BERSIH 3.0 - PENJELASAN DARI KETUA POLIS NEGARA


Penggunaan air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0 cara "paling kurang menyakitkan" untuk mengawal mereka, kata polis, sambil mendakwa kaedah itu diiktiraf pakar dan diguna di seluruh dunia.

"Penggunaan meriam air cara paling kurang menyakitkan untuk menyuraikan khalayak," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Santai Media bersama Ketua Polis Negara di Bukit Aman pagi tadi.

Teknik itu, katanya, bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga rakan setugas mereka di luar negara dan ia diakui pakar.

Tambahnya, polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal diri mereka daripada bertindak kasar sebelum menggunakan meriam air ke arah peserta BERSIH 3.0 Ahad lalu.

"Mereka hanya menggunakan meriam air selepas peserta mara kira-kira 200 meter," katanya.

Kenyataan Ismail dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam yang mendakwa gas pemedih mata dan meriam air berkimia tidak membahayakan kesihatan peserta BERSIH - Malaysiakini.
Terdahulu Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta pihak media dan umum agar memberikan ruang kepada polis melakukan siasatan berhubung insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas.

Beliau berkata pihak polis menerima banyak laporan termasuk daripada peserta dan wartawan mendakwa dikasari pihak polis ketika pihak berkuasa itu meleraikan perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, yang melanggar larangan mahkamah dengan menceroboh Dataran Merdeka.

Beliau berkata bukan saja orang awam, malah anggota polis turut cedera serta empat kenderaan pasukannya turut dirosakkan dalam perhimpunan itu.

"Kita sedang meneliti pelbagai laporan diberikan (kepada) polis... jangan mudah membuat kesimpulan sendiri. Ini kerana keadilan dan siasatan polis mengambil masa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama media, di sini pada Rabu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...