NIK AZIZ DISINDIR BESANNYA SUPAYA TANDING DUA KERUSI

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman  berkata, PAS perlu memperkemaskan jentera pilihan raya dan mengelakkan membuat janji-janji untuk menyedapkan hati rakyat semata-mata kelak ia tidak mampu ditunaikan seperti skim Al-Kifalah seumpamanya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun yang juga besan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yaitu bapa mertua kepada Nik Abduh, melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu  Nik  Aziz bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah.

Perwakilan mana yang berani untuk tidak bersetuju jika ia melibatkan orang yang maksum seperti Nik Aziz ?cuma keadaan ini sedikit merumitkan Nik Abduh yang bercita-cita untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Namun mungkin juga besan Nik Aziz sengaja membuat percaturan untuk menyindir Nik Aziz supaya bertanding dua kerusi kerana dilihat sebagai pelahap dengan jawatan Menteri Besar yang disandang sekian lama itu.

Nik Aziz sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan bertanding dan memegang jawatan Menteri Besar sampai mati kerana menurut beliau kerja sebagai pendakwah ini tidak pernah habis selagi nyawa dikandung badan.

1 comment:

  1. Tongkatlah langit selagi boleh Nik Aziz!!! Keluarlah fatwa seberapa banyak yang boleh untuk pengikut kau berotak lembu. Faktwa songsang aja.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...