Showing posts with label br1m. Show all posts
Showing posts with label br1m. Show all posts

BR1M Untuk Rakyat Dimansuhkan! Projek Untuk Pemimpin Di Ali-Babakan! @NajibRazak

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi...," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Untuk makluman, statistik permohonan BR1M 1.0 ialah 4,865,359, daripada jumlah itu 4,179,062 permohonan telah diluluskan dan melibatkan peruntukkan berjumlah RM 2,089,531,000.

Bagi BR1M 2.0 pula permohonan meningkat kepada 5,471,804,  namun hanya 4,806,500 permohonan diluluskan dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM2,403,250,000.

Untuk penerima individu@bujang (RM250), daripada 2,250,437 permohonan, 1,995,923 diluluskan dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM 498,980,750.

Mungkin benar juga apa yang diperkatakan oleh Tun M dimana pemberian BR1M boleh menyebabkan rakyat selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja, sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun hal itu tidak adil jika hanya kebergantungan rakyat kepada kerajaan sahaja yang suka diperkatakan, sebaliknya bagaimana pula dengan kebergantungan pemimpin kepada sumber hasil negara, projek-projek kerajaan, tender dsbnya? Sehinggakan kerakusan pemimpin-pemimpin sukar lagi dibendung dalam usaha mereka mengaut kekayaan negara, banyak projek-projek dijual kepada pihak ketiga atau di ali-babakan secara terbuka dengan mengambil keuntungan secara mudah tanpa melakukan sebarang kerja.

Semua itu bukan melibatkan kebergantungan pemimpin kepada kerajaan didalam jumlah yang sedikit atau RM500 setiap projek, malah jauh tak dapat diukur dengan nilai secuma itu, sedangkan rakyat melihat kemewahan pemimpin, anak, menantu dan kroni tiada taranya, sukar untuk dibayangkan penerimaan baik rakyat dengan penampilan itu sedang rakyat dibebani dengan pelbagai kekangan hidup.

Siapalah rakyat jika nak dibandingkan dengan pemimpin ? Siapalah rakyat jika mahu setanding kekayaannya dengan pemimpin ? Namun harus diingat, menjadinya seorang pemimpin itu adalah diatas undi rakyat, tanpa undi rakyat pemimpin itu tidak akan menjadi pemimpin dan mungkin hanya tersengih-sengih ditepi jalan, dan setiap undi rakyat yang mengangkatnya menjadi pemimpin bukan bertujuan untuk pemimpin itu mencari kekayaan kepada diri sendiri, akan tetapi membahagikan kekayaan itu kepada seluruh rakyat dengan tidak mewujudkan jurang perbezaan yang terlalu tinggi.

Terpimpinnya negara ini dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, malangnya, saban hari rakyat didodoikan dengan isu-isu ketirisan, pemborosan, penyelewengan dsbnya, mungkin sebahagian besar boleh dianggap sebagai persepsi, tapi sebahagian yang lain tidak dapat dinafi dengan perincian yang dibentangkan setiap tahun menerusi laporan audit oleh Ketua Audit Negara antaranya seperti berikut:

Beberapa kelemahan dikesan dalam aktiviti pendidikan kesihatan termasuk kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bernilai RM320,000 yang tidak wajar. Laporan Ketua Audit Negara, kos kempen 'Tak Nak Merokok' dibuat oleh sebuah syarikat melibatkan akaun Facebook bernilai RM199,068 bagi tempoh Julai hingga Disember 2011 dengan bilangan 100,000 'like/fans'.

Kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 ekoran ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ), menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).


Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang 'sakit' ekoran kelewatan kontraktor asal menyiapkan projek memberi impak kepada kerajaan dari aspek kos berikutan peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta.

Jawatankuasa pemantauan yang ditubuhkan bagi memantau Projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 gagal mentadbir kontrak kerajaan sehingga menyebabkan berlaku pembayaran tidak wajar sebanyak RM13.54 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa menyatakan Jawatankuasa Pemantauan Dan Penilaian Projek (JPPP)mengesahkan pembayaran RM1.62 juta berbanding kos dalam Bill of Quantity berjumlah RM1.08 juta, yang mengakibatkan terlebih bayar sebanyak RM0.54 juta.


Antara keberlakuan itu, tidak merasa marahkah rakyat ? Tidak sakit hatikah rakyat ? Rakyat disuruh berdikari tanpa mengecapi hasil kekayaan negara dengan cara yang mudah, tapi pemimpin dan anak beranak bergoyangan kaki melapah apa saja yang mereka kehendaki. Mahukah rakyat mengekalkan kerajaan yang hanya ingin rakyat berterima kasih kepada mereka sebaliknya pemimpin kerajaan langsung tidak tahu berterima kasih dan menghargai sokongan rakyat ?

Relevankah kerajaan untuk mendidik rakyat supaya tidak bergantung dengan kerajaan ?
Berkirakah kerajaan dengan bantuan RM500 kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah ? Sejauhmanakah ketepatan pandangan mengenai bantuan BR1M sebanyak RM500 itu boleh menyebabkan  'rakyat tak mahu membuat kerja' ? Adakah kajian telah dibuat dan mendapati setelah BR1M dilaksanakan semakin ramai rakyat yang berhenti kerja ? Jika tanggapan bahawa apa yang diberi secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi tidak kesemua mengundi BN, adakah kerajaan yakin jika tanpa bantuan BR1M, kerajaan masih mampu mengekalkan kuasa sehingga hari ini ?

Sebenarnya apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri hari ini adalah selari dengan perkembangan politik semasa dan ia sejajar dengan kehendak rakyat diera penerimaan maklumat tanpa sempadan, pemikiran rakyat hari ini jauh berbeza dengan dulu, dimana terutamanya golongan muda yang dilihat semakin agresif selain bersifat terbuka dan cenderung untuk menerima dasar-dasar baru yang boleh memberi faedah kepada semua bukan hanya kepada pemimpin tertentu seperti sebelumnya.

Acuan lapuk tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan jika kerajaan Barisan Nasional ingin kekal mentadbir negara, kerajaan tidak perlu berkira dalam memberi bantuan kepada rakyat, kerana dikhuatiri satu ketika dimana rakyat juga turut akan berkira dengan kerajaan, bantuan seperti BR1M adalah bonus kepada rakyat yang bertujuan meringankan sementara beban yang ditanggung oleh rakyat, bantuan BR1M tidak mengkayakan rakyat sehingga rakyat tidak mahu berkerja, sebaliknya yang mengkayakan pemimpin tidak mahu berkerja adalah projek Ali-Baba yang seharusnya diberi perhatian serius  berbanding bantuan seperti BR1M. Rakyat Mampu Mengubahnya.

Penerima BR1M Binatang - Bob Lokman VS Nik Aziz - Video

Mentaliti dan cara berfikir Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah terlalu jumud dan hampir kepada jahat apabila lebih mementingkan nafsu untuk berkuasa daripada membela nasib rakyat.

Rakyat dibiarkan ber'sekedudukan' dengan biri-biri tanpa langsung menghiraukan kebajikan mereka, bahkan dek kerana sikap pentingkan diri sendiri dan ingin memuaskan nafsu riaknya semata-mata, beliau sanggup bertahan dengan mengepalai kerajaan Kelantan biarpun ternyata beliau gagal dalam membangunkan segala-galanya.

Lantaran kegagalan beliau itu, rakyat menjadi mangsanya, apa saja yang disumbangkan oleh kerajaan pusat kepada rakyat, sehabis daya cuba dinafikannya, bila rakyat miskin, Nik Aziz mengatakan rakyat miskin itu bodoh kerana tidak mencari harta yang begitu banyak diberikan oleh Allah Taala diatas muka bumi ini.

Jika kerajaan pusat memberi apa-apa subsidi kepada rakyat, Nik Aziz mendakwa pemberian subsidi itu akan merosakkan rakyat dan rakyat menjadi pemalas, terbaru isu BR1M, Nik Aziz dengan rasa tidak berdosanya menyifatkan rakyat yang menerima BR1M itu seperti haiwan, semua itu hanyalah demi politik bukan demi agama, dan sikap seperti Nik Aziz inilah yang sebenarnya merosakkan umat Islam.

Nik Aziz pegang kerajaan dah lebih 23 tahun, tapi masjid pun dia tak mahu buat, dia suruh rakyat buat, bagi subsidi dia kata rakyat akan jadi malas, bagi duit BR1M pun dikatanya macam binatang, semua tak pernah kena, habis kerajaan ni untuk apa ? Untuk buat apa ? Untuk mengtekedarah balak dan baham tanah rakyat je ke kerjanya.

Bertaubatlah Menteri Besar Negeriku YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semakin lama diatas takhta semakin banyaklah buruknya terbongkar, berundurlah sebelum diundurkan, kerana berundur itu masih ada yang menyayangi dan bila diundurkan pasti telah ramai yang membenci. Anda Mampu Mengubahnya.

Pas Lebih Teruk Dari Kafir VS Penerima BR1M Binatang: Nik Aziz Kecewa Kenyataan Mufti - Video

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M
Kenyataan Ulamak taik kucing Nik Aziz sebelum ini.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, serupa dengan bagi kat lembu, beri RM10, RM50  "Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,"

Nik Aziz yang duk kalut pasal BR1M tak tentu pasal ni apa halnya, banyak lagi perkara penting yang perlu diselesaikan namun kerana apa isu orang membuat kebaikkan ini juga nak dipertikaikannya, daif sungguh pemikiran Nik Aziz ni, ore Kelate kato 'gong', sama-sama kita bersihkan hati dan ilmu yang telah dicemari oleh ulamak gong seperti Nik Aziz ini dengan mendengar penjelasan dalam rakaman dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Azhar Idrus 'Bahang Bodo' Rakyat Berterima Kasih Atas Pemberian BR1M

Ulamak 'giler' terlalu sinonim buat mereka yang menggunakan agama demi kepentingan politik, ini kerana ulamak-ulamak seperti ini sering menafikan apa sahaja kebaikkan yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan dikalangan kumpulan mereka.

Isu bantuan kerajaan kepada rakyat, sepertinya satu kesalahan dan dosa besar untuk kita sebagai rakyat ingin berterima kasih kepada kerajaan sekaligus bersyukur kepada Allah Taala diatas anugerahnya memberikan kita nikmat hidup didalam keamanan negara yang diperintah oleh pemerintah Islam yang adil seadil kerajaan dibawah BARISAN NASIONAL.

Terima Kasih 
Berdosakah untuk kita berterima kasih kepada orang yang telah memberikan sesuatu kepada kita walaupun yang diberikan itu sememangnya sudah kepunyaan kita, menurut Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan 'bodonya', rakyat tidak seharusnya berterima kasih kepada kerajaan terhadap apa-apa bantuan yang diberikan kerana katanya ia sudah menjadi tanggungjawab pemerintah.

Bagaimanapun kita yakin pendapat Ustaz Azhar itu hanyalah pendapat politik untuk berpihak kepada Pas semata-mata tanpa mengikut apa sebenarnya yang diajar didalam Islam, jika dinilai diatas kewajipan pemerintah, sepertinya seorang anak tidak perlu berterima kasih kepada ibu bapanya, seorang murid tidak perlu berterima kasih kepada gurunya, kerana itu semua adalah kewajipan.

Begitu juga dengan seseorang yang dibantu ketika dalam kesusahan, misalnya seseorang yang melihat kezaliman berlaku didepan matanya dan dia mampu untuk menghentikan kezaliman itu, maka sudah menjadi kewajipan kepada dia untuk membantu, tetapi apakah bantuannya itu tidak perlu diucapkan terima kasih ataupun menjadi satu kesalahan untuk kita berterima kasih.

Bukankah ucapan terima kasih juga boleh melahirkan jiwa yang suci dan bersyukur ? Ucapan terima kasih juga dapat menyedarkan diri kita daripada alpa dengan angkuh dan sombong. Tidak salah mengucapkan terima kasih terhadap sesiapa sahaja yang membantu kita walaupun ianya kepada seorang semusuh.

BR1M RM500
Tambah menampakkan lagi politik Azhar Idrus apabila beliau turut menyifatkan pemberian BR1M sebanyak RM500 itu sebagai jumlah yang kecil, sehingga soal wang BR1M digunakan untuk membayar hutang pun turut dikaitkan dalam usaha merendah-rendahkan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain.
RM500 memanglah kecil buat mereka yang kaya, namun bagi kita yang miskin ni ianya satu jumlah yang cukup besar, kerana kalau dekat Kelantan, kita kena bekerja 8 jam sehari selama sebulan untuk kita dapatkan RM500 ni. Nak tahu lagi RM500 tu besar ke kecil, try pergi mintak dengan Nik Aziz dia bagi ke tak ?.

Apapun bersyukurlah, kerana itu lebih baik, setiap perkara yang baik itu sewajibnya digalakkan supaya mudah-mudahan perkara yang baik itu akan bertambah baik lagi berkekalan. Terima Kasih Kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Minta BR1M Diberikan Kepadanya Untuk Diagihkan Kepada Rakyat

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.

Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.

“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.

“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak Baginda yang kemudian lari ke Madinah. (Cuma bezanya Nabi Muhammad S.A.W tak pakai Mercedes dan tidak mewah, benar-benar zuhud.)

“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu. (Baginda tak beri duit, tapi pada masa sama apa pula yang baginda ada, adakah baginda dan kaum keluarga ada harta atau tanah, atau baginda sedekahkan segala hartanya kepada perjuangan Islam.Ini berbeza dengan Nik Aziz)

Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.

“Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya.
 
Itulah Nik Aziz, kerja malas asyik nak tidur, otak tak jalan untuk kebaikkan, hanya reti maki hamun mengumpat mengata, sampai masa orang lain boleh beri wang kepada rakyat, Nik Aziz pula terhegeh-hegeh minta wang hasil daripada usaha orang lain untuk diberikan kepada rakyat, banyak cantik !!!

Bila orang tak beri,dia mula mengata yang orang yang memberi wang kepada rakyat itu ibarat memberi makanan kepada BINATANG, sebab dia kata lagu tu sebab dia tak mampu untuk beri kepada rakyat bukannya sebab nas dan dalil Al-Quran.

Elok ke perangai macam tu berada dalam sifat orang yang berserban dan berjubah (di Malaysia), orang memberi dia mengata, terima gaji sebagai MB ni jer ke kerja yang Nik Aziz tahu, sama-sama kita renung apa maksud niat Nik Aziz mengatakan bahawa "Sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat". Anda Mampu Mengubanya.

Najib: "Kenapa Nik Aziz Pergi Rumah Karpal Singh ?"

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Takkanlah 8 Juta Penerima BR1M Tu Binatang Wahai Nik Aziz


KUALA KLAWANG - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan terutama dengan kedudukannya sebagai seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata, kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang disampaikan beliau.

"Oleh itu, rakyat perlu fikir di mana seorang yang begitu tinggi ilmu agamanya dan berpengalaman luas dalam politik dan kedudukan beliau itu sendiri (mengeluarkan kenyataan sedemikian), apa harus kita buat? Kita tidak perlu tempeleng, kita tidak perlu pukul, tetapi kita perlu gunakan isi hati kita.

Hukuman yang dijatuhkan sebegitu, apa harus kita lakukan kepada fakta yang sebenar," katanya pada majlis perasmian Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 anjuran Parlimen Jelebu di tapak pasar tani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata seharusnya Nik Aziz tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mungkin 'anak buah' dan anak murid beliau sendiri menikmati pemberian BR1M.

Katanya wang BR1M ini adalah sebahagian daripada hak rakyat itu sendiri di dalam satu tabung namanya tabung kewangan yang disatukan di bawah Perlembagaan persekutuan Malaysia.

"Wang ini telah digunakan oleh kerajaan kita iaitu pihak pemberi yang memegang tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat kita. Duit ini adalah duit kita semua, ditadbir oleh kerajaan kita. Jadi, tidak salah gunakan perbelanjaan ini bagi rakyat.

Adakah kita yang menerima sekitar lebih daripada 8 juta orang 'binatang', tentu tidak.

"Sebab itu kalau boleh setiap yang berfikir harus memberitahu bahawa kata-kata begini tentu sekali tidak secocok dengan pengajaran yang beliau beri.

Tentu sekali ada dividen yang lebih tinggi untuk menentukan nanti bahawa kasih sayang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rakyat kita tidak ada tolok bandingnya.

"Baik orang Melayu, Cina, India, Kadazan, orang Dusun, orang Ulu, orang Iban, semuanya mendapat daripada perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementelahan lagi, kerajaan kita menerusi Perdana Menteri telah mengumumkan iaitu sistem tranformasinya akan berterusan. Ini adalah salah satu daripadanya.

"Untuk itu berikan kita satu petanda menyokong Perdana Menteri dengan BR1M dan tranformasi yang akan kita laksanakan. Bagi kita, terimalah (BR1M) kerana ini pemberian daripada perjuangan kita......kasih sayang untuk rakyat kita. Kita telah mulakan pemberian BR1M ini tahun lalu, hari ini kita laksanakan lagi dan Insya-Allah tahun demi tahun dividen ini akan diterima oleh masyarakat," katanya.

Katanya kerajaan akan meneruskan usaha itu dengan pemberian dana-dana lain dan mencari jalan supaya pertumbuhan 5.6 peratus tahun ini menjadi satu pertumbuhan yang stabil bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri dan rakyat supaya sama-sama merasai keselesaan hidup. - Bernama

Kat dinding bangunan atas tu pulak binatang apa agaknya ?, cicak kot !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...