Nik Amar: Rakyat Jahat Kerana Pemimpinnya Jahat, Kelantan Tak Terkecuali - Video

Benarkah apa yang dikatakan oleh Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yaitu rakyat sesebuah negeri yang menjadi jahat disebabkan pemimpin negeri itu sendiri yang jahat. Atau kata-katanya itu tidak lain hanya untuk menyalahkan kerajaan BN semata-mata biarpun negeri Kelantan ditadbir oleh Kerajaan Pas yang dikepalai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jenayah yang semakin meningkat berlaku di Kelantan sekarang ini punca utamanya adalah kerana kebodohan pemimpin Pas dalam memajukan negeri sekaligus menghadkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kebanyakkan jenayah yang berlaku adalah jenayah yang melibatkan wang yaitu samun, ragut, curi, rompak dan mengedar dadah, kerana kesempitan hidup juga tidak mustahil seseorang yang sebelumnya baik berubah menjadi jahat demi kerana untuk mendapatkan wang secara cepat dan mudah.

Biarpun begitu, bagi mereka yang sering mengikuti ceramah-ceramah Pas kebiasaannya bila disebut jenayah, seakan ada sesuatu yang tidak lengkap dari pemimpin Pas yang sering dikaitkan dengan jenayah, apa lagi kalau bukan perlaksanaan hukum hudud.

Jika diperhatikan ucapan pemimpin Pas sekarang ini langsung tidak disebut mengenai hudud apabila mereka memperkatakan mengenai jenayah, kalau dahulu bila sebut saja jenayah pastilah hudud yang dikaitkan mereka, kata mereka, jenayah berlaku disebabkan kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun kini segalanya sudah berubah, setelah Pas bergabung dengan DAP, pemimpin Pas mula mengatakan bahawa jenayah dan kejahatan yang berlaku itu adalah disebabkan kerana kejahatan pemimpin, dan apabila disebut kejahatan pemimpin, maka kejahatan yang berlaku dikalangan rakyat Kelantan itu bermakna ianya berpunca daripada kejahatan pemimpin Pas yang mentadbir negeri Kelantan.

Dengan pengakuan kejahatan yang berlaku di Kelantan itu disebabkan kejahatan pemimpin Pas, seharusnya rakyat Kelantan sedar dan bangkit untuk mengubah kerajaan dalam PRU 13 nanti supaya Kelantan terpimpin dengan pemimpin yang baik. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. rakyat k'tan & kedah baik baik belaka ?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...