Video - Formula Nik Aziz Tadbir Kelantan Gerenti Licin Sebelum Merempat

Gambaran terkini rakaman dari udara yang berlaku di Ulu Kelantan pada paparan video dibawah menyaksikan dimana rimbunan hutan terus membotak ekoran dicukur rakus oleh pemimpin Pas Kelantan yang mentadbir negeri ini secara jumud dan tidak reti.

Sampai bilakah rakyat Kelantan ingin membiarkan perkara ini akan terus berlaku, sudah tiba masanya untuk rakyat membersihkan keladak pemerintahan Pas selama 23 tahun dengan membuat perubahan pada pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Cukuplah rakyat Kelantan tertipu dengan helah-helah jumud pemimpin Pas, sedangkan kita sebagai rakyat menderita kais pagi makan pagi, akan tetapi pemimpin Pas terus mencipta kekayaan peribadi, keluarga dan kroni, dimana Islamnya jika balak ditarah licin tapi rakyat masih ramai yang miskin.

Sedarlah pemimpin Pas terus menipu rakyat dengan mendakwa, "Tujuan UmnoBN bersungguh sangat nak rampas Kelantan daripada Pas adalah disebabkan negeri Kelantan punyai kekayaan hasil bumi diantaranya seperti telaga minyak, kalau dapat kat Umno habislah Kelantan, pemimpin UmnoBN akan jual segala-galanya, semua dapat kat cina, kita orang melayu akan merempat".

Diatas sebab itu juga pelbagai dongeng direkayasa, sampaikan penemuan harta karun dan telaga minyak turut mendapat tempat dalam usaha Pas memperbodohkan rakyat. Justeru rakyat menjadi takut dengan dongengan jumud itu akan dijual kepada cina, maka berpusu-pusulah rakyat menyokong Pas, pada masa sama mungkin rakyat Kelantan lupa untuk bertanya siapakah yang membotakkan hutan sebagaimana paparan video dibawah, bukankah tauke-tauke cina jua yang membotakkannya. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Ya Allah, sampai botak licin macam ni sekali NIK AZIZ 'bikin'?! NIK AZIZ ni manusia bertopengkan syaitan ke apa sebenarnya?! Agak-agaklah 'BRO' nak duit pun! Janganlah sampai tergadai 'TANAH SENDIRI'! Lagi pun 'TANAH INI' milik kita bersama, RAKYAT KELANTAN! Sedarlah wahai kawan-kawan kita sudah kena jual ni, jangan duduk berdiam diri jer!

    INDAHNYA BUMI KITA,
    WARISAN BERKURUN LAMANYA,
    HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN,
    PERIBUMI MERINTIH SNDIRI.

    KITA SUDAH TIADA MASA,
    MAJULAH DENGAN GAGAH PERKASA,
    HAPUSKAN SENGKETA,
    TERUSKAN USAHA,
    MALAYSIA KAN GAGAH DI NUSANTARA.

    ReplyDelete
  2. Tok Ayah Kob2/13/2013 1:03 AM

    Klaten ni ibarat sebuah negeri dibalik tabir takbir..indah kabar dari rupa, banyak rahsia yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Gambaran lagi tepat lagu ni..Rakyat disuruh meratib,isle katakan, ngateb sambil tutup mata hingga naik syeh. Tak cukup tutup mata, tok Guru kata kena tutup lampu, ngateb dalam gelap lagi afdal...Bila rakyat dah naik syeh (khusyuk), puak-puak tok lebai gobek ni pakat dengan tokey punggah barang wat keluar ikut pintu belakang.. Licin. Rakyat tak gheti gapa satu. Lepas ngateb jamu teh o dengan sekut tawar.
    Tapi takapa buat ibadat dengan tok lebai ni besar pahala dan berkat...Istilah KEHLONG ni hanya ada di Kelantan. Oputeh kata SWINDLE..darah daging dalam masyarakat Kelantan...semuanya KEHLONG.
    Hakikatnya selama 23 tahun berbilion pitih, harta, khazanah rakyat diKEHLONG oleh PAS kedalam kantong YB-YB PAS, digunakan untuk gerakan tambang, makan PAS,membina bangunan-bangunan PAS..duit untuk bekalan air, jalanraya, parit, sekolah, masjid satu sen PAS tak keluarkan. Rakyat kena cari pitih sendiri jual etok, akok, kasut dan pakaian terpakai untuk beli ikan kering dan budu.

    Ambo lebih suka kalu kekayaan YB-YB dan tokey-tokey balak dan tanah bijih semua didedahkan. Ada cerita mereka ni ada pakai helikopter ( 2 biji pun ) dan Lambhorgini. Biar rakyat Kelantan buka mata luas-luas sambil pulas rokok daun.

    ReplyDelete
  3. Rakyat kelantan nak buka mata?huh.jgn mimpilah!diaorg mmg selesa dan bangga hidup ditipu mcm tu.biar diaorg hidup susah tp pemimpin diaorg kaya raya.utk perjuangan isle lah katakan.jihad kononnya.lantakkkk korang la

    ReplyDelete
  4. terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...