VIDEO - PAS SUKU SAMPAH SUKU - BUDAK BACHOK

BACHOK – Lebih 500 penduduk di Kampung Beris Lalang dekat sini mengadakan piket membantah tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan kampung mereka pusat pelupusan sampah sejak Mac lalu.

Penduduk mendakwa, tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan seluas 46 hektar kira-kira 500 meter dari kampung mereka sebagai pusat pelupusan sampah telah menjejaskan kesihatan mereka selain terdedah kepada ancaman penyakit seperti demam denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP), Che Hamid Che Deraman berkata, selain bantahan tersebut, pihaknya turut mengumpul lebih 1,000 tandatangan penduduk terbabit diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco berkenaan. 

“Beberapa pemimpin masyarakat sudah beberapa kali mengemukakan bantahan kepada kerajaan negeri, namun tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menanganinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Klipvideo dibawah adalah temubual AOK bersama penduduk sekitar kawasan pelupusan sampah di Beris Lalang Bachok, walaupun penduduk sekitar ini kurang memberi kerjasama untuk ditemubual, kami sempat juga mengajukan beberapa soalan untuk mengesan realiti sebenar tahap kesedaran  politik penduduk.

Jika dilihat pada jawapan beberapa orang remaja yang berumur belasan tahun itu, walaupun belum layak untuk mengundi kecenderungan yang ditunjukkan oleh mereka ternyata menyebelahi parti jumud, kata mereka bau sampah suku kira dan Pas pula suku kira.

Maksudnya mereka tidak kisah dengan bau sampah dan tetap menyokong  Pas, politik di Kelantan memang diasuh sejak dari kecil lagi, begitu juga apabila ditanya parti mana yang lebih popular bagi mereka, pastilah Pas jumud, kerana apa, kenapa dan mengapa ?

Jika kita ingin katakan rakyat Kelantan terutamanya di Bachok  ni tak reti politik atau tidak reti bersyukur, untuk rekod mereka pernah memberi peluang kepada BN memenanginya pada PRU 11 yang lalu sebelum  gagal untuk dipertahankan pada kedua-duanya. Seakan mereka lebih rela memilih calon luar daripada anak tempatan sendiri.
Tapi PRU13 kali ini mungkin berbeda, bagaimanapun ianya terletak kepada kebijaksanaan pemimpinnya untuk memenangi hati rakyat di parlimen Bachok ini, jika dilihat pada pandangan kasar sememangnya ia masih akan menjadi milik parti jumud. Mungkin rakyat Bachok inginkan Monkey College yang pernah dijanjikan terlebih dahulu.

Jika begitu maka rakyat Bachok mungkin juga akan rugi dengan tidak mendapatkan perkhidmatan anak tempatan yang sudah banyak berjasa, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kami hanya mampu mencadangkan dan andalah yang akan merasainya dan Anda jugalah Yang Mampu Mengubahnya.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...