KEIKHLASAN HATI ROSMAH TIDAK TERNILAI

JELI - Masalah untuk mewujudkan Pusat Anak Permata Negara di Kelantan kini selesai hasil kerjasama dan sokongan beberapa pihak, kata Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita menghadapi masalah dan kekangan untuk memperoleh tapak sesuai khususnya di negeri-negeri yang bukan di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional.

"Alhamdulillah di Kelantan masalah ini telah dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan daripada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) dan Kementerian Pelajaran," kata isteri Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Jeli di sini, hari ini.

Rosmah berkata terdapat enam pusat Permata di Kelantan ketika ini manakala 32 buah pusat mengguna pakai kurikulum Permata.

Pusat yang mengguna pakai kurikulum Permata itu membabitkan taska di bawah Jabatan Perpaduan, taska Kemas dan taska Komuniti.

"Memang kita susah nak berunding (dengan negeri pembangkang) untuk tubuhkan pusat Permata.

"Saya sebagai penaung program ini hanya kata buatlah apa yang patut (untuk dapat tubuhkan)," katanya.

Rosmah turut meminta para ibu bapa agar turut melibatkan diri dengan program Permata itu supaya dapat memahami dengan jelas konsep pembelajaran di pusat itu.

"Ia sebagai tanda sumbangan dan keterlibatan para ibu bapa kepada sebahagian daripada proses pendidikan anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata pendidikan awal kanak-kanak sangat mustahak dalam merencanakan masa depan mereka dan membesar sebagai modal insan negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...