Apa Lagi Rompin Mahu ? BR1M Awal, PR1MA Diskaun, Uniform Baru RELA ?

Genap 2 tahun selepas PRU 13 majoriti kemenangan BN dalam PRK Rompin menyusut hampir 50 peratus setelah calonnya Datuk Hasan Arifin hanya menang dengan majoriti 8895 apabila memperolehi 23,796 undi menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad yang menerima 14,901 undi undi.

Parlimen Rompin diketahui antara kubu kuat BN, pada PRU 13 lalu BN menang majoriti 15,114 undi apabila memperolehi sebanyak 30,040 undi manakala calon PAS sebanyak 14,926 undi.

Apakah faktor utama yang menyebabkan undi kepada BN merosot ? Sedangkan undi kepada PAS boleh dikatakan tidak berubah hanya 26 undi yang tercicir, jika faktor krisis dalaman diambil kira, tidak banyak beza diantara keduanya. 

Malah PAS telah membuktikan tanpa sokongan padu rakannya dari PKR dan DAP serta kewujudan PASMA, sokongan rakyat kepadanya tetap sama biarpun tidak ada pertambahan.

Sebaliknya BN mempunyai banyak kelebihan pada PRK, segala jenis Menteri bersama agensi serta seluruh jenteranya turun tertumpu disitu, taburan janji juga dilihat ranum dan manis, sehinggakan uniform baru anggota RELA turut dipertaruhkan, selain diskaun rumah PR1MA, bantuan BR1M yang disegerakan dsbnya.

Apakah itu belum cukup menarik minat pengundi di Rompin sehingga mereka tidak berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan dari apa yang ditawarkan buat mereka. Jika begitu apa lagi mereka mahu ?

Hakikatnya pada situasi hari ini, dalam tempoh cuma  2 tahun saja hampir 50 peratus pengundi yang selama ini setia menyokong telah berpaling arah, dan jika situasi sama berterusan apa mungkin mustahil untuk 2 tahun dari sekarang 50 peratus majoriti yang tinggal itu juga akan turuti jejak yang sama ?

Sementelah isyarat itu datangnya dari kubu kuat, apatah lagi kawasan-kawasan 'neutral' lain yang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang tipis.

Justeru pemimpin-pemimpin yang syok sendiri dan sering barkata-kata dengan sewenangnya, lebih-lebih lagi yang bertaraf Menteri usahlah terlalu megah dan selesa dengan jawatan yang disandang, kerana jika rakyat menarik sokongan maka ketinggian CGPA sahaja tidak lagi mengcukupi. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...