Video - Nik Aziz Tersilap Istihar 28 Rabiul Awal Letak Jawatan !

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering dijunjung oleh pengikut Pas apabila memustahilkan beliau untuk melakukan sebarang kesalahan atau juga disebut sebagai maksum.

Jika kekeliruan berkaitan hukum hakam Islam yang ditimbulkan oleh Nik Aziz, pengikut Pas akan berkata, "Dia Tok Guru, orang alim, takkan dia tak tahu, takkan dia salah", pegangan itu menjadi teras penyumbang kepada kerosakkan akidah umat Islam khasnya pengikut Pas.

Dek kerana serban, Nik Aziz terus menjadi kebanggaan penyokong Pas biarpun hukum hakam kerap sekali 'ditunggang langgangkan' oleh Nik Aziz. Kenyataan-kenyataan tak konsisten dibuat Nik Aziz yang mengisi dada-dada akhbar langsung tidak dijadikan sempadan oleh pengikutnya.

Berhubung kenyataan Nik Aziz yang dibuat pada 30 Januari 2013 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1434 H bersabit dengan penyerahan geran tanah kepada peneroka di Lebir Gua Musang, Nik Aziz telah melangkaui waktu dengan dasyat sekali yaitu selama 10 hari apabila beliau mendakwa "Hari ini 28 Rabiul Awwal 1434 H" sedangkan hari yang dimaksudkannya itu ialah 18 Rabiul Awwal.

Agaknya petanda apa yang membuatkan Nik Aziz melangkaui waktu itu ? Jika faktor nyanyuk diambil kira, mungkin Nik Aziz melangkauinya 2 atau 3 hari sahaja, jika 10 hari, itu sudah keterlaluan nyanyuk.

Atau apakah itu petanda bahawa Nik Aziz bukanlah pengamal Islam sebagaimana yang didakwanya selama ini, kerana apabila sesuatu itu tidak diamalkan, maka ia akan terlupa dan akan 'membedal' sesuka hatinya.

Hal ini jelas, dimana pelabelan "Dia Tok Guru, orang alim, takkan dia tak tahu, takkan dia salah" terbukti bukan sesuatu yang layak untuk dilabelkan kepada manusia biasa seperti Nik Aziz, sikap mempercayai atau menelan bulat-bulat seperti taik kambing jamnapari setiap perkara yang diungkapkan oleh Nik Aziz adalah salah satu cabang penyumbang kepada kesesatan.

Jika kesilapan tarikh yang disebut oleh Nik Aziz itu adalah satu hukum, bukankah dengan mempercayainya bulat-bulat tanpa sebarang rujukan boleh membawa kepada kesesatan ? Pasti kesilapan haribulan yang disebut Nik Aziz itu bukan kesilapan yang biasa, atau apakah Nik Aziz bercadang untuk meletak jawatan dan bersara dari politik juga pada 28 Rabiul Awwal ? Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Kalau betoi2 iklas kenapa nak ngundi baru bagi geran tuu geran nii..? < Pulang paku buah keras!

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju 100% dengan pendapat penulis kerana sebagai pemimpin tarikh dan hari itu adalah sesuatu yang penting. Secara peribadi saya katakan jika tarikh pun dia tak ingat inikan pula janji-janji dia pada rakyat Kelantan! Kalau betullah nak menjadi seorang pemimpin ISLAM untuk menegakkan kebenaran dia sepatutnya membuktikan janji-janjinya terdahulu bukannya hanya pandai bercakap sahaja. Alhamdulillah kerana menunjukkan kebenaran sedikit demi sedikit!

    ReplyDelete
  3. tua tak sedar diri...sah nyanyuk.

    ReplyDelete
  4. Nk tunjuk dia ni islamic sgt,haribln pon ikut bln hijrah...skali salah daaaa... Nmpk sgt beli paper tgk kalendar masihi

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...