MUSTAPA MOHAMED BERUNDUR ATAU LAKUKAN TRANSFORMASI !!!

Sikap diskriminasi yang diamalkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah satu pilihan yang bijak untuk rakyat Kelantan meletakkan beliau sebagai mengepalai kerajaan negeri sekiranya BN berjaya mengambil alih Kelantan selepas PRU13 nanti.

Umumnya rakyat Kelantan mengetahui bahawa Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merupakan seorang pemimpin yang berimej bersih tanpa diselaputi dengan mana-mana skandal, namun imej bersih itu bukanlah segala-galanya tanpa ada skill kepimpinan yang baik didalam mengurus tadbir segala yang telah diamanahkan kepada beliau.

Kegagalan Tok Pa untuk melakukan transformasi keatas sikapnya itu boleh diibaratkan sebagai Tok Pa sedang membajai benih-benih yang akan menjadi parasit untuk mereputkan rimbunan yang besar lagi subur.

Sering Tok Pa mengingatkan penjawat awam (berpencen) yang menyertai pembangkang perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan. Tapi Tok Pa lupa jasa rakyat yang menjadikan Tok Pa sebagai Menteri diatas undi yang diberikan kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan.

Tok Pa juga sering mengingatkan rakyat akan jasa kerajaan tapi mungkin Tok Pa lupa sekiranya rakyat mengundi Pakatan Rakyat Tok Pa tidak lagi akan bergelar Menteri, diatas hakikat itu apa salahnya jika Tok Pa bersikap adil dan matang dalam membuat sesuatu kenyataan dan memimpin dengan adil selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Jika disebut sebagai perhubungan UMNO NEGERI maka sudah pasti ianya bersifat menyeluruh tanpa sebarang diskriminasi kepada mana-mana pihak. Bila disebut juga NEGERI ia tidak boleh hanya tertumpu kepada sesuatu pihak atau bahagian semata-mata.

Tok Pa perlu bezakan diantara NEGERI dan JELI ataupun PENGKALAN CHEPA, keseimbangan itu penting didalam membuat pengurusan supaya Tok Pa tidak hanya digelar layak menjadi Menteri Besar Jeli sahaja. Tok Pa selaku pengerusi Umno Negeri perlu lebih terbuka dan tidak tertumpu kepada kroni-kroni atau budak-budak yang duduk 'gelewat' di kaki Tok Pa semata-mata.

Tok Pa juga perlu memandang lebih jauh dengan merentasi segala halangan dan sempadan bagi mendapatkan setiap maklumat yang berguna untuk membantu jentera BN Kelantan khasnya, Tok Pa jangan sekadar mengamalkan makanan yang siap terhidang tanpa mencari makanan lain yang berada diluar pandangan mata.

Kerana kadangkala makanan yang siap terhidang itu mungkin sekadar makanan biasa yang rutin dan mudah didapati seperti ikan dan ayam, tidak sebagaimana makanan yang perlu diburu seperti rusa dan kijang yang adakalanya mungkin lebih enak sekiranya ia didapati dalam keadaan yang masih segar.

Jika 'Bapa kebajikan' yaitu YAB Perdana Menteri yang dikasihi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak boleh berlaku adil dan selari dengan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau kenapa tidak Tok Pa ? Jika YAB PM bersifat Perdana Menteri Pekan seperti Tok Pa Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Jeli bukankah perkara itu satu malapetaka besar kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu sikap keterbukaan seorang pemimpin itu perlu dan tidak hanya tertakluk kepada kroni, saudara mara, kaki bodek, kaki wayang opera dan 'penyonglap bersiri' sahaja. Tidak mungkin SB ditugaskan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah didalam setiap apa yang dilaporkan.

Bagaimanapun jalan alternatif untuk Tok Pa mengetahui perkara yang sebenar disetiap program ikhlas minyak pakai air cukup jelas dengan melihat hanya rakaman slider yang dimuat turun dan bukannya rakaman video liputan penuh program yang didongengkan mendapat sambutan hangat itu. 

Tidak serikkah Tok Pa dan BN Kelantan yang senantiasa menipu diri sendiri dengan permainan gimik dan saraf yang lansung ternyata gagalnya. Create program kuno berkuno untuk dapatkan fund adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan menipu keseluruhan pemimpin dan rakyat. Program yang nyata gagal dan tidak memberi impak positif kecuali untuk penuhkan poket adalah perbuatan yang sangat keji.
Jika duit digunakan untuk buat program itu datangnya dari dana parti atau UMNO sendiri lantaklah, tapi bagaimanapula jika duit itu datangnya dari Agensi kerajaan Contohnya seperti BTN, diulangi sekali lagi Contohnya.....

Hari demi hari dan masa demi masa merintis dan terus merintis dalam menyelongkar diskriminasi kemimpinan yang diamalkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri  akan diteruskan selagimana pengerusinya tidak melakukan transformasi pada jentera yang dikepalainya bagi memenangkan BN di Kelantan. Diam bukan bererti selesai dan kecoh bukan bererti belot.

Kenyataan yang dilontarkan diatas adalah pendapat peribadi yang turut dikongsi oleh beberapa orang rakan lain dan ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau cabang didalam Umno mahupun Barisan Nasional. Matlamat dan perjuangan tetap berterusan walau angin bayu sentiasa beralih arah, pengkhianat kepada rakyat akan tumbang dihapuskan walau dalam keadaan  susah ataupun  payah. Mara tetap mara, namun rakyat jua yang mampu mengubahnya.......

4 comments:

  1. Tok pa perlu teruskan cara sekarang yg diperkenalkan sebab rakyat dah dapat rasa kesan kebaikan BN pusat,,,, yg merungut ni kebanyakan perompak dan lanun rakyat kelantan,,, yg dulunya bermaharajalela....bayangkan mereka ni lebih kaya buat harta dari wakil rakyat negeri lain...sedangkan mereka bukan wakil rakyat pun...
    Mereka ini meringek sebab perut sendiri...Tok Pa yg jaga duit Ihsan tak layan proposal mereka sebab ada elemen melanun...

    Kalau bagi duit pun mereka pastikan BN kalah Dun negeri sebab tanpa MB bn lagi senang mereka lanunkan duit ihsan saperti terjadi dizaman Tun dan Abdullah...

    Hperancis

    Hperancis

    ReplyDelete
  2. Ada benarnya komen hperancis...contoh yg baik UMNO Terengganu mudah menang kembali kuasa dari Hj Hadi sebab UMNO Terengganu tak curang dalam perjuangan rakyat dan tiada perangai melanun tu..

    Dato Pa mesti dibela dan disokong dari perompak dan lanun yg licik lagi tamak...termasuk bekas YB dan bekas Menteri dan Tim, menteri yg meliur duit Ihsan.. cukup cukup loh aweeeh eeeh.

    ReplyDelete
  3. Cara ucapan dan tulisan ini,menampakkan iri-hati..jika kamu tahu sebagaimana kami orang Jeli tahu nescaya kamu tidak akan mengungktnya, kami di pilihanraya yang lepas bersama wanita, pemuda, puteri di setiap petiundi(dulu) tidak tidur malam, Kami buat rondaan, tunggu dalam semak untuk buat itipan, tunggu bawah rumah dan yang berani pula apabila jentera PAS dan PKR naik kerumah untuk bagi wang pacing undi kamipun naik bersama,ini menyebabkan mereka tak dapat bagi wang tersebut. Kerana tidak tidur malamlah ada di antara kami yang strok dan meninggal dunia.
    Dari segi masa yang diperuntukan Dato' Pha sekarang(semenjak jadi perhubungan negeri) kami jarang bertemu Dato'..Dato' selalu pesan bahawa beliau terpaksa berada banyak diluar Jeli dan berharap kami bersabar..Dulu Dato' apabila balik ke Jeli selalu ziarah ke kampung dan makan nasi bersama kami..sekarang Dato' balik ke Jeli kemudian bergegas ke kampung lain di parlimen lain, ada Dato' pergi ke kg yang Ketua Bahagian kawasan berkenaanpun tidak tahu..Dato' melawat ke tempat itu hanya dengan driver sahaja..kami di Jeli risau keselamatannya, Saya tak nak panjangkan cerita, jika kamu inginkan pembangunan di tempat kamu, berusahalah, berkorbanlah, patuhlah kepada ketua kamu, fikirlah dulu sebelum bertindak, jangan fikir diri tetapi fikirkan kg, negeri dan negara. Jika kita tak dapat apa-apa hasil untuk diri janganlah merajuk, apabila di panggil untuk mendengar ceramah, taklimat atau penerangan datanglah walau terpaksa keluar duit sendiri. Tempat kamu juga akan berjaya jika demikian.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, untuk makluman semua, dari tarikh artikel tersebut ditulis dan sehingga hari ini, sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh Tok Pa, dan perubahan itu akan dibuat secara berterusan demi harapan Tok Pa untuk melihat anak-anak Kelantan berjaya dan bumi kelahirannya terus maju seiring dengan pembangunan negara.

    Pasukan yang Gk kritik diatas juga hari ini mampu membuktikan daripada berhimpun hanya 2,3 orang, tapi kini mampu menghimpunkan lebih 20,000 anak muda dalam satu-satu masa,Syabas gerakan TUKAR serta 'kepala pengat'nya, hahaha. Anda sememangnya yang terbaik dikalangan terbaik. Namun perjuangan mesti diteruskan sebagaimana usaha gigih anda hari ini.

    Perjuangan yang ikhlas mesti berani mengkritik, tidak tertumpu dengan mengampu sepanjang masa, kerana dengan mengampu sepanjang masa itu boleh melalaikan dan melemahkan lagi sesuatu organisasi atau individu. Anda Mampu Mengubahnya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...