Tun M: "Kalau Kita Nak Jadi Bankrap, Bolehlah Kita Beri Semua...

KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.

Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.

Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab." - Bernama

2 comments:

  1. Dulu aku sbg pekerja, selalu komen knp x bagi bonus, nmpk mcm sykt dpt payment bnyk. Pstu tuduh boss kedekut. Mmg ade gk boss perangai cmtu, tp x semua. Bila skrg ni aku terajui skyt sendiri, baru aku faham. Sama mcm perbelanjaan negara juga. Senang nk menuduh mcm2 kt kerajaan. Tapi bila masuk sendiri mesyuarat kewangan, keluar mesyuarat baru terduduk jap. Baru taw realitinya. Begitu bnyk faktor yg diambil kira utk rancang perbelanjaan. Kdg2 kira pandang kpd satu perkara shj tanpa fikirkn perkara2 lain. Kita nk hapuskn itu ini, nk percumakn itu ini, tp....jgn igt semua itu tiada kesan2nya.

    Kesan positif, rakyat gembira sekejap sbb dpt percuma itu ini, tp kesan negatifnya pn bnyk jugak. Kesan negatif biasanya adalah kesan jangka panjang. Bila semua nk ditanggung kerajaan, maka mana nk cekau duit utk rangsang ekonomi? Baru2 ni bnyk negara terasa kesan kelembapan ekonomi dieropah. Tapi malaysia boleh bertahan. Salah satu cara kerajaan malaysia lakukn ialah rangsang ekonomi dlm negara. Projek2 pembangunan bkn hanya utk faedah rakyat tetapi juga merangsang ekonomi bergerak. Kalau duit semua guna utk percumakn segala mak nenek, then...cmne nk rangsang ekonomi. Kalau ekonomi lembab,,akhirnya rakyat jugak yg menanggung. Gembira kejap...merana panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dia mengurus kerajaan sama mcm mengurus syarikat. bukan senang walau nmpk cam senang. tp yg pasti ckp komplen mmg sng beb.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...