PAS PUJUK KARPAL DAN DAP

PAS hari ini sekali lagi mengalah dan menjemput pengerusi DAP Karpal Singh supaya meraikan perbezaan pendapat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan jamganlah mempersoalkan agenda Islam parti tersebut, ianya bagi memastikan matlamat bersama dapat dicapai.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika ditanya hari ini berhubung tuntutan Karpal untuk menyelesaikan isu tersebut.

Isu berkenaan juga tidak lagi timbul, kata Hadi yang menambah, Pakatan perlu menumpukan tujuan yang dikongsi bersama.

Pakatan perlu memfokuskan kepada isu yang dipersetujui bersama dalam membasmi kemiskinan, keadilan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan melindungi hak orang lain, dan sistem raja berperlembagaan, katanya.

Katanya, perbezaan pendapat memang wujud antara pemimpin berkenaan tetapi perkara itu diraikan antara mereka, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Terdahulu, Dewan Pemuda Pas menegur sikap Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan melaksanakan undang-undang hudud jika semua syarat lengkap apabila berkuasa kelak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Karpal tidak wajar menyatakan pandangannya secara terbuka terhadap Presiden Pas. "Sebagai Presiden Pas, beliau berhak mengeluarkan kenyataan berhubung dasar perjuangan Pas.

"Sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) pula, Presiden Pas berhak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam PR," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, Karpal menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR. Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika PR memerintah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi. 
Raja Ahmad berkata, Pas menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP dan prinsip perjuangan mereka. "Justeru, Dewan Pemuda Pas meminta Karpal Singh turut menghormati pandangan Presiden Pas dan pandangan beliau terhadap perjuangan Pas.

"Dewan Pemuda Pas mengingatkan, kenyataan Karpal tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau boleh mengeruhkan hubungan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap PR.

"Lebih dari itu, teguran Karpal mengguris hati ahli Pas serta umat Islam di negara ini umumnya," katanya.

Raja Ahmad juga menasihatkan Karpal supaya memberikan fokus terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 serta isu-isu untuk kepentingan rakyat negara ini kerana ia lebih utama daripada mengkritik sesama sendiri

3 comments:

  1. Naik meloya tekak aku bila ikuti kenyataan pemimpin Pas ni. Sat nak buat negara islam. Sat nak laksana negara kebajikan. Sat nak laksana hudud. Sat tak nak laksana hudud.

    Mu gi bohong orang KL boleh lah. Tapi dengan orang Baling mu tak boleh nak makan macam dulu2 lagi dah.

    Hadi Awang dengan Nik Aziz ni cakap putar belit macam demo (depa) putar serban atas kepala demo juga.

    ReplyDelete
  2. kadang-kdang terfikir juga...mungkin dia tak faham sebenarnya apa yang dicakapkan.kita orang bodoh nii..rasanya bertambah bodoh dengan fakta yang berbelit-belit yang tak tahu apa sebenarnya yang dimahunya......

    ReplyDelete
  3. org pas bodo2 sbb tu mudah kene klentong...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...