Takkanlah 8 Juta Penerima BR1M Tu Binatang Wahai Nik Aziz


KUALA KLAWANG - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan terutama dengan kedudukannya sebagai seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata, kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang disampaikan beliau.

"Oleh itu, rakyat perlu fikir di mana seorang yang begitu tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman luas dalam politik dan kedudukan beliau itu sendiri (mengeluarkan kenyataan sedemikian), apa harus kita buat? Kita tidak perlu tempeleng, kita tidak perlu pukul, tetapi kita perlu gunakan isi hati kita.

Hukuman yang dijatuhkan sebegitu, apa harus kita lakukan kepada fakta yang sebenar," katanya pada majlis perasmian Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 anjuran Parlimen Jelebu di tapak pasar tani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata seharusnya Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mungkin 'anak buah' dan anak murid beliau sendiri menikmati pemberian BR1M.

Katanya wang BR1M ini adalah sebahagian daripada hak rakyat itu sendiri di dalam satu tabung namanya tabung kewangan yang disatukan di bawah Perlembagaan persekutuan Malaysia.

"Wang ini telah digunakan oleh kerajaan kita iaitu pihak pemberi yang memegang tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Duit ini adalah duit kita semua, ditadbir oleh kerajaan kita. Jadi, tidak salah gunakan perbelanjaan ini bagi rakyat.

Adakah kita yang menerima sekitar lebih daripada 8 juta orang 'binatang', tentu tidak.

"Sebab itu kalau boleh setiap yang berfikir harus memberitahu bahawa kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang beliau beri.

Tentu sekali ada dividen yang lebih tinggi untuk menentukan nanti bahawa kasih sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat kita tidak ada tolok bandingnya.

"Baik orang Melayu, Cina, India, Kadazan, orang Dusun, orang Ulu, orang Iban, semuanya mendapat daripada perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementelahan lagi, kerajaan kita menerusi Perdana Menteri telah mengumumkan iaitu sistem tranformasinya akan berterusan. Ini adalah salah satu daripadanya.

"Untuk itu berikan kita satu petanda menyokong Perdana Menteri dengan BR1M dan tranformasi yang akan kita laksanakan. Bagi kita, terimalah (BR1M) kerana ini pemberian daripada perjuangan kita......kasih sayang untuk rakyat kita. Kita telah mulakan pemberian BR1M ini tahun lalu, hari ini kita laksanakan lagi dan Insya-Allah tahun demi tahun dividen ini akan diterima oleh masyarakat," katanya.

Katanya kerajaan akan meneruskan usaha itu dengan pemberian dana-dana lain dan mencari jalan supaya pertumbuhan 5.6 peratus tahun ini menjadi satu pertumbuhan yang stabil bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri dan rakyat supaya sama-sama merasai keselesaan hidup. - Bernama

Kat dinding bangunan atas tu pulak binatang apa agaknya ?, cicak kot !

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...