AWAS !!! ADAKAH NAJIB PILIHAN ANDA ?

Pandangan dan penilaian setiap individu adalah hak ia berfikir, perbezaan pendapat tidak seharusnya dilabelkan dengan pelbagai pelabelan yang sekaligus menyebabkan sesetengah pihak itu terasa dan bangkit dengan lantang mengkritik sesuatu tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Hari ini rakyat dinegara kita rata-ratanya sangatlah bersyukur pada Ilahi dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Transformasi yang diperkenalkan oleh beliau begitu dekat manfaatnya kepada rakyat.

Setakat ini beliaulah seorang Perdana Menteri yang terbaik didalam kebajikannya kepada rakyat dengan menyempurnakan segala yang telah direncanakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, naiknya seorang Perdana Menteri pasti punyai misinya yang tersendiri,

Jika dulu rakyat dinegara ini belum pernah mengecapi kebajikan semewah yang dapat dikecapi pada hari ini, namun bantuan seperti subsidi tetap dinikmati sesuai dengan situasi pada ketika itu, setelah negara kita sudah mulai maju dengan kepelbagaian kemajuan yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu, Perdana Menteri kini bijak memanfaatkannya dengan memberi kebajikan secara terus kepada rakyat.

Menjadi tugas Perdana Menteri hari ini untuk melaksanakan segala kebajikan kepada rakyat hasil dari nikmat dan pembangunan diatas usaha gigih kepimpinan dahulu dan kini,

Jika diimbau kembali saat Najib mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pak Lah, kewangan ketika itu agak goyang dan difahamkan tidak ada majlis-majlis besar yang dibuat dihotel-hotel seperti sebelumnya, malah setiap mesyuarat hanya disajikan dengan nasi bungkus sahaja.

Tetapi hasil kepimpinan yang baik, Najib terus melangkah dengan cemerlangnya membawa negara menongkah segala arus bagi memperkembangkan ekonomi negara untuk memastikan rakyat dinegara ini dapat hidup dengan lebih baik disamping kehidupan yang aman dan damai.

Cuma amat dikesalkan jika ada pemimpin negeri sendiri yang tidak pandai memainkan peranan bahkan menjadi dalang kepada sekatan kebajikan atau pembangunan dari sampai kepada rakyat, malah hak rakyat juga tidak dipertahankan asalkan perut sendiri sudah kenyang, kalau tak, apalah salahnya........
Lantaran kepimpinan Najib yang cemerlang, beliau dicemburui oleh musuh-musuh politiknya dengan merencanakan pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan beliau bagi mengekang kemaraannya yang telah banyak mengubah landskap kehidupan rakyat dinegara ini.

Bermacam fitnah dilemparkan kepada beliau dengan bertujuan memberi kekalutan atau keserabutan di ruang fikirnya untuk tidak terus berfikir dan terus terganggu dalam perancangan Transformasi yang dilihat  cukup baik dan berkesan untuk memakmurkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Bermacam serangan terhadap beliau dan keluarga, bukan didalam negara bahkan diluar negara, tapi sampai hari ini Perancis punya kuat dari Malaysia sepi dan berlalu begitu sahaja, tidak cukup dengan itu demontrasi jalanan dijadikan sebagai platform  membakar kemarahan rakyat  untuk menggulingkan beliau setelah gagal dalam beberapa siri fitnah terhadap beliau.

Bagaimanapun kekuatan dan semangat darah Tun Razak yang mengalir ditubuh beliau langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berdiri dengan gagah dan terus mara tanpa rebah. Jika kita renung sejenak apa yang dilalui oleh beliau selaku diantara orang yang paling berkuasa dalam negara sangatlah banyak dan terlalu mengaibkan.

Tapi beliau tidak pernah berdendam walaupun adat kata beliau memiliki kuasa yang cukup untuk memusnahkan mana-mana individu yang cuba menggangu gugat beliau, sedangkan beliau akan lebih selamat sekiranya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan menangkap siapa sahaja yang bersuara menentang beliau.

Sehingga budak hingus lagi bebal seperti Adam Adli pun boleh biadap dengan beliau selaku Perdana Menteri dinegara yang berdaulat ini. Apa itu belum cukup untuk kita sebagai anak muda berfikir tentangnya. Terpulanglah kepada anda dan fikirlah ia dengan lebih jauh didalam kerangka keterbukaan minda yang bebas.

Kalau seorang yang dianggap Ulamak dan mempunyai kuasa selaku seorang Menteri Besar boleh hilang sabar hanya kerana seorang blogger dan terus mengCELAKAkan blogger tersebut, bagaimana tidak mulia dan istimewanya seorang Perdana Menteri yang sentiasa penuh sabar dalam menghadapi dugaan dengan begitu tenang.
Sungguhpun begitu beliau juga bukanlah insan yang 100peratus sempurna, beliau tidak maksum, bohonglah kalau beliau ni perfect, sedikit sebanyak kesilapan itu tetap ada sepertimana Pemimpin Suci lagi mulia yang dinobatkan oleh pengikutnya seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa walaupun pernah mengakui berdansa dengan 'Anak Tauke Judi".

Lantaran itu juga usaha gigih beliau dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat ibarat lilin yang membakar dirinya, memang kita percaya beliau seorang yang kaya-raya sepadan dengan beliau seorang Perdana Menteri, tetapi kekayaan itu tidak bermakna lagi setelah kehidupannya dibeli oleh rakyat.

Sepanjang masa beliau berada bersama rakyat diseluruh negara tanpa sempat beliau bersama keluarga atau menjalani kehidupan bahagia seperti kita, mungkin ada masanya untuk beliau bercuti namun masa itu cukup terhad dan pasti tidak cukup untuk beliau dan Cik Mah mengecapi kehidupan seperti yang dikecapi oleh Menteri Besar Kelantan yang penuh dengan masa teruang.

Cukup bahagiakah seorang yang kaya dalam menjalani kehidupan seperti lilin itu, bukankah sepatutnya ia terus bersenang linang tanpa pedulikan rakyat dan kumpulkan kekayaan sebanyak mungkin,  beliau hanya patut duduk goyang kaki sahaja dan semua kerja diserahkan kepada orang lain.

Tapi Perdana Menteri kita bukan orang yang sedemikian atau orang yang tidak bertanggungjawab, bukan itu sahaja, banyak lagi kemuliaan beliau yang boleh dipuji, sepertilah semangat setiakawan beliau yang tidak pernah mendesak Pak Lah supaya berundur atau mengeluarkan kenyataan bersifat 'gila kuasa'.

Namun kali ini cukuplah sekadar itu yang mampu dikongsi, pasti ramai diantara kita melahirkan rasa simpati diatas dugaan dan juga kegigihan beliau, namun cara simpati dan terima kasih itu hanya anda jua yang mampu untuk menterjemahkannnya.. Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...