TAK PAYAH LAYAN, AHLI PERKASA BUKANNYA RAMAI - MAHFUZ

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Perkasa tidak menghormati Majlis Raja-Raja yang telah membenarkan parti itu menggunakan perkataan Islam dan oleh itu, tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan tidak menghalang penggunaan perkataan Islam dalam parti Pas semenjak pemerintahan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

"Pas juga tidak takut untuk terus gunakan perkataan Islam dalam parti kami kerana Majlis Raja-Raja telah menyatakan tiada masalah bagi parti menggunakan perkataan Islam itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Laporan media semalam memetik Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masa Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada nama partinya.

Perkasa mendakwa tindakan itu perlu memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong anatik parti itu.

Ibrahim berkata, tindakan menggugurkan perkataan tersebut penting bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

"Perkataan Islam dalam parti Pas perlu dicabut untuk menjaga kesuciannya kerana Pas tidak layak menggunakan perkataan itu kerana moral mereka tercalar, terutama setelah banyak kali dicabar pihak DAP,” katanya.

"Kami tak perlu bimbang dengan permintaan Perkasa untuk meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti kami," kata Salahuddin lagi.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak mahu melayan pendirian Perkasa itu kerana mereka mewakili kumpulan terbesar rakyat negara ini.

"Biarkan mereka (Perkasa) nak buat apa pun, saya tak mahu layan mereka kerana ahli mereka pun bukannya ramai," Mahfuz.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pula berkata, fatwa bukanlah satu perkara yang boleh dibincangkan dalam masa yang singkat.-Sinar Harian

"Fatwa adalah perkara serius dan memerlukan masa yang panjang untuk mengeluarkannya," katanya.

1 comment:

  1. pati islam tak salah.yg salah orangnya.boleh mengafirkan orang pati lawan.boleh berkawan dg saitan.Allah taala mencarut.boleh maki hamun.boleh sembahyang hajat minta pecahkan perut,musnahkan dll yg allah tak suruh.boleh cakap bohong.kejap hukhm hudut,lepas tu negara kebajikan,kemudian hudut balik.bila ada masaalah,RAJA restu.fatwa nik aziz hari ni buat hari ni pakai.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...