TAKTIK PEMBANGKANG GUNA BERSIH UNTUK TABUR FITNAH


Perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara Sabtu lepas sedikit sebanyak telah mencemari imej negara di mata dunia dengan rakaman kekecohan dan keganasan disiarkan oleh pelbagai media antarabangsa.


Pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sudah tentu dipersalahkan kerana merampas perhimpunan itu dengan sengaja merempuh masuk pagar hadangan polis di Dataran Merdeka, malah sebaliknya menuding jari terhadap tindakan susulan polis menyuraikan demonstran.



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pakatan pembangkang telah mempergunakan perhimpunan itu untuk mengancam, mengutuk dan mencemarkan imej parti pemerintah serta menabur fitnah termasuk dakwaan daftar pemilih dicemari.

Pembangkang akan melakukan apa juga dan pembohongan bagi menunjukkan mereka mendapat sokongan rakyat.

Tetapi ramai dalam kalangan majoriti senyap berpendapat jika kumpulan tidak mudah dikawal itu sebenarnya penyokong mereka maka impian untuk mengambilalih Putrajaya tidak akan tercapai.

Ramai juga menyalahkan penganjur itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), kerana mereka arif perhimpunan seperti itu mudah dirampas oleh pihak yang mempunyai pelbagai kepentingan termasuk parti pembangkang.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker berkata BERSIH tidak memiliki kemahiran menganjur dan bergantung kepada parti politik pakatan pembangkang.

"Oleh sebab itu, pembangkang mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk merosakkan imej negara," katanya kepada Bernamahari ini.

Peguam kanan dan bekas ahli Majlis Peguam, Roger Tan, berkata penganjur Bersih 3.0 perlu bebas dan tidak harus membenarkan perjuangan mereka dirampas oleh mana-mana parti politik kecuali ia sudah diatur.

"Bukan sahaja mengaku bebas tetapi perlu dilihat bebas. Anda tidak boleh membenarkan perjuangan anda diambil alih oleh parti politik. Sekiranya ia berlaku, anda kehilangan semua hujahan dan perlu bertanggungjawab," katanya.

Tan berkata julung kali di Malaysia, gambar dan imej visual demonstran memukul anggota polis berpakaian seragam terpapar di seluruh dunia dan ia menggambarkan rakyat Malaysia kurang matang dalam menuntut hak mereka secara aman.

Katanya penganjur akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat bahawa perhimpunan tersebut diadakan bagi menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia apabila beberapa demonstran menjerit perkataan 'reformasi'.

Perkataan 'reformasi' merupakan slogan yang digunakan oleh demonstran semasa demonstrasi jalan apabila penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Oleh itu, Tan berkata apabila menganjurkan sesuatu acara atau perhimpunan seperti Sabtu lalu, penganjur perlu sedar dengan kehadiran ejen provokasi yang mungkin cuba mencalit imej buruk kepada acara tersebut. -Malaysiakini.

1 comment:

  1. SETAN-SETAN PR AKAN BERKUMPUL DI PLAZA ANGSANA, JOHOR PETANG INI....

    Johor: Himpunan TANAH 5 Mei Di Angsana

    GABUNGAN Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada NGO dan Parti Politik telah bergabung tenaga untuk menganjurkan satu Himpunan Tanah Rakyat pada sabtu 5-5-2012 jam 2 petang di plaza Angsana, Johor Bahru.

    Jangkaan kehadiran adalah 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini.

    Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak pihak kerajaan-kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 menyelesaikan masalah-masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini. Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

    Johor dijadikan tempat himpunan ini kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di Negeri Johor. Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia, pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada Dato Lim Kang Hoo, pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri, projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri, manipulasi tanah diperingkat daerah dan banyak lagi. Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu.

    Terdapat sepuluh tuntutan tanah rakyat untuk desakan khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Johor :

    1. Ketelusan Pengurniaan Tanah.
    2. Rampas Tanah Penyeleweng.
    3. Hentikan Pengurniaan Tanah KPRJ/Kroni.
    4. Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
    5. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
    6. Keadilan Pampasan Tanah.
    7. Kurangkan Birokrasi Tanah.
    8. Hentikan Manipulasi Tanah.
    9. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
    10. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.

    Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Bin Aliman akan membuat aktiviti mobilisasi bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama turun dalam himpunan ini. Antaranya adalah seperti :

    1. Perlancaran Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana pada rabu 25hb April 2012 jam 12.30 tengahari.
    2. Road-show seluruh Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
    3. Penyerahan Memorandum di pejabat-pejabat Tanah Daerah
    4. Sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012 di Kuala Lumpur.
    5. Konvoi Himpunan Tanah Rakyat

    Seluruh Rakyat Malaysia yang bersimpati dengan rakyat yang tertindas khususnya di Johor dijemput hadir beramai-ramai ke himpunan ini.

    Yang Benar,

    SUHAIZAN BIN KAIAT
    Setiausaha
    Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
    019-7285174

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...