2227, Nasiruddin Al-Albani.)

    ReplyDelete
  3. Saya sangat bersetuju dengan komen-komen yang diberikan kerana sebagai kerajaan pilihan rakyat, PAS sepatutnya menjaga kebajikan-kebajikan rakyat Kelantan yang mana golongan majoritinya adalah penyokong-penyokongnya sendiri bukannya menyusahkan rakyat. Sebagaimana yang kita sedia ketahui terlalu banyak janji-janji kosong yang ditaburi PAS tatkala pilihanraya yang masih lagi tidak berjalan seolah-olah ia merupakan alat bagi PAS untuk mendapat sokongan dan dana demi kepentingan peribadi para pemimpin PAS dan kroninya semata tetapi bukan untuk rakyat. Secara jujur saya tidak akan sesekali menyokong mana-mana pihak yang berjuang untuk kepentingan lain selain daripada ISLAM dan kerana Allah. Percayalah sekiranya sudah jelas kesalahan dan dosa yang dilakukan seseorang itu tetapi kita tetap menyokongnya maka samalah seperti kita turut melakukannya. Ini bermaksud sekiranya pemimpin itu kelak menjadi ahli neraka, maknanya kita pn turut menjadi ahli-ahlinya. Jadi sementara kita masih bernafas dan mempunyai kemampuan untuk berjuang menegakkan kebenaran, janganlah sesekali kita sia-siakannya. Sesungguhnya tanggungjawab ini terletak pada tangan setiap orang ISLAM itu sendiri!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...