Sejarah 'Dawn Raid' Guthrie Era Tun M VS Skandal 'Jhow Low' 1MDB Era @NajibRazak

Apa nak jadi ? Sampai duit tabung haji pun dibedal demi menyelamatkan 1MDB @ Jhow Low ? Kata-kata yang jauh menyimpang itu sedang berlegar dikalangan masyarakat sekaligus mengundang pelbagai persepsi negatif akan masa depan rakyat dan negara.

Pembelian tanah Tun Razak Xchange oleh Tabung Haji daripada 1MDB telah menimbulkan pelbagai spekulasi, tanah berkeluasan satu setengah ekar yang dibeli pada harga RM188.5 juta itu menyamai harga tanah berkeluasan 70 ekar yang dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan.

Maknanya dengan penjualan satu setengah ekar sahaja, 1MDB seolah-olah memperoleh tanah tersebut secara percuma.

Bijak sungguh 1MDB ni berniaga, dapat untung berganda-ganda, berniaga dengan siapa ? beli dari kerajaan jual kepada tabung haji, siapa kerajaan dan siapa pula tabung haji ? Kerajaan adalah Amerika dan tabung haji adalah Israel.....???

Bercerita bab untung dan tanah ni mengingatkan kita satu sejarah yang berlaku dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana apa yang disebut sebagai “Dawn Raid” atau Operasi Serangan Subuh dilancarkan demi mengembalikan tanah-tanah yang dijajah oleh British menerusi syarikatnya yang berusia 100 tahun yaitu Guthrie.
Biarpun negara kita telah mencapai kemerdekaan, namun hasil kekayaan bumi bertuah ini masih lagi dijajah oleh British, sehinggalah pada 7 September 1981...

Dengan persetujuan Perdana Menteri, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini.... Sambung baca kisah menarik itu diSini.

Apa yang dapat kita katakan menerusi kebijaksaan kerajaan terdahulu dalam mengambil semula kekayaan negara daripada 'orang putih' adalah jasa yang cukup besar,  ketokohan pemimpin terdahulu amat terserlah akan kewibawaannya berbanding kebanyakkan pemimpin yang ada pada hari ini yang hanya tahu bermewah dan berniaga barang yang sudah dipunyai oleh kerajaan...

Dengan pemgambilalihan  syarikat Guthrie secara bijak dan licik itu sudah pasti menambahkan lagi kemarahan British, biarpun kita negara kecil namun PM ketika itu tidak pernah merasa gentar untuk menghadapi apa sahaja tekanan yang akan dilakukan oleh British.
Malah PM ketika itu bukan sekadar bertahan dengan tekanan British, jauh sekali untuk memohon maaf, sebaliknya bangkit bertindak balas dengan melancarkan beberapa dasar baru termasuk kempen 'Buy British Last' serta dasar pandang ke timur dsbnya.

Siapa PM ketika itu kalau bukan si tua yang dicaci dan digelar nyanyuk pada hari ini, jika bukan kerana usahanya, kritikkannya, kebijaksanaannya, keberaniannya, kepepimpinannya belum tentu terbinanya Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya, Litar Antarabangsa Sepang, Proton, Transit Aliran Ringan (LRT) sekaligus belum tentu nama Malaysia dikenali diseluruh dunia dan kita hari ini belum tentu seperti kita pada hari ini.

Berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dibina oleh PM sekarang, jika bukan kerana penasihat, mungkin belum tentu dibinanya TRANSFORMASI, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, AH JIB GOR dsbnya, orang kampung mungkin bertanya, menate gapo-kah itu ? Walaupun tidak bersifat sturktur bangunan tapi pembinaan itu tetap menelan kos berbillion ringgit apatah lagi perlaksanaannya melibatkan konsultan asing dari British.

Hasilnya 1MDB, Jhow Low, GST dan Ya HaNaNa, kehilangan wang 1MDB belum terjawab, kesan awalnya peningkatan kos sara hidup rakyat, sementara Jhow Low masih lagi diselubungi misteri, Ya HaNaNa pula bakal menyumbang kepada kecelaruan ummah dengan aktiviti yang diibadahkan seperti zikir joget serta puja kubur yang mana bercanggah dengan amalan ASWJ.
Andainya Tun M dulu mentadbir negara sebagaimana yang ditadbir oleh pemimpin sekarang, apakah negara kita mampu berada ditahap hari ini ? Andainya Tun M dulu ada 1MDB dan Jhow Low, mungkin tabung saja yang tinggal haji entah Ya HaNaNa kemana!....

Katakan, sekalipun benar (biarpun tidak ada bukti) Tun M ada kaitan dengan skandal BMF, PERWAJA dsbnya, dari sudut pandang persepsi, semua itu masih boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan hasil dan sumbangannya pada kehidupan rakyat dan negara.

Sedangkan jika benar skandal 1MDB ia jauh tidak memadai untuk dibandingkan dengan BR1M berintikan GST. Sekadar janji manis dan degaran kenyataan berunsur retorik ia tidak memberi sebarang kesan.

Kesimpulan dari itu, kita bukan hendak membandingkan ketokohan dan kejayaan pemerintahan pemimpin, cuma ada eloknya umum lebih menyedari akan sejarah siapa sebenarnya tokoh yang sedang mengkritik pentadbiran kerajaan pada hari ini, beliau bukan hanya berani mengkrtik sesama Melayu, bahkan demi agamanya, pemimpin kuasa besar dunia waima bangsa Yahudi pun turut dikritiknya, bukan secara tertutup atau sekadar di-blog malah di forum-forum antarabangsa yang disensasikan keseluruh dunia.

Jika dibuat analisis sekalipun akan sejarah kritikkan beliau, ternyata apa yang dikritik beliau itu kesemuanya berasas bukan '0'. Sikapnya itu konsisten, jika melibatkan kepentingan Agamanya, Bangsanya dan Negaranya maka muncullah pemimpin lantang bernama MAHATHIR.

Sebagai rakyat, kita bukan ingin seorang pemimpin yang mendabik dada bangga kerana berdarah Bugis, tapi kita ingin pemimpin yang mampu mensejahterakan keseluruhan rakyat. Jika kritikkan Tun M itu bakal merubah dan membawa kesejahteraan untuk rakyat, maka "You are not alone".. Anda Mampu Mengubahnya.

"Memuja pemimpin dan menghargai jasanya adalah dua hal yang berbeza"

4 comments:

  1. Terbaik Bro.....Buat malu keturunan Bugis aja... Depa lupa...Mamak lagi pandai. Jasa TDM sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Bugis ni......????

    ReplyDelete
  2. Aku takkan lupakan jasa Tun Mahathir. Tun Mahathir is the best PM,mantop skali. Yang dok ada ni PM satu jari....1Malaysia. Merapu meraban. ISA dihapuskan ntah apa2 lagilah .

    ReplyDelete
  3. aku hanya mampu menangis bila nama Besar TUN M dicerca, aku yg hidup dizamannya, hingga kini dapat merasai darah perjuangan Ayahanda Tun, semoga DSN sedar sikit bahawa apa yg dibuatnya skrg sudah menyimpang jauh, DSN tdk sepatutnya menubuhkan1mdb tu, selaku PM cukup jika DSN mengurustadbir Negara, mnjaga rakyat, serta memertabatkan Agama Islam lebih tinggi selari dg tuntutan Islam itu sendiri sehingga tidak ada yg berani berani menentang atau menjual Agama Islam sewenang2ny spt mna yg sdg berlaku skrang, bak kata Tun M dulu, " jam dok jln elok dah, dok p pomen buat apa,?" teruskn sja apa yg ditinggalkn sambil jaga ia dgn baik..sorang pemimpin hendaklah seorang yg mengutamakn Agama dn yg lain2 ikut belakang secara tertib..sepertimana Rukun Iman, Rukun Islam, dn Rukun Negara..dn seeloknya juga sorang PM kena selalu berdakwah pada rakyatnya supaya ikut dn taat pada perintah Allah aka terlebih dulu kena tarbiah kaum keluarganya dululah itu sebaiknyalah..yg lps kita maafkn, yg akn dtg tolonglah berubah...DSN hormati lah Ayahanda kami Tun Mahathir JASA belaiu cukup BESAR..

    ReplyDelete
  4. Mahafiraun yang dulu sudah jadi Malaikat...la ni

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...